Pages

RSS Feed

Thursday, December 22, 2011

awesome!

assalamualaikum=))

hari ni  asyik terasa nak tergelak saja..gelak dan senyum sampai ke telinga..sampaikan boleh gelak sorang-sorang waktu masak petang tadi bila teringat peristiwa hari ni..ni pun tengah gelak ni :D

pagi-pagi seperti biasalah seawal 7pagi sudah keluar ber-'jogging' ke kelas doktor pediatric kesayangan ramai..harapan dengan jogging tu boleh la sampai sebelum kelas bermula..atau mungkin sebelum doktor sampai....
tapi seperti biasa jugalah,,,harapan masih belum tercapai setakat ni..ok,yang ni kena usaha lebih sikit lagi..tambah-tambah musim sejuk..sungguh tidur itu sangatlah nikmat..T_T..

permandangan waktu pagi yang damai di u=)

untuk budak-budak tahun 5 perubatan cairo univ,,,kelas pagi tu sebenarnya optional sama ada mahu pergi atau tak..dan dah ada sebenarnya lecture dan tutorial yang dah boleh dikategorikan cukup la..tapi bila doktor yang mengajar waktu pagi tu sangatlah best,,, memang takkan tinggalkan walau sekali la..lebih ajaib,,, serius suka doktor tu ajar dalam kelas bahasa arab berbanding dengan bahasa inggeris walaupun ade je bila doktor buat lawak tapi tak paham..ok,gelak jugak sebenarnya time doktor buat lawak tu,tapi gelak sebab tak paham..haha..tapi seriously dr A.B sangatlah awesome~!!!

habis je kelas doktor A.B kira-kira pukul 8.30, jogging lagi ke hospital kanak-kanak abourish..ape tak ''jogging'nya kalau dah kelas practical skills start pukul 8.30..jogging la kami sampai semput... sampai-sampai pun doctor dah start dah...nasib baik jogging,kalau jalan lenggang kangkung doktor dah habis ajar baru sampai kot..=))


untuk tiga kali session dengan doctor MR yang sangat-sangat 'awesome'.memang tak kering gusi..ketawa saja...serious doktor sangat lawak sampaikan sekarang pun kalau teringat boleh gelak lagi..:D..banyak pengalaman doktor cerita kat kiteorang.. katanya,dia pernah buat CPR selama 2 jam dan selepas 2 jam tu la baru dia teringat dia terlupa nak suruh someone call ambulans..haha,,macam-macam..

akhir session,memandangkan last session bersamanya,,jadi tak lepaskan peluang ambil gambar bersama doktor tu..kata doktor,,,

"You are the awesomest ever :) 
If there is such a word =)
I really enjoyed teaching you and our sessions was so much fun 
Really nice to know you all"

waa,awesome la dr!





sambung lepas tu pulak dengan ward round ,
terhibur sekejap dengan kanak-kanak comel kat ward..
boleh pulak lupa bawak stethescope pergi kelas..hish,benda penting as a doctor kot..haha
papepun,thanks to si dia yang bagi pinjamkan stetsnya=))

lecture petang tu dengan doktor yang hebat..dr H
awalnya tak dapat tangkap sangat apa yang doctor H cakapkan sebab smpai doktor dah start mengajar and bahasa doktor yang sedikit susah untuk di fahami..lama-lama,dah boleh faham dan di fahamkan lagi pergi jumpa doktor face to face diakhir kelas..

 walaupun anak dia call dia 3 kali tunggu dia untuk baik rumah kot tapi dia tetap tabah jawab soalan kami..wah...terharu kot!


serious,doktor-doktor cairo u sungguh awesome lah~!!


 selain dapat belajar dengan doktor-doktor yang awesome,hari ini bertambah awesome bila akhirnya beli jugak buku Lissauer yang original punya..!
selepas seminggu lebih berperang dengan diri sendiri supaya tidak beli sebab dah ada yang cetak rompak...akhirnya beli juga...selagi tak beli selagi tu hati takkan aman..haha.
lepas ni kena kuat studi lagi la ya!



p/s : wah,,, ni kali ketiga menulis dalam minggu ni sahaja..pelik bin ajaib ni..biasanya bukan main susah kot nak menulis..




6 comments:

hadi said...

HT.AB.MR <3
my doctors my heroes!
bleh wt tajuk cite haha

nunaaz said...

haha..ok, aku tggl HT,SZ and sorang lg hok jupe td..AS <3

[MH] said...

haha

comel je bc :D

hadi tu fathy kenal je sape?

:D

nunaaz said...

hehe...fathy,, proses bgambar ngan doc bes sedang bermula XD

eR said...

hahaha....tu laa...nie mst excited sgt sampai rjin update blog...hahaha...
sapelah doc h tu ea....

Amanina ST said...

sempat la akhirnye kelas B bergmbor ngn dokter osem tadi.lol