Pages

RSS Feed
Showing posts with label tarapapa. Show all posts
Showing posts with label tarapapa. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

family name

alhamdullillah, keluar dari hospital kanak-kanak semalam dengan perasaan lega.. lega kerana exam yang buat saya tak tenang selama lebih sebulan ni akhirnya sampai ke penghujungnya..
ya, saya dah habis exam=)
 semalam oral+clinical biasa-biasa sahaja..
perasaan frust tak boleh jawab satu soalan oral dari seorang doktor dah dikaburi dengan perasaan lega habis exam..haha
apa-apapun ,syukur alhamdullillah,
doakan semoga kami semua melangkah ke tahun akhir setember ini!
*my stets and pediatrics hospital~*

bercakap pasal oral, soalan yang agak femes sewaktu oral sejak saya menjadi pelajar disini ialah,,
"what's the meaning of 'TUAN'?" haha
 dan biasalah, skema jawapan dia dari dulu pun tak berubah iaitu,
"oh dr, it's just a family name.."

tahun ni?
paeds, OnG
tak ada pulak yang doktor bertanya waktu oral..
semua macam muka serious tak tanya soalan lain pun selain soalan medik..=)
cuma adalah doktor yang buat muka pelik dan susah nak baca nama..
susah sebab di kadpelajar tersilap taip Nuan, dan di slip pula Tuan..
(huruf arab 'ta' tertinggal satu titik jadi la 'nun':D)
susah nak terangkan kat doctor bagi paham,,
sudah la first time kot doktor tu dengar name macam tu.
dan akhirnya doctor faham..

dan tiba-tiba teringat,ada la,,, sorang doktor ni..
dia pun tanya soalan sama dalam kelas...

 as usual, i replied with the same answer..

she smiled and said, " anyway,whatever, she's nabilah to me=)"
not too loud, but enough for me to hear it since i sat just in front of her..
dan buat saya tersenyum waktu tu.. 

ok, saya masih normal..
she just a doctor who i respect the most..
for her kindness..
for her very sweet wordss..
and for everything she had done for me..

walaupun sangat banyak menyusahkan dia..
 bulan lepas,sebelum final exam, baru aje jumpa dia cakap..
"doktor, saya ada masalah.. tolong saya bla..bla..bla..."
dan dia masih tolong saya walaupun dia superbusy on that day..
anyway,
i just wanna say thank you..
when i said to you that you are really a great surgeon,
i really meant it..=)
hebat tak hebat, semua orang tahu dia one of the best female surgeon kat cairo university...=)

tau je doctor D ramai peminat,
tapi tak kira,
saya tetap peminat no satu dia..=)
*bajet doktor bace je*

haih, asyik bercerita tentang doktor-doktor osem je..haha
maaf la sangat memboringkan dan membuang masa kepada yang membaca..haha..
cuma untuk masa depan,
 manalah tau kot-kot lupa pernah minat sorang doktor sampai macam ni sekali..haha

********
anyway, tahun lima ialah tahun paling OSEM!

*gambar dengan bebudak tahun 5 egyptians and seorang doctor pediatrics yang juga osem!

Sunday, March 27, 2011

makan~

biasanya kalau nak makan besar-besaran mesti tunggu lepas exam..
tak pun sambut birthday ke..
tak pun kalau cuti ke..
tapi kali ni tiba-tiba pulak rasa nak makan luar..

selama ni asyik tengok cite korea..
tengok mereka makan dengan begitu berselera..
sedap ke?
jadi,untuk kami yang tak pernah makan lagi,
tergerak jugak hati nak menghabiskan sedikit duit kat restoran korea...
**pengaruh cerita ni:D**

nak pergi korea,sohih-sohih tak mampu lagi,
jadi..
melantak korean food pon jadi la...


jajangmyeon..

kimchi(yang ni dapat free je..)



steam rice and beef bulgogi ke name dia?

nasi putih yang tak de ape-ape yang specel pon..

kimbap~


rasanya
korean food ni boleh la tahan..
sedap la jugak..
kenyang jugak la makan..
mulut boleh la jugak terima..
lidah pon boleh lagi rasa sedap..

tapi kan....
tapi kannn...

yang kat bawah ni lagi sedap!

ikan pari bakar...


pergi la mana-mana pun,makan-makan la apa-apa pun,
sememangnya makanan kat malaysia lagi best la..
walaupun ada doktor kat cairo univ pernah cakap,
makanan kat malaysia pedas..
tapi pedas tu la yang best..=)
**jgn makan pedas banyak sangat..spicy pood tu carcinogenic..lol**

Friday, March 4, 2011

dua dunia

Dua generasi, dua citarasa.
cheese cake+ pulut berinti + kueh katayap(kueh gulung)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, May 21, 2010

aku rindu dia..........


dulu,kau pernah cakap kat aku,nanti bila besar nanti,kau nak jadi pakar bedah..aku pulak,tak nak jadi doktor...
lepas tu kau cakap lagi ,jadi doktor boleh tolong orang..lepas tu aku iyakan aje..
dan,sekarang,akhirnya,aku kat sini,sambung cita-cita kau dulu...

masa aku mula-mula jejak kaki ke sekolah baru,hanya beberapa orang je yang tegur aku..antaranya ialah kau..sebab kau kenal tokki aku..kau ajak aku kawan dengan kau..aku hepi..
dan kau jugak ajak aku pergi lepak kat rumah kau..petang-petang kadang-kadang kita ronda kampung sama-sama..zaman kanak-kanak kita best kan?

kau ingat tak warung ABC kat belakang kampung dekat dengan wisma tenang tu?dulu kita selalu je lepak kat sanakan?kita raikan kita habis exam kat sana kan?kau la yang perkenalkan kat aku tempat tu..kau kata best makan kat situ..kita selalu mintak ABC tak letak nisan kat mak cik tu..pastu kita mintak keropok celup tepung dan keropok tumis..kau tau tak,tu la first time aku kenal kepok tumis.. dan kau tau tak,sampai sekarang,aku dah tak pergi dah warung tu..aku takde kawan dah nak ajak pergi sana...setiap kali aku lalu kawasan tu,aku mesti ingat kau..aku rindu kau...

kau ingat lagi tak,kita pergi lawatan bestari masa tahun 5?tu first time aku keluar pergi lawatan dengan kawan-kawan.kita duk sama-sama dalam bas...pastu kita kongsi beli kodak sama-sama untuk ambil gambar kat agro resort dan lata belatan..waktu tu pakai kamera kodak lagi..ah,kenangan tu,aku dah hampir lupa sikit-sikit..tapi aku takkan lupa la waktu yang kita main air sama-sama sampai pucat..haha

kau ingat tak masa kita pergi lawatan sekolah masa darjah enam?kau jadi partner aku sepanjang masa lawatan aku..partner dalam bas,partner tidur dan semua partner la..

teringat aku masa kita pergi lawatan kat TLDM kat lumut,perak.kita sama-sama usik cg nani dengan salah seorang anak kapal kat sana.anak kapal tu orang terengganu jugak..dia siap bagi no telepon ngan alamat rumah lagi kat kita suruh bagi kat cg nani..kita pun bukan main la galak kenen-kenenkan cg nani dengan dia...bila bagi alamat ngan no tel navy tu,cg tak nak..cg nani kate,nanti kena tinggal sokmo..cikgu kata,awk simpan je la wat kenangan awak...haha..nakal kan kita?

lepas tu,malam tu kita makan sikit jer..kita mintak excuse ngan cikgu nak masuk bas awal..kita buat plan baik punya.malam tu,mr Garfield kau jadi mangsa kita...kita letak mr garfield tu kat seat paling belakang..dengan keadaan bas yang gelap dan tempat parking bas yang macam kat dalam hutan,agak membantu la plan kita..tiba-tiba ade orang masuk bas..lepas tu,kita on off kan torchlight yang aku bawak 2 dan 3 kali dan halakan torchlight tu kat mr garfield kau..kita pulak duk diam-diam sambil intai-intai sape mangsa kita..akhirnye dia menjerit turun bawah.."hantu!!!!!!!!"..hahaha...kita gelak puas-puas sampai keluar air mata..indah sungguh waktu tu kan?dan aku rindu nak gelak dengan kau...

setiap kali aku pergi sogo,mesti aku ingat kat kau lagi...waktu tu kita masih mentah.tak tau pape..dah la first time pergi sogo tanpa mak bapak...dan masa tu kita berdua jer..geng kita sorang lagi,famili dia dah jemput dia balik same dengan famili dia..dan bila kita nak keluar sogo,kita tak sedar kita keluar ikut pintu mana..kita sesat!!!!aku dah nervous tak jumpa bas..
kau cakap,.."orang cakap kalau sesat dan salah kuar pintu kuar,kita pusing bangunan..nanti-nanti jumpa la tempat kita nak tu..."
dan kita pun pusing la satu bangunan tu..yang kelakarnya,kita kena kejar di orang gila masa kita pusing sogo tu..hahaha...lawak kan?kita lari kuat-kuat sampai tercungap-cungap..dan rupa-rupa nya tempat kita keluar tu dah betul cuma bas tak de sebab dia rounc sebab tak de parking..
dan kita ketawa tak henti-henti lagi....


kau ingat tak kita pasang khemah same-same..makan maggi sama-sama..pastu malam tu hujan lebat..mula-kita try jugak tak nak kasi bocor khemah..tapi tak berjaya..last skali kita surrender dan tidor dalam kelas jer..tu la first time aku berkhemah..khemah dalam kelas...tapi khemah kat mana-mana pun tak kisah,sebab ada kawan-kawan macam kau..

lepas tu kan,aku ingat lagi kita sama-sama siang ikan untuk buat bubur lambok kat rumah kau..first time aku kenal ikan selayang...aku yang malas dan tak berapa reti siang ikan ni jadi reti..walaupun lunyai ikan tu kita kerjakan,tapi kita hepi kan?dan esoknya kita buat bubur lambok..sebenarnye cikgu yang buat,kita tau makan dan menyibuk jer..

banyak lagi kenangan kau dan aku..tapi aku dah tak dapat nak taip..aku sedih...kau tau tak air mata aku jatuh setiap kali aku ingat kenangan tu semua..dan sekarang,tubir mata aku panas lagi...boleh tak aku nak nangis?aku rindu sangat kat kau..rindu sangat..

aku terkilan..aku terkilan sebab masa aku balik tahun 1,aku nak ziarah kau..tapi tak sempat..tokki dan nenek aku dah pindah.dah jauh dengan rumah kau..dah susah nak pergi ladang..dan raya lepas,mak kau datang kat rumah aku,tapi dia nak cepat,dan tak sempat tunggu aku balik..jumpa kat selekoh je...terkilan..

sungguh,aku teringat pada kau bila aku baca satu blog yang cerita pasal bestfriend dia..dan tiba-tiba je aku teringat pada kau...kau bestfriend aku jugak kan?aku doakan semoga kau tenang di sana..

al fatihah buat mu...
nor anis mat aman
7 dis 1989-dis 2008

Tuesday, May 11, 2010

diet?

satu cara nak diet...hahaha..lawak3

Tuesday, April 13, 2010

kenapa

kenapa sangat susah untuk ikhlaskan hati untuk tolong orang?

kenapa berlapang dada itu sangat susah sedangkan itu ialah selemah-lemah ukhwah?

kenapa sangat susah nak jaga hati orang?

kenapa manusia sangat pentingkan diri?

kenapa manusia senang terguris hatinya?

kenapa susah sangat nak faham orang lain?

kenapa susah nak hargai usaha orang yang buat baik pada kita?

kenapa dan mengapa....

orang kata kita kena jaga hati orang walaupun hati sendiri patah atau retak sebab tu hati kita...kita boleh try untuk cantumkan balik dan boleh try untuk soletep sendiri..tapi hati orang kita tak boleh sebab bukan hak kita....

jawapannya,semuanya bergantung pada iman..

.ya allah,bantulah hambamu ini tingkatkan imannya...supaya dia kuat...supaya dia tidak lalai dalam dunia yang sementara ini......bantulah dia untuk mengejar akhirat yang abadi.....

Tuesday, March 16, 2010

female or male

cuba teka ni nyamuk male ke female?


"vector bagi plasmodium?"

"female anopheles la..."

"tau kenapa female yang hisap darah??"

"sebab male hisap juice"aku dah start gelak.....advanced giler nyamuk dia hisap juice..

"ye la,cikgu aku yang kate gitu"

ok2

"tadi cikgu aku kate male tu vegeterian la weh"aku pulak sambung sambil gelak....

hisap juice ke vegetarian ke same je..memang la male mosquito tak hisap darah....

tapi soalan.....

sebab pe female yang hisap darah bukan male?

"aku tau!!!sebab dia banyak hilang darah banding ngan male"
hahahaha..gelak lagi..tak tahan weh..ada ke nyamuk pun tuutttt..hahaha..

sorry ek kawan..tergelakkan kamu....tak sengaja..hihihihihih..

tak tau apa motif entry kali nih..actually tengah revise apa yang blaja kat kelas tadi..tentang parasit yang bawa kepada malaria......and then teringat peristiwa itu..hehheheheh...

pesanan untuk diri sendiri,
study rajin-rajin ye!!!result mid term kamu tak boleh tahan.....

Saturday, March 13, 2010

duit,duit,duit

kalau saya ada banyak duit

saya nak beli ipod touch..
saya nak beli iphone...
saya nak beli kamera dslr..
saya nak beli laptop baru...
nak beli baju banyak-banyak...
nak naik flight first class...
nak round dunia...
nak makan best hari-hari..


tapi tu semua kalau saya banyak duit...tapi,syukur alhamdullillah Allah bagi saya ni bukan la kategori orang yang banyak duit yang boleh buat macam-macam perkara yang melaghokan..yang boleh buat saya lupa pada yang lebih memerlukan duit lebih dari saya...

duit tu dunia semata-mata...kita tak boleh bawak duit tu masuk kubur pun..sahabat-sahabat dulu sanggup korbankan harta mereka,bukan separuh,tapi semua untuk perjuangan islam...

alangkah bagusnya kalau saya dapat berbuat begitu..tapi,saya tak mampu lagi untuk infakkan keseluruhan harta saya...sebab saya tau,saya masih juga untuk memerluakan duit ..saya ada tanggungjawab yang belum selesai....sebab duit yang saya dapat ni bukan duit saya sepenuhnya..duit orang malaysia yang percayakan saya supaya suatu hari nanti saya balik ke malaysia untuk berbakti....jadi saya tak boleh guna duit saya untuk diri saya semata-mata..sebab ade hak orang lain dalam duit saya...


jadi...saya rasa,saya patut kuburkan saje hasrat nak beli ipod touch...ala..tanpa ipod touch pun boleh hidup lagi what..pikir baik-baik sebelum beli ok!!!!

paling utama simpan duit untuk plan tahun depan ok!!!!

berjimat!!!!!!aja-aja figthing!!!!

Friday, February 5, 2010

mabrook 3alaikum~

cerita before fly~




it's already 12.30am..
but still cannot sleep...
dont know why..
coffee?tea?
i didnt take it since i started my 3rd year....
cz i hate caffein that make me headache...
but still
cannot close my eyes
cant help it....
maybe i just cant wait for tommorrow..
that's why la kot x boleh tido nih...

alang-alang takleh tido nih..
ape lagi~

write watever i wanna write here..

so story je la pape pon...

today
i went to rumah terengganu for attending my senior's wedding day...she is my senior at cairo uni..already in her final year..means just 1year left to be a doc..x sabar rasenya nk final year..ngeee~
and she married to someone she know since primary school....how sweet~
actually,this senior quite close to us...she help us a lot when we were in 1st year...
thanx to her for everything she done for us...
and congaratz again for ur wedding kak nah...
wish u all the best
may Allah bless
wish ur wedding may guide u to the jannah...ameen

wedding of the winter break....

semalam....kak naimah and abg israq
today.......kak sukainah
coming soon...
kak rai and isa
kak qilah mansurah
kak fida

ramai betul yang kawen nih...

congratz la kat akak2 yang kawen...
saya tumpang gembira untuk akak-akak.....
semoga bahagia hingga ke syurga.......

Friday, January 8, 2010

putus fius..ngeee~~~

i always want to be a good person to others

i always want to think positive about others

i want to love others like i love myself

i want to memerize all good things people did to me and all bad things i've done to others...

and forget the bad things people did to me as they do nothing and all good things i 've done to others...

im trying to forget it and trying to take it easy...

and i know that i have to open my mind to accept that not all people think the same as i am......

but sometimes i failed to do all these

i dont know why...but i just can't

and

i hate to be me when i always be sellfish to others

i hate to be me when i get angry and feel like to slap others when people do bad things to me

i hate to be me when i get hurt even for a just small things

i hate to be me when always think people doesn't care about me

i wanna change for good

bcz i want to be tougher and strong minded

change for good is not a crime

even its very hard to change for good

bcz things are easier said than done....

but may be we just have to keep on trying and trying...

and put our faith to Allah...and dont give up..




Wednesday, January 6, 2010

kampong sick~~



tiba-tiba trase rindu kat mesia
rindu kat tranu tercinta
rindu nak makan kepok lekor
bila tringat ke tranu, tringat pulok cerpeng ganu nih...
kecoh medicairo pasal cerpeng ganung nih....
base tranu ni unik...sape2 dok paham cerpeng nih,ye bukan anak tranu jati r....

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Saturday, December 26, 2009

alahai visaku...


bangunan ni nampak cantik jer kat luar..tapi rupanya 'berhantu'

pagi-pagi lagi aku ngan ahli beit dah keluar rumah..plan asal nak pergi siapkan visa kat mugamma'..minggu lepas kiteorang terlewat pergi...sampai-sampai kat mugamma' dah pukul 9.30 pg...orang kat mugamma' pun dah ramai..dah la kiteorang ada kelas arab pukul 10pagi ari tuh....

makcik-makcik kat mugamma' tu pulak, boleh pulak tak hiraukan kami...boleh jer dia makn dan minum...tensen betul la...jadi, kiteorang pun terus blah jer la dari mugamma' cam tu jer..(tak boleh salahkan makcik-makcik tu jugak sebenarnye...salah sendiri, siapa suruh pergi lewat sangat padahal dah tahu ramai orang kat mugamma')

so,hari ni kiteorang keluar rumah seawal yang boleh...pukul 8 dah sampai kat mugamma'..awal sampaikan kaunter kat mugamma' pun tak bukak lagi...alahai, terpaksa la tunggu pulak..huhuhu..

kalau minggu lepas datang lewat kena tunggu, minggu ni datang awal pun kena tunggu jugak..nasib,nasib..

lepas tuh, bila dah bukak kaunter, makcik-makcik tu suruh tunggu dia siap kemas dulu baru boleh siapkan visa kami....

tunggu lagi....sabar je la...

tunggu punya tunggu, akhirnya siap gak makcik-makcik tu kemas....alhamdullillah, aku punya visa tak de masalah pun...bila sampai kat turn kawan aku sorang ni, mak cik tu cakap kertas visa yang dia tu tak ade...

ade la mak cik suruh pergi kaunter sekian-sekian...so kawan aku ni pergi la kaunter sana dan sini..tak ada jugak kertas tu...pergi kaunter sana suruh pergi kaunter sini, pergi kaunter sini pulak suruh pergi kaunter sana pulak..sampai pening kepala..

last-last lepas penat ukur lantai mugamma' tu akhirnya jumpa jugak kertas dia..padahal ade jer kat kaunter yang asal tuh..kali ketiga cari baru la jumpa...adeh...kenapa la mak cik ni tak cari betul-betul...haih.....

tak pe la..asalkan semua dah settle alhamdullillah..maybe Allah nak uji kita sebab kita puasa hari ni..who know's kan?

visa dah settle,kira dah boleh la ni nak pergi jalan-jalan winter ni kan???


Saturday, December 12, 2009

cuba try.......

tak tau kenapa tiba-tiba tangan ni rasa gatal nak tulis blog....
padahal langsung tak pandai nak tulis ayat-ayat best nak attract org baca blog...
tak pandai nak buat artikel-artikel yang bleh buat org rasa nak baca lg...
tak pandai dan sebenarnya tak pernah cuba untuk jadi pandai....
cuma bila jalan-jalan tgk blog orang sesekali terasa nak ada blog sendiri...
tetiba jer terasa nak menulis...dan tetiba jer terasa nak cuba untuk jadi pandai....

"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."(hlovate punya ayt...)