Pages

RSS Feed

Saturday, February 20, 2010

turkiyee - syria part3

rasanya nak terus sambung la..sebab nak terus habiskan..
tak nak berhutang dengan blog nih..nanti sibuk tak sempat nak tunaikan hutang.ngee~
hutang nk tulis pasal winter break part3 k!!!

on da way to antakya~
16jam dalam bus tidur je memanjang..bangun pagi tak gosok gigi ape terus makan ape yang dihidang..heee~teruk betul...dah nak wat camne,nak basuh muka kat mane,mane de toilet dalam tuh...

finnally,sampai gak kami ke antakya...antakya atau hatay ni merupakan bandar yang paling selatan dalam negara turki...bersempadan dengan dengan syria..dan before nih,antakya ni adalah hak milik syria,tapi satu perjanjian menyebabkan antakya menjadi milik turki..tapi sampai sekarang ni pun,syria masih menganggap antakya milik mereka...so, no wonder la, ramai orang kat antakya boleh speaking arab~

so,lepas kami siap bersihkan diri kat stesen bus kat antakya tu,ust zaid bawak kami makan dan jalan-jalan kat bandar antakya...tapi kami dah takde duit nak shopping even sweater dan wintercoat kat sana sangat cantik dan murah..malas sangat nak tukar duit,akhirnye menyesal..huhuhu....






beli xdapat,ambik gambar pun jadi la~









lepas tu,kami ke masjid yang dibina oleh syeikh habib an-najjar jugak....dan makam beliau jugak ade kat sana...dan jugak makam nabi yahya...makam ni sebenarnya tak semestinye terpat dia disemadikan,tapi mungkin jugak tempat persinggahan..sebab,kat syria pun kami jumpa makam nabi yahya...

dalam al-quran ade diceritakan pasal habib annajjar ni...


Dan telah datanglah seorang lelaki secara bergegas-gegas dari sebuah pekan yang jauh. Dia berkata (kepada penduduk di situ): Wahai kaumku, ikut para utusan itu!”

Kisah Habib al-Najjar yang diceritakan di dalam surah Yasin ayat 20 itu, menceritakan bahawa ’sejauh-jauh pekan’ yang disebutkan di dalam kisah tersebut adalah bandar Antakya.

nk cerita panjang sangat,nak tau lg lanjut,lain kali la pulak....

kat depan masjid habib annajjar~





telaga yang kiut~



then,kami bertolak ke bandar halab or Alleppo...before masuk ke syria,kami terkandas di sempadan kira 4 jam....lame jugak la duk dalam bas....bosan kami buat quz..habis subjek kami main teka-teki..sampai subjek 1st year pun kami teka....kira tak la buang masa ye...

sampai kat tentera syria,aku tengok semua beg orang yang nk lepas sempadan tentera tu geledah...teliti habis....tapi naseb baik la tentera syria tu baik dengan orang malaysia...dia tak geledah pun macam dia geledah beg orang lain..beg aku langsung dia tak bukak....thanx to Allah...n proud to be malaysian~


sampai kat Allepo,lepas letak barang kat hotel,kami makan besar kat restoran al kommeh...restoran ni popular sebab pernah masuk world record..the largest kebab in the world...



makan besar~penuh satu meja~



pagi esok,kami check out dan jalan-jalan kat bandar halab(Allepo)...kami ke kota lama halab...
kami ke masjid yang ade tapak kaki rasullullah s.a.w.
tapak kaki rasullullah ni pada asalnya ade kat mekkah dan dibawak ke madinah..then,dicuri dan dibwa ke syria...dan ada ulama bermimpi pasal ada unta datang ke rumah..dan bila dia bangun dari tidur,memang ada tapak kaki tu kat depan rumahnya...

tolong translate~sape2 yang pakai tak tutup aurat,sila pakai jubah~


depan masjid yang ade tapak kaki rasullullah~


kami ke masjid ummayad..masjid umayyad ni pulak ialah asalnya gereja yang di ubahsuai menjadi masjid.kat dlm tu ade makam nabi zakaria a.s.unluckily,pakaian yang aku pakai nih dikatakan singkat..dan aku kena pakai abaya(jubah)...jubah dia sejibik jubah harry potter...cam orang grad pun ade..hehe...

depan masjid ummayyad


graduation day~ngee~

dpn makam nabi zakaria a.s


tahniah kepada kami!!!


then,kami ke citadel salahuddin al ayubi..cerita macam mane dia tawan kota halab ni sangat menarik dan sangat kagum dengan salahuddin al-ayubi...sampaikan orang barat telah mengiktiraf beliau seorang yang hebat..antara 3 orang yang orang barat kagum ialah nabi Muhammad s.a.w,Salahuddin al ayubi,dan Sultan muhammad al fatih...

citadel of salahuddin al ayubi


depan citadel with syaimaa and alia

lepas tu,kami meneruskan perjalanan ke ke bandar hama~di sana dapat lihat kincir air yang sangat besar...kincir air(noria) ni berusia ribuan tahun..lupa lak cerita pasal kincir nih..hehe~

kami~







then,kami ke bandar homs..bandar ni terkenal dengan perempuan yang cantik dan lelaki yang kacak..bagi kami,orang pompuan dia memang la cantik..tapi yang lelaki tu tak jumpa pun betul-betul kacak.....nick khun tetap di hati lol!!!!

di sana,kami ke masjid khalid al-walid yang menempatkan makam khalid al walid....


beliau di gelar pedang Allah dalam perjuangan nya dalam berperang memperjuangkan islam...
kenapa Khalid Al-Walid tidak dipilih oleh Allah untuk mati syahid ketika berperang? seperti yang semua sedia maklum, Khalid Al-Walid mati di atas katil...dan ramai yang tertanya-tanya kenapa Allah tak pilih Khalid Al-Walid untuk mati syahid di medan perang. Bagi seorang muslim, Jundullah, gugur syahid di medang perang adalah matlamat utama dan merupakan kemenagan hidup yang tidak ternilai. Semua Jundullah mengimpikan dan menginginkan syahid dan Khalid Al-Walid juga mempunyai matlamat yang sama, namun kenapa Allah tidak memilihnya untuk Syahid di medan pertempuran. Kadang-kadang terasa Allah tidak adil pada hamba-Nya yang gigih mengejar syahid sedang Khalid Al-Walid berperang bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan sangat mengimpikan syahid.

Namun Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Menurut Prof Wiki kita, Khalid Al-Walid tidak gugur syahid di medan perang adalah sangat berkaitan dengan gelaran Saifullah (Pedang Allah) yang diberikan oleh Rasulullah pada beliau. Mana mungkin untuk seorang yang digelar Pedang Allah untuk gugur dan kalah ditangan Musyrikin. Seorang yang diangkat martabatnya dengan gelaran Pedang Allah tidak mungkin akan tumpas dan tewas di tangan orang kafir dengan senangnya kan. Sungguh Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

lepas siap solat jamak takhir zohor dan maghrib,kami proceed kami punya trip ke damascus(damsyik,dimasyq)...damascus ni merupakan ibu negara syria...kami tiba di sana jam 7 malam....
lepas check in,kami keluar balik..saje nak jalan-jalan..dan malam tu kami discover something..discover cara orang syria cakap arab sangat lembut dan pelik..macam nak pujuk orang jer..agak jauh ngan mesir yang kasar habis.....memang kelakar sebab bunyi nya cam orang nak pujuk orang jer...lepas puas jalan-jalan dan beli makan malam,kami balik hotel dan tido...

14.2.10..tempat first kami pergi ialah makam sayyiddah zainab binti muhammad s.a.w...masjid sayyiddah zainab ni sangat cantik..seni bina orang iran...kami sangat la terkejut bila kami tiba di sana..terkejut dengan perbuatan orang kat sana..lebih tepat,kami tak pernah jumpa orang yang fanatik ngan syiah before this...sangat fanatik sehingga sembahyang kat atas batu kaballah dan menangis-nangis kat makam sayyiddah zainab...syiah ni ialah penyokong kuat saidina ali...
kalau baagi syiah yang sangat kuat,sampai menyalahkan diri sebab saidina Ali terbunuh dan jugak sampai memukul diri sendiri..ada jugak yang mengatakan saidina Ali ni lebih layak menjadi nabi berbanding nabi Muhammad s.a.w..nauzubillahiminzalik...


depan masjid sayeda zainab

batu kaballah yang orang-orang syiah ni buat solat~



then,kami naik bas awam untuk ke kubu dan makam salahuddin al ayubi dan masjid ummayad kat damascus...actually ade souq(pasar) hamidiyah kat damsyik nih..souq ni di reka yang kat hujungnya ada masjid..(masjid umayyad)..tapi kami tak masuk masjid dulu,tapi kami jalan ikut belakang...kami tiba kat masjid kecil yang ade makam abi darda(perawi hadis)..
kat sana kami solat jamak takdim dan dengar tentang sejarah makam-makam yang ade kat sana...pencerita tu orang arab yang cakap arab fushah..boleh la paham walaupun ade jugak sikit tak faham...heheh~




naik bas awam~

lepas tu,kami nak ke makam salahuddin al ayubi...before sampai,kami singgah makan kat satu kedai sandwich yang best..memang best sampai esoknya kami pergi beli pulak sendiri..heee

kebetulan,kami jumpa senior kami kat mesir kat makam salahuddin..keciknya dunia..kat syria pun boleh jumpa~




dalam tu ade makam salahuddin al ayubi




lepas melawat makam salahuddin,kami ke masjid ruqayyah..situasi sama ngan kat masjid sayyiddah zainab..ngeri betul tengok..tapi betul-betul kagum la ngan masjid tu..sangat cantik~




cantik kan?


last masjid yang kami pergi ialah masjid umayyad...masjid ni same je kisahnye ngan yang kat bandar halab tuh..gereja yang di tukar jadi masjid..cuma kesan gereja kat sini lagi jelas kelihatan...boleh lihat ade bekas holy water lagi kat sana...


tu la bekas holy water~




dalam masjid ummayyad-dimasyq





last sekali,kami di bebaskan oleh tour guide kami untuk shopping kat souq hamidiah..ust zaid kate,jangan balik lewat,tapi akhirnya kami balik lewat jugak...sorry ye~heee~~~



askrim tumbuk yang popular~best ke?




kat souq jumpa ngan budak msia yang belajar kat syria...diorang la yang tolong kiteorang tunjuk kan tempat jual barang-barang....thanx kak syarifah n kak auni~

after shopping~da lapar~






esoknya,before bertolak pulang ke mesir,pergi la teman atiif beli barang kat souq kejap..tapi tak sengaja terbeli alas meja untuk rumah..heee~~~cantik sangat..tu yang beli tuh..padahal duit dah nak habis..nak dijadikan cerita ingatkan dalam beg ade 1500lira,so setuju je la ngan harga yang dia beri..tp rupa-rupa nya ade 1400lira jer...so,cakap kat dia ni je yang ade...dia cakap,awak balik then bagi balik kat saya 100 karang...then cakap la kat dia kiteorang nak blik dah petang nih..nsekali wat muka kesian..finally dia bagi jugak..alhamdullillah....

pukul 12tghari kami pun bertolak ke epot syria...dan tepat pukul 5.10ptg,kami pun terbang meninggalkan bumi syria dan berakhir lah winter break kami~

depan airport damascus~




kebosanan dah melanda~



tiba di airport ujian melanda aku~so sad...
semoga Allah mendengar dan memakbulkan doaku...ameen...

i think stakat ni je la pengalaman yang dapat dikongsi....dah penat menaip..huuhu..esok dah sekolah..malas,tapi kena merajinkan diri jugak..
after this,rasenya mesti dah tak update blog nih sebab mungkin dah jadi sibuk...

last but not least,thanx to hz tours~

tamat~out...

2 comments:

Nadi-ah AzL said...

lilit tudung nmpak!..blaja ngan org turkey ka?..hahaha

nunaaz said...

bese la~sekali sekala nk bergaye..hahha