

sebenarnya tak pernah pun terfikir nak pergi ke dumyat....dumyat tu kat mane,ade ape pun tak tau..huhu..tapi bila ade orang ajak pergi ke dumyat,ape lagi,pegi je la..duduk rumah pun bukan buat ape...at least boleh la jalan-jalan sambil menikmati permandangan mesir~(lebih-lebih lagi bila nak singgah kebun buah..lagi la melonjak keriangan hantu-hantu buah)
so,6 july 2010,aku dan 3 org lagi ahli beit ikut la lawatan KPT(kelab pelajar terengganu-betul ke?saya lupa..huhu)
kami bertolak dari hayyu asyir kira2 7lbih..lebih sejam dari plan..plan pukul 6.30pagi,tapi terlewat..tp cuba cakap pulak pukul nk pegi pukul 7.30,konfem-konfem pukul 8lbih baru bertolak kan?
destinasi pertama kami ialah makam imam sya'rawi..imam sheikh as Sha'rawi ni seorang sheikh yang terkenal di mesir..lahir pada tahun 1911 dan meninggal pada tahun 1998..memperoleh ijazah dalam bahasa arab di al Azhar univ,dan seterusnye dalam univ yang sama..beliau pernah jugak mengajar di king Aziz univ,saudi arabia..apa yang paling dikagumi,beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia,dengan beraninya,beliau menasihat presiden hosni mubarak secara terbuka supaya berpegang pada jalan Allah...
wasiat terakhir~
then,kami singgah ke masjid yang adanya makam sayyid muhammad ibnu abu bakr..menurut cerita ust,masa orang kampung nak bina masjid tu,diorang gali la lubang..lepas tu jumpa batu yang tertulis muhammad ibnu abu bakr..tapi ust tu tak cerita mendalam sangat sebab dia just jadi bidan terjun jer..so, cerita pasal beliau boleh bace kat sini
destinasi kami ketiga~kebun buah apricot..waa,bestnye tengok buah-buah ni...mula-mula pakcik ni cakap,"ambik gambar je...xleh pegang..."
tapi kami pegang jer..hehehe...dan paling best,dapat apricot free...aku tak dapat..tak ambik pulak..atas coaster bru tau yang pakcik tu bagi free..ruginya..
pastu,jumpa pulak kebun anggur...turun sekejap..tapi takde tuan pulak dah..so,tak dapat masuk la kebun tu..just ambik kat tepi-tepi jer..baru je ambik sekeping dua,dah nak kena pergi...pakcik coaster janji,kalau jumpa lagi kebun anggur dia dia berenti...
dan akhir nye jumpa jugak kebun anggur lagi..tapi kebun anggur hijau je la..anggur ungu tak nampak pun..takpe la,anggur jugak kan?
so,bermula la lagi proses pemukulan gambar secara beramai-ramai di kebun anggur...
kemudian singgah pulak ke satu masjid untuk berehat-rehat sambil buka bekal untuk makan tghari..malangnya,makanan kami dah pun habis awal pagi..ingatkan ade la kedai-kedai ke kat tepi..ingatkan nak beli jer...so,kami makan je la bekal kami awal pagi sebab terlalu lapar pagi tu..nak wat cam ne,perut ni dah dimanjakan dengan makanan berat waktu pagi~hohoho..
kat luar masjid tu ade makam sahabat nabi..sayyid abdullah ibnu salam..beliau ni sahabat nabi..pernah meriwayatkan hadis dari rasullullah...betapa hebatnya beliau,dari madinah sehingga sampai ke ceruk kampung mesir pun boleh pergi berdakwah..rasa kagum dengan sahabat nabi ini..kalau kita sayang nabi,kena la jugak sayang sahabat nabi..
"Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan."
destinasi terakhir kami,ra'sulbar,dumyat@damietta..
tempat ni, ni sebenarnya tempat pertemuan antara laut dengan sungai nil..orang panggil muara ke?
biasanya kalau air sirap campur air oren mesti jadi air siren kan?tapi kat sini air sungai yang tawar langsung tak bercampur dengan air laut yang masin..subhanallah...itu la ciptaan Allahyang maha Agung...
kata kak aisyah,kalau dulu-dulu,boleh nampak sempadan antara air laut dan sungai,tapi sekarang cam x nampak sangat dah..cuma boleh la tengok kat sebelah sini air bergelora+ombak,tapi kat sebelah sana pulak air sangat tenang...tapi air sungai dan laut tu tak bercampur...kuasa Allah..
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih daik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam
hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.