Pages

RSS Feed
Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Friday, January 10, 2014

humble

"we are collegue.
the only barrier between us is the time"
"we're friends, nabila!" 
"we will be collegue soon!"
"you are just like my daughter!"

semua tu kata-kata my supersenior doctors.. 
the houseofficers, the residents, the lecturers,and the professors!
and our Dean of the faculty too!
and sometimes, if they know you (even not so rapat), they will greet you first before you do..
yang kalau rapat pulak boleh belari-lari kejar terus peluk! XD

i know, they not just said..
 they really meant their words..
the 'superhebatdoctorss' yet so humble!

will miss this cool environment....
hoping that when i become a 'bigdoctor' one day,
 i'll be like them..
inshaAllah..

****
less than two months,
i'll be graduating
i'll be a doctor
inshaAllah
hoping for the best
please, do pray for me and friends :D

cairo.friends.teachers.
 will surely miss my bittersweet schooldays.
.

Wednesday, December 11, 2013

ohbariatric!

kali pertama dengar 'bariatric' , bukan dari buku, bukan juga dari kelas atau lecture,

kali pertama dengar, bila tengok operation tu dengan mata sendiri sambil di terangkan oleh Dr aneasth yang baik hati melayan kami waktu itu yang baru sahaja masuk tahun enam.. masih banyak yang kami belum belajar waktu tu, so, memang kami tak tahu ape itu bariatric surgery..

surgery untuk orang obese sangat-sangat, untuk kurangkan berat badan mereka, salah satu caranya, dengan membuang sebahgian perut, dan menjadikan perut mereka kecil , so, cepat rasa kenyang, maka kurang makan,so, berat badan pun turun... (sleeve operation)

at that time,
i was amazed by the surgery, actually..

baru tahu wujudnya operation yang boleh kurangkan berat badan seperti ini..

dan "kagum" dengan pesakit yang di operate itu juga...

because, she was not so obese actually, but insisted to have that surgery.. and amazingly, she did  the 'research' about the operation, dan cari doktor yang boleh buat untuk dia..

dan serius, rasa macam malu je, sebab orang yang bukan latar belakang medic lagi tahu wujudnya operation ni daripada aku yang bertahun-tahun di belajar medic ni.. huhuhu

and bila bertanya doktor kenapa dia nak buat juga operation tu walaupun dia tak obese sangat,

"mungkin sebab dia dah 25++ tap tak kawin-kawin lagi -.-"

*****

itu cerita setahun yang lepas,

hari ini,

11/12/13
 paper 1 surgery

soalan : discuss bariatric surgery..

*the not soooo common question in exams* the very last page of the surgery books* the topic that i skipped during the study leave* crying*

but, alhamdullillah,  kerana peristiwa setahun yang lepas itu, atleast, tahu la jugak nak goreng apa sewaktu exam tadi... *crying*

and as DrHK, our surgery professor, always said,

"seeing things will consolidate your knowledge.. because, it helps you to memorize things more than reading..you see it once,then, you done"

****

ada 2 written paper lagi untuk surgery, dan berbelas2 clinical exam lagi..
doakan kami kalau ade tersesat di sini =)





Tuesday, October 22, 2013

Mesirdanmalaysia

Sayu sungguh bila baca status adik-adik junior yang pergi meninggalkan bumi mesir... 
mereka menyambung pelajaran yang berbaki di malaysia..
sungguh,,jah disudut hati, rasa amat bersyukur yang amat kerana tidak perlu untuk buat keputusan dan tidak perlu untuk memilih untuk sambung belajar di mesir atau di malaysia..,kerana, pasti aku takkan setabah dan secekal itu untuk buat keputusan yang amat susah itu...
Dan bila ada yang bertanya pendapat, malaysia atau mesir? 
  tak dapat tolong mereka buat keputusan...
diri ini sudah amat menyayangi university sendiri,
 dan ingin keluar sebagai graduan university...
univeriti yng aku habiskan usiaku selama bertahun-tahun lamanya...

tapi, faktor keselamatan, faktor keamanan, perlu diambil kira..
ketidakstabilan politik mesir mungkin tak dapat menjamin perjalanan belajar disini.
faktor keluarga dan juga peluang keemasan dari pihak penaja yang menawarkan tempat yang sukar untuk dapat di malaysia, orang kata macam tak logik la nak tolak.. dan siapa tak nak belajar di tempat yang terbaik?

Dari segi belajar
Mesir dan malaysia, dua-dua ada kelebihan masing-masing..
Dan tak nafikan, malaysia adalah tempat terbaik untuk belajar bidang perubatan.. jauh lebih baik dari mesir dan semua negara lain kerana tempat yang terbaik untuk belajar perubatan adalah ditempat yang kita akan praktikkan.. dan pasti terjamin dari semua segi..

Namun, jangan pandang rendah dengan mesir.. 
ya, mungkin tak sehebat di malaysia, mungkin sahaja graduan mesir dikutuk-kutuk tak tau itu dan ini bila bekerja,  tapi bangga untuk aku katakan, ada perkara, aku mungkin takkan jumpa dan takkan belajar di malaysia walau sehebat manapun bidang perubatan di malaysia... .. bangga jugak dapat belajar dari doktor2 hebat tapi super duber humble..
Dan pengalaman belajar dan berada di tempat orang, walaupun kadang2 mulut kata benci dengan suasana mesir yang memeningkan kepala, tapi jauh disudut hati, aku sayang mesir :)
Walau dimana jua kita berada, itulah tempat yang terbaik untuk kita...
Kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Selamat pulang dan selamat maju jaya buat adik-adik sekalian.. walaupun dimana jua anda selepas ini,  jangan lupakan yang anda juga pelajar mesir..anda pernah belajar di mesir..


Sunday, October 13, 2013

balik mesir

kalau dulu, 
bila balik bercuti di malaysia, dan balik semula ke mesir, tak ada orang nak perasan pun.. orang arab bukan kisah kita balik malaysia ke tak.. dan dulu, mana rapat sangat dengan orang arab.. mana kenal sangat dengan cikgu-cikgu sekolah..tak adanya diorang nak greet 'welcome back' atau senyum, atau peluk sebab dah sampai mesir.. tak adanya..

tapi,,

balik hari tu,,

semua gembira melihat kami..
disambut segenap lapisan masyarakat mesir..
cikgu-cikgu tak putus-putus senyum dan ucapan "welcome back!"
sampai ada antara mereka boleh peluk cium kami di tengah-tengah jalan..*exxageratesikit*
sehingga secretary cikgu kat tusyen pun yang kalau selama ni tak berapa nak mesra tapi boleh tegur dengan ramahnya, dan kalau yang perempuan, kami dipelukciumnya.. ajaib!
pakcik-pakcik kedai buku yang happy nampak kami terus laung "malaysia, malaysia!"
pakcik-pakcik dan makcik makcik kedai yang sibuk bertanya " bila kawan-kawan kamu nak balik?"

lawakkan? haha

mungkin faktor 'kepupusan' warga negara malaysia dibumi mesir selepas OPS piramid 2, dan kami antara orang yang terawal tiba kembali di mesir.. Diorang rindukan budak malaysia agaknya .. LoL:D

dan mungkin faktor keluar dalam berita mereka yang semua student malaysia dah dibawa pulang ke malaysia tak takkan sambung kat mesir dah..*biasalah berita exxagerate sikit*

mungkin la..
mungkin jugak sebab kami memang popular.. erk...ini memang kes perasan..haha


apa-apa pun,
pulangnya kami ke mesir kali ni,,
yang teraknir *inshaAllah*
dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja di mesir sebeum balik for good..
*mixed feeling*

kami,
pelajar tahun 6 akhir,
kasr Al Ainy medical school,
class of 2013

akan menduduki final year Exam 20 november ni..
sehingga 23 jan 2014..
dan inshaAllah, bulan mac,
kami akan balik dengan segulung ijazah..

so,
i beg everyone who read this,
please,,
pray for our  safety here,
pray that we will study hard and tak malas-malas,
pray that we will be strong here,
pray that all of us, will pass the exams, with flying colors
pray that all of us, get the MBBCh!
pray for our success!
and pray for Egypt,Syria,Palestin,!

again,
do pray for us! :D

(macamlaadeorangbaca.LoL)
**************
by the way,
cairo is just fine..
mesir memang bergolak,,
tapi dari segi keselamatan, alhamdulillah, we still can live a normal life..
but still, kena berjaga-jaga =)
and keep praying!

Friday, June 21, 2013

E-cut

"there's no sterile gel... and yes, the patient may get UTI(urinary tract infections) but we still have to do it.."  said the doctor during resuscitation of a gunshot patient in emergency..
and the procedure which was supposed to be under a sterile condition was not sterile anymore..

well, this is emergency, and this is Egypt! yang serba kekurangan.. sehingga ada saatnya, pesakit terpaksa beli urinary catheter sendiri  sebab tak ada kat hospital.. (no joke )

  tapi,, susah mana pun keadaan, at least mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk bantu pesakit mereka..
dan mereka juga kreatif!
bila patient tak mampu bayar untuk vac (vacuum assisted closure) theraphy (for wounds healing) yang memakan kos yang mahal, maka tercetus la idea kreatif doktor-doktor mesir mencipta sendiri vac theraphy khas untuk pesakit mereka sendiri dengan harga murah dan function yang sama!

dan semalam,,, terjumpa mesin ECG yang agak uzur,selagi boleh guna, tetap di gunakan walau pun pump dah tercabut, boleh lagi digantikan dgn syringe pump... tak terfikir sampai tahap ubah suai mesin ECG biar dapat digunakan lagi... kalau kat malaysia mungkin mesin ECG tu dah dicampak kelaut .. :D
teruk macam mana pun mesin tu, aim tetap tercapai.. dan hasilnya tetap sama.. 
kagum!
kita sepatutnya belajar jugak bagaimana untuk jadi kreatif dan inovatif macam mereka.. =)
*mana tahu, suatu hari nanti dicampakkan ke kampung-kampung yang tak cukup alatan jugak, inshaAllah, boleh survive! LoL *

dan pengalaman handle mesin ECG yang dah di ubah suai oleh doktor-doktor mesir tu mengakhiri emergency course yang memakan masa hampir berbulan-bulan..
congrats to me! LoL

akhirnya berjaya jugak menghabiskan program tersebut..
walaupun banyak rintangan dan halangan,
dengan keadaan exam yang berlambak-lambak,, 
ditambah dengan penat belajar, 
sampai pernah terfikir mahu saja give up,,
tapi atas sokongan kawan-kawan seprogram,,
teruskan jugak,,
dan akhirnya,, alhamdullillah,,
berjaya jugak menamatkan Emergency course ni..

walaupun mungkin sahaja, 
nampak macam sengaja menyibukkan diri dikala mereka yang lain boleh tumpu study dan exam,,
dan
padahal nanti kerja boleh sahaa dapat pengalaman dan mungkin sibuk sampai tak cukup tangan, 
but actually,,
it's not about menyibukkan diri waktu belajar,
tapi belajar apa yang tak ada di malaysia..
dan pengalaman di sini pasti takkan sama seperti di malaysia..
peluang belajar di sini bukan semua orang dapat,
so, kenapa nak sia-siakan?
and seriously, it helps me a lot for my emergency exam!
*seeing is believing..once u see, then it's done*

dan, sekurang-kurangnya,,
jika di tanya suatu hari nanti bagaimana keadaan emergency dan sistem di hospital yang aku pernah belajar selama 6 tahun setengah,,
inshaAllah, soalan tu dapat dijawab..
 dan 
untuk tempoh 6 tahun setengah kat sini,,
at least, ada kenangan di setiap penjuru kasr al ainy..=)


 ~us~
preliminary emergency training course! 

***
dan untuk soalan bigbos program , Dr D  yang personally bertanya,
"are you happy with the course?"
and my answer is,,
"ofcourse i am! and it's a very nice experience and i enjoyed it very much=)"

and for my dear friends,
who are always been together along this course,
through ups and downs,,
penat bersama, suka duka bersama,
thank you for the moments that we shared together!
and i will remember it forever! =)


Friday, May 24, 2013

department 5

 mereka yang dah masuk round emergency kata,
"emergency round,is the worst round ever..
no class or doctor who will teach you..
emergency doctors are always busy..."

so, bagi sesetengah orang,
"emergency round means holiday!
masa untuk study!
a lot of big exams are coming!"

dan bagi sesetengah yang lain pulak,
"u need to be proactive, ikut la doctor buat ward round..
jangan lepaskan peluang..
a lot of things u can see in emergency which u will never see in general round.."

T_T

sedih dengar feedback mereka untuk round emergency ni..
mula minggu depan adalah my group punya turn..

apa-apa pun,
buatlah apa-apa pun,
asalkan waktu tu janganlah duduk rumah sambil habiskan masa dengan buat taik mata sudahlah.. 
semoga apa sahaja yang dibuat pada waktu tu, bermanfaat.. =)

*********
throwback Feb2012:
sesat ke tingkat 3 mencari department 5 sehinggalah,,

"department 5 is an emergency department.. so, it's on ground floor.."

erk,,, sorry, tak tau dept 5 tu emergency..
*banyak rupanya kenangan dgn emergency ni =)*

- tawarik girahah -
aka
emergency surgery

******
membebel benda yang tak bermanfaat lagi..

Sunday, January 20, 2013

terima kasih pakcik!

few months ago,

 the patient started to complain that he started to feel some pain, but we were not done yet.. dr R and dr A just put some materials to strengthen his abdominal muscle..it almost 2 hours,.there's still some procedure to be done but, the anesthesia started to wear off , so we need to be hurry.

the procedure usually do not exceed 2 hours, 
(*mungkin sebab doctor ambik masa ajar kami kot.. erk...
so, that's why la jadi lama..T_T.. *)
we were so sorry, pakcik..
but alhamdullillah, 
at the end,
we managed to finish it..

thank you pak cik,
thank you for being a very calm patient..
thank you for letting me be one of ur 'surgeon' on that day
thank you for everything..
may God bless u always..

"He who studies medicine without books sails an uncharted sea, but he who studies medicine without patients does not go to sea at all.”

********

cerita dah lama, tapi time nak exam esok luse,
 time tu jugak larasa nak updet blog.
mood  tak sabar nak cuti.. 
mood rindu waktu lapang nak 'lepak-lepak' '

Saturday, December 29, 2012

tinggal kenangan

satu waktu di satu tempat,
 ketika trial exam beberapa kurun yang lepas,
bila tiba-tiba pesakit saya lari waktu exam!
dan tiba-tiba, masa pun tamat..
 betapa saya merayu  kat mereka yang handle exam supaya bagi saya peluang untuk exam lagi..
*rasa cam over lak guna perkataan merayu.hihi*
tapi dibalas dengan muka yang buat-buat tegas tak nak bagi masuk exam dah..
dan dihalaunya dan ditutup pintu ward tak nak bagi masuk..
exam trial je pun kot! haha..
ok, mereka bergurau je sebenarnya.. saje nak kenakan students...
mereka sangat baik sebenarnya...

dan bila beberapa hari yang lepas terjumpa salah seorang dari mereka,, dan katanya,

"i remember u!" katanya pada kami..
 terus la teringat semua kenangan kat sana... 
ye la kan, department yang banyak sangat banyak memberi kenangan pada kami...
bukan stakat memori je, tetapi tempat tu juga banyak berjasa =)
meninggalkan kesan sekali gus tinggalkan 'parut'..
hahaha
dan, yang pasti, sampai bila-bila
  takkan sesekali lupakan tempat itu,
takkan lupakan mereka yang wujud disana waktu itu,
 dan semua kenangan disana...

dan bila tahu bahawa department tu dah tak wujud, sedihnya!..
agak-agak, ada tak lagi department sebest department tu?
atau, saya sorang je ke yang rasa department tu best? haha..T_T

Friday, December 28, 2012

learn from your mistakes! =)

kata DRHK,

"kamu bertanggungjawab atas semua yang kamu lakukan.. kalau kamu buat silap, mengaku.. dan kalau kamu nak jadi doctor, saya sangat-sangat yakin, kamu semua akan buat silap, tak kira la, secara directly or indirectly... "
so,  "be honest, and learn.." 

walaupun dah banyak kali dengar oarang bagi nasihat pasal ni, tapi kata-kata DrHK hari tu sangat menusuk kalbu..

ye la kan, kadang-kadang kita terlalu takut untuk menyatakan kesalahan sampaikan kita akan cari seribu satu alasan nak menyatakan yang kita sebenarnya tak salah walaupun kita sebenarnya salah..

kita buat salah, kita takut, kita malu, dan kadang-kadang kita menyalahkan orang atas kesalahan kita..

kita takut kat siapa? kita malu kat siapa sebenarnya?

bukan ke kita patut takut dan malu kat Allah? -.-


dan bila kita rasa apa yang kita buat betul, kita takkan rasa malu untuk mengaku walaupun semua orang kata salah, begitu jugak la kan, kalau kita salah, tak perlu malu mengaku kesalahan kita,pedulikan je la apa orang nak cakap.. yang penting Allah redha dengan kita..

 muhasabah diri selepas kelas drHK=)

peace no war! =)

peringatan untuk diri sendiri yang supaya tak terjatuh pada masa hadapan..
 kalau terjatuh pun, harapnya dapatlah bangun balik... huhuhu..
bytheway, doakanah supaya rajin baca buku neuro yang bermuka surat 177 yang baru dibeli dan perlu di habiskan dalam masa 2 hari kerana exam bakal menyusul selepas itu.. T_T..
doakan kami! 

Sunday, December 9, 2012

skema

teringat kisah sewaktu sekolah dulu.. 
bila waktu dekat nak exam, macam-macam cerita tentang hijab waktu jawab exam..
  orang sangat bijak, tapi bila dapat keputusan, dapat paling teruk...
dan semuanya sebab adanya hijab waktu jawab exam.. 
dan ada juga cerita yang betapa dia tak study langsung tapi bila exam, dapat jawab dengan cemerlangnya.. 

susah nak percaya kan? ada juga kata ni bukan betul pun cerita tu.. 
 tapi kalau Allah kata nak jadi , benda tu akan jadi walaupun nampak sangat tak logik...
dengan kuasa Allah,
everything is possible..

sebab tu, tujuan utama kita belajar, bukan sahaja sebab exam,
 bukan sahaja sebab nak jadi doktor yang bagus,
 tapi yang paling penting dan utama sebab nak dapat keredhaan Allah swt.. 

betapa kuat pun study, dan betapa hebatnya guru kita yang pergi menuntut,tapi kalau tiada keberkatan tiada keredhaan Allah, tak guna juga..

biarlah orang kata budak skema, asalkan kita tahu yang kita ikut skema Allah dan rasul =)
peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang yang terlalu mengejar sesuatu, terlupa benda yang paling penting ni..
****
sibuk,
sekarang sangat sibuk..
doakan saya terus tetap hati , 
dan doakan saya supaya terus dapat keredhaan Allah dalam menuntut ilmu =)

setengah jam sebelum kelas mula, tapi saya masih di rumah mengupdate bilog.. haha
nak buat macam mana kalau rumah dekat dengan u... rasas nak balik rumah je.. hikhikhikhik

Saturday, October 20, 2012

smile=)))


"nanti kalau doktor-doktor surgery osem cari aku, aku tak ada dalam kelas macam mana? kan kalau tiba-tiba doktor kesayangan aku bagi lecture, lepas tu tengok aku tak ada mesti dia sedih.....haha"
gurauku bila seorang sahabat bertanyakan sama ada mahu ambil tusyen surgery atau tak... kat sini, kalau pergi tusyen, nak tak nak, terpaksa mengorbankan kelas di univ kerana waktunya yang bertindih..

tapi, dah kalau keadaan lecture surgery yang agak terumbang ambing, siapa tak risau? dan bila ada pilihan doktor diluar yang mengajar dari awal,sampai akhir, dan yang pasti takkan biarkan kita lalai, memberi jaminan kita akan mudah faham dan pandai, siapa tak nak ?siapa taknak memudahkan diri bila ada doktor yang boleh guide untuk jadi pandai? 

tapi, sayanglah!
dan petang itu, gagahkan diri juga ke lecture univ..
alhamdullillah, oh, kan dah kata doktor-doktor surgery sangat osem! Allah gembirakan hati dengan lecture dari doctor osem..kan dah terbukti sebelum ni doktor-doktor surgery ramai yang osem-osem.. ala, sayang la kalau tak dapat berguru dengan mereka..,
tak semestinya tak pergi tusyen tak pandai, tak faham,, semuanya bergantung kat diri sendiri.. kat mana kita berada kat situ la tempat yang terbaik untuk untuk kita, cuma kena kuat la sikit sebab tak ada orang yang akan push kita untuk study.. so, kena push diri sendiri..haha
dan kata sorang kawan, antara sebab kenapa tahun 5 sangat osem adalah sebab doktor yang osem!  dan doktor surgery tak terkecuali!
apa-apa pun, yang penting,
 i'll make sure that my 6th year will be the most happening year..no matter what!

teringat nasihat dari seseorang yang hebat,,

"sometimes, there is a thing that u think not important for u at all, but please, dont ignore it, because it might be the most important thing to you ,later on...."  *i do miss ur sweet words,dr D!*

ok, dah tak nak fikir dah...nak ikut je flow boleh tak? tak pe, dont worry too much, everything will be ok!

doakan semoga terus kuat, dan doakan yang akan tetap dengan keputusan ni..

 oh, ini hadiah dari doktor osem!
Dr Raafat Y Afifi,-Professor of general surgery~
thanks doctor!
bolehlah jadi pembakar semangat kalau down lagi nanti!

akhir kalam,,

“You don’t have to be great to start, but you have to start to be great”




kenapa perlu ada tusyen? 
tak boleh ke dr2 yang best tu ajar je kat univ?
kenapa nak buat jadi dilema macam ni?
how i miss my 5th year!

Wednesday, September 26, 2012

6th year

"6th year - you'll face a very long phase of studying till Dec of the next year.. focus on your study as if you are in the end of the 6th year, but don't forget to do your hobby.. you need to do something that you like, so you won't be tired so easily.. so what's your hobby?"  DR D asked me when i was asking her to give some advice on how to manage our 6th year....

saya hanya mampu untuk senyum dan sengih to her as i have no idea to answer her question.. tak terfikir la ape hobi sendiri...haha...
saya pandang kawan, dan kawan pandang saya balik " oh, dr, we don't really have time...T_T".. we need to cook, we need to basuh our baju, we need to kemas our rumah, we need to do shopping, we need to tido as well,.. haha..

ok, tipu la tak ada masa.. sebenarnya ada sahaja masa.. 
cuma..segan la nak cakap yang hobi yang tak berfaedah.. haha.. 

tapi, serius, bahang sibuk tahun enam dah terasa.. kena kuat, fizikal dan mental.. kadang-kadang jugak kena berkorban.. 
sebab semua benda yang kita nak bukan dapat semuanya.. 
oh, contohnya kat uni , ada 2 doctor yang superb untuk 2 subjek yang berbeza tapi waktu kelas dia bertindih antara satu sama lain.. we have to choose.. kalau boleh nak dua-dua.. tapi apakan daya... terpaksa pilih salah satu sahaja.. 

apa-apa pun keputusan yang dibuat, moga yang terbaik.. insyaAllah..

so, please do pray for me, so i can make a wise decision..

"respect others' opinion, and may they will respect yours too=)"

cairo=)


tulis blog boleh kira jadi hobi tak? haha.. 
walaupun   berbulan-bulan, update la sekali.. 
update pun  post tak bermanfaat langsung..haha

Wednesday, August 8, 2012

selamat tinggal tahun 5

hampir seminggu lebih menunggu result kami budak-budak tahun 5 cairo university.. dari minggu lepas lagi dengar rumors asyik cakap 'natigah elnahardah/bukroh' (result hari ni/esok) sampaikan dah tak percaya kalau ade rumors macam tu sampai la semalam bila result akhirnya betul-betul keluar.. 

alhamdullillah 'ala kulli hal..
syukur atas nikmat-Mu ya Allah.

tahniah buat sahabat seperjuangan! apa-apa pun apa yang di terima itu adalah yang terbaik untuk kita..

dan saya sekarang - officially a final year medical student=)!


selamat tinggal tahun 5 yang super osem,,,,

osem sangat-sangat sampai tak terucap dengan kata-kata..

banyak sangat kenangan manis tahun 5..sangat!
doktor-doktor yang osem*banyak sangat dah bercerita*
kawan-kawan arab yang ramah tamah dan baik hati
patient yang macam-macam ragam
pengalaman 'tidor di hospital' bermacam-macam cerita di sebaliknya
pengalaman tolong-tolong, lepak-lepak dengan doktor, dengan kakak-kakak nurse 
kena marah, kena halau 
melawat setiap penjuru hospital, dari ER, OR(emergency,general,gynae, dll) paeds, medicine, OnG, specialized hospital pun dah pergi lawat..haha
dan rasanya muka pun dah semakin tebal..hahaha
yang penting - sahabat perjuangan yang tak terkecuali keosem-an..=)))
dan banyak lagi la..

dan sekarang pun dah rindu mesir! dah start rasa sedih nak tinggalkan mesir dalam masa setahun setengah lagi.. haih.. ye la, 5 tahun di mesir.. lama tu.. kalau ada anak, dah boleh masuk tadika dah :D

apa-apa pun doakan kami tabah dan kuat...

semoga tahun 6 juga osem dan bertambah osem dari tahun 5=)




Monday, July 9, 2012

kali pertama

"can u scrub-in?" tanya seorang doctor..
 kami blurr..blurr seblurrnya..

"sanah imtiyaz?"tanya pula nurse
"la'a.. ehna tolabah.(tak, kami student)" jawab saya yang masih blurrr..

"can u both scrub-in?" sekali lagi doktor tu bertanya
dan kami.. menggangguk "yes"

" you both, go scrubbing at room no1 and take the gowns here,OT no 5"

dan kami "ok!"

untuk kali pertamanya,
kami betul-betul masuk surgery, bukan sekadar duduk ditepi tengok operation je...
walaupun setakat pegang barang dan organ sahaja..;p..
biasalah, first time, excited dia lebih sikit...hehe
thanks to the surgeons!
akan ingat sampai bila-bila kali pertama ini
*abdominal exploration surgery - emergency surgery, cairo university =)*

*oh,ini operation acute megacolon*
dan,ni gambar lame :D 
dan semalam tak ada sape nak tolong ambikkan gambar..

Sunday, July 8, 2012

family name

alhamdullillah, keluar dari hospital kanak-kanak semalam dengan perasaan lega.. lega kerana exam yang buat saya tak tenang selama lebih sebulan ni akhirnya sampai ke penghujungnya..
ya, saya dah habis exam=)
 semalam oral+clinical biasa-biasa sahaja..
perasaan frust tak boleh jawab satu soalan oral dari seorang doktor dah dikaburi dengan perasaan lega habis exam..haha
apa-apapun ,syukur alhamdullillah,
doakan semoga kami semua melangkah ke tahun akhir setember ini!
*my stets and pediatrics hospital~*

bercakap pasal oral, soalan yang agak femes sewaktu oral sejak saya menjadi pelajar disini ialah,,
"what's the meaning of 'TUAN'?" haha
 dan biasalah, skema jawapan dia dari dulu pun tak berubah iaitu,
"oh dr, it's just a family name.."

tahun ni?
paeds, OnG
tak ada pulak yang doktor bertanya waktu oral..
semua macam muka serious tak tanya soalan lain pun selain soalan medik..=)
cuma adalah doktor yang buat muka pelik dan susah nak baca nama..
susah sebab di kadpelajar tersilap taip Nuan, dan di slip pula Tuan..
(huruf arab 'ta' tertinggal satu titik jadi la 'nun':D)
susah nak terangkan kat doctor bagi paham,,
sudah la first time kot doktor tu dengar name macam tu.
dan akhirnya doctor faham..

dan tiba-tiba teringat,ada la,,, sorang doktor ni..
dia pun tanya soalan sama dalam kelas...

 as usual, i replied with the same answer..

she smiled and said, " anyway,whatever, she's nabilah to me=)"
not too loud, but enough for me to hear it since i sat just in front of her..
dan buat saya tersenyum waktu tu.. 

ok, saya masih normal..
she just a doctor who i respect the most..
for her kindness..
for her very sweet wordss..
and for everything she had done for me..

walaupun sangat banyak menyusahkan dia..
 bulan lepas,sebelum final exam, baru aje jumpa dia cakap..
"doktor, saya ada masalah.. tolong saya bla..bla..bla..."
dan dia masih tolong saya walaupun dia superbusy on that day..
anyway,
i just wanna say thank you..
when i said to you that you are really a great surgeon,
i really meant it..=)
hebat tak hebat, semua orang tahu dia one of the best female surgeon kat cairo university...=)

tau je doctor D ramai peminat,
tapi tak kira,
saya tetap peminat no satu dia..=)
*bajet doktor bace je*

haih, asyik bercerita tentang doktor-doktor osem je..haha
maaf la sangat memboringkan dan membuang masa kepada yang membaca..haha..
cuma untuk masa depan,
 manalah tau kot-kot lupa pernah minat sorang doktor sampai macam ni sekali..haha

********
anyway, tahun lima ialah tahun paling OSEM!

*gambar dengan bebudak tahun 5 egyptians and seorang doctor pediatrics yang juga osem!

Wednesday, June 20, 2012

sakit

" setiap orang ada reseptor sakit yang berbeza-beza.. mungkin reseptor sakit awak lagi banyak dari reseptor sakit orang lain, sebab tu awak sakit lebih dari orang lain, jadi awak sabar ya?"

lembut kata-kata seorang doktor buat seorang pesakit yang sakit amat sangat sampaikan minta double doses ubat tahan sakit.. 

********

mungkin itu salah satu cara yang berkesan untuk tenangkan pesakit..

nanti nak jadi macam doktor tu la!

******

esok ada exam lagi..
untuk exam esok dan seterusnya,
doakan kami..

Friday, June 8, 2012

tempat itu..

ada di antara mereka yang,

"what are you doing here? go home and study~!LOL"

tak kurang juga yang pada awalnya, tak hiraukan kami langsung, tapi...

"come here,see this!you'll never see this from that place~bla,bla,bla"

dan yang mula-mula dengan muka yang konon-konon serius,

 "ok,i won't tell you anything about this case!:D" 

dan tak berapa lama kemudian with a smile, "actually , the case is about..blablabla..."

ada yang belum sempat kami tegur dan cakap apa-apa lagi,
tapi dengan ramahnya,

"salamualaikum=)how are you..?this is a case of...bla..bla.."

dan...tak lupa juga ada yang in the middle of operation.,,
nampak kami,senyum(walaupun pakai mask) dan tegur kami,

"hey guys,hi! how are you?are you coming to see the operation?:)"

 dan
 bila mahu pulang pula, disambut dengan kata-kata seperti,,, 

"did you learn anything today?"
"good luck!"
"do come again!"
"nice to know you!"

dan banyak lagi yang buat diri terasa dihargai di sana~

and lastly, 
when i said to one of them,

"Dr,you are a great surgeon!"

and with a smile,that surgeon replied

"no, nabilah, i'm not=)"


**********

seriously, 
i really miss those momments..
i miss the place..
and i wish,that place miss me too..*LOL*

tak tahu la tempat tu masih sama macam dulu atau tidak..
tapi...sangat berharap, sentiasa sama seperti dulu=)




*********

ok,dah, 
sekarang,

study!

11 days left~

go go OnG!!!!

go go Paeds!!

and please,do pray for us..



Monday, May 21, 2012

OnG


baru perasan, selama ni belum pernah bercerita tentang round yang satu ni.. 
haih, bila dah habis round baru rasa rindu.. 
rindu dengan kelas yang buat saya rasa 
"oh, saya di bumi mesir rupanya" haha

dan endround clinical exam kelmarin,
 rasanya antara yang termudah sepanjang tahun ni..
syukur alhamdullillah..
(first time dapat doctor yang macam tu selama 5 tahun belajar medik....
harap lepas-lepas ni pun camni la..hehe)

disambut dengan senyuman DR OnG dan kata-katanya
"today is your lucky day"

oh, kiranya, semalam bukanlah sebab dapat buat dengan cemerlang la,
tak kira boleh jawab atau tidak soalan,
yang pasti doktor dah sedia markah untuk semua..
 orang kata free marks..

but,i know i really did my best=)))
and ofcourse,
ini semua nikmat dari Allah..
syukur alhamdullillah..

by the way

dulu rasa sangat tak 'masuk' dengan OnG..
sangat..

sebab
terasa ada doktor sangat tak welcoming dengan kehadiran kami..

pernah je kadang-kadang kena halau dengan doktor resident yang bertugas,directly or indirectly..
dan lepas tu buat muka tak tau malu je lepas kena halau..
kadang-kadang doctor tutorial cakap arab pekat sampai kena fokus betul-betul baru tak lost..
kadang-kadang berebut dengan budak arab nak suruh doktor cakap english
dan kadang-kadang budak arab dengan selamba je kutuk kiteorang depan-depan



tapi lama kelamaan,

baru sedar,

OnG is not that bad..=)))
OnG tetap best dengan kelebihan yang tersendiri
berkenalan dengan kawan-kawan arab..
dan mereka sebenarnya sangat baik hati..
 dan mereka buat terasa saya sebenarnya duduk di negara mesir..
terasa saya belajar di cairo universiti..

dan paling penting
subjek OnG itu sendiri pun best.....
belajar tentang wanita yang sangat kompleks,
tetapi sangat istimewa..

dan
pengalaman "beroncall" la sangat di labor room dan operation room,
pengalaman ambil history makcik-makcik dan kakak-kakak dan adik-adik dengan bahasa arab broken habis..haha
jangan terkejut kalau,
saya cakap pernah ambil history seorang ni,
 ingatkan kakak,
rupanya adik,
ingatkan bersalinkan anak first,
 rupanya anak second..haha
apa taknya, dia kahwin umur 13 tahun.haha..
dan banyak la pengalaman lagi yang buat round OnG sangat bermakna...=))

lastly,
doakan kami exam final sebulan dari sekarang..
go go Paeds!
go go OnG!
semoga Allah permudahkan urusan kami,
rajinkan kami, mumtazkan kami, dan redha dengan kami=)




Tuesday, April 17, 2012

kaki

'kekusyukan' kami membaca buku dikejutkan dengan raungan seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang disorong masuk ke bilik pemedahan..meraung tak mahukan pemedahan..kuat!sampaikan semua mata dalam bilik tu tertumpu padanya..
dalam kepala terbayang mungkin budak ni ade apendicitis..atau mungkin jugak kot strangulated hernia..biasalah budak-budak takutkan operation...orang yang dah besar pun takut apetah budak-budak kan?

buku gynecology ditinggalkan, dan kaki melangkah masuk bilik pemedahan..
"it's a case of vasculitis..so we need to do bilateral amputation to this boy.." kata seorang doktor kepada kami..

tergamam sebentar..
patutlah bersungguh benar dia meraung tak mahu masuk bilik pemedahan..
patutlah sampai terjerit-jerit tak nak dibedah...
patutlah..

dia meraung tak mahu masuk ke bilik pemedahan kerana dia tau,jika dia masuk dia akan keluar dengan kehilangan kedua belah kakinya..

sedih sungguh bila melihat kedua-dua kakinya dipotong..tapi, mungkin itu yang terbaik untuk budak lelaki tu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
semoga dia terus tabah mengharungi perjalanan hidupnya yang masih panjang..



dan kita yang Allah masih memberi nikmat kaki yang sihat dan kuat,
bersyukurkah kita?
ke arah kebaikankah kaki kita melangkah?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"


Tuesday, April 3, 2012

el Gra7a

"you can't be a surgeon because u are female and we hate female surgeon!"

terngiang-ngiang kata-kata seorang residen surgery yang kami temui ketika kami sibuk mencari pesakit untuk belajar memandangkan exam OSCE surgery yang akan kami hadapi..

walaupun dalam nada bergurau, dan tahu dia sebenarnya tak ada niat pun, tapi tetap timbul persoalan,kenapa ya?

so, kami mention-kan nama seorang general surgeon yang agak famous dan hebat di cairo University..dan dia adalah female surgeon!

tapi doktor residen tu masih tak mahu mengalah..katanya "dr D is an exceptional.."

tapi kami pun tak mahu mengalah "so, we can be exceptional too!"

betul la tu..
kami boleh, kalau kami mahu...
masalahnya sebenarnya kami nak ke?hehe

tapi,memang betul orang kata ramai pakar bedah adalah lelaki.. bila masuk dewan bedah umum cairo university, pasti dipenuhi doktor-doktor lelaki..kalau ada pun kaum perempuan dalam tu, tu adalah medical students atau houseofficer yang nak belajar dan jugak nurses.. tapi main surgeonnya tetap lelaki..
 kat cairo-lah..


mungkin sebab,
belajar surgery yang sangat susah,
kerja pun susah dengan risiko antara hidup dan mati..
dan mungkin ditambah kesibukan seorang pakar bedah..
dan mungkin ada sebab-sebab lain lagi yang buat surgery bukan bidang pilihan kaum wanita..

dan
bila orang sibuk mengatakan doktor perempuan kena ambik bidang Obs and gyne sebab untuk jaga kaum wanita,
tapi kadang-kadang terfikir bagaimana pula dengan surgery sebab ada juga pesakit wanita dalam surgery..kenapa surgery? sebab bila seseorang pesakit perempuan yang akan menjalani pemedahan, pasti dia juga akan diexposekan keseluruhan tubuhnya dalam dewan bedah...tambah tempat yang nak dibedah pula...walaupun bukan semua, tapi tetap rasa malu itu ada bagi pesakit perempuan tu kan?
ke tak malu..? mungkin tahap malu setiap orang itu berbeza..mungkin yang tengok malu, tapi pesakit tu tak rasa apa-apa pun..haha..ni pun pandangan dari segi pemerhatian oarang yang kurang pengalaman je..bukan kajian pun...

cuma teringat kesusahan seorang female surgeon mencari assistant perempuan untuk bedah seorang pesakit perempuan sampaikan dia offer orang yang tak tahu apa-apa untuk jadi assistant dia..
katanya,pesakit tu mesti malu kalau dia suruh doktor lelaki jadi assistant dia..


last but not least,
jangan tanya samaada saya mahu jadi surgeon atau tak sebab saya sendiri pun tak tahu jawapannya..=))

*****
surgery round untuk bebudak tahun 5 dah habis hampir 3 minggu lepas..
tapi semangat surgery masih ada lagi...
boleh lagi pergi melepak kat general OR..haha
padahal sekarang dah masuk round OBGYN..=)
apa-apa pun doakan kami kuat kat sini..

alahai,suka tengok baby baru lahir..comel!
oh, mereka adalah kembar=)