Pages

RSS Feed
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Mesirdanmalaysia

Sayu sungguh bila baca status adik-adik junior yang pergi meninggalkan bumi mesir... 
mereka menyambung pelajaran yang berbaki di malaysia..
sungguh,,jah disudut hati, rasa amat bersyukur yang amat kerana tidak perlu untuk buat keputusan dan tidak perlu untuk memilih untuk sambung belajar di mesir atau di malaysia..,kerana, pasti aku takkan setabah dan secekal itu untuk buat keputusan yang amat susah itu...
Dan bila ada yang bertanya pendapat, malaysia atau mesir? 
  tak dapat tolong mereka buat keputusan...
diri ini sudah amat menyayangi university sendiri,
 dan ingin keluar sebagai graduan university...
univeriti yng aku habiskan usiaku selama bertahun-tahun lamanya...

tapi, faktor keselamatan, faktor keamanan, perlu diambil kira..
ketidakstabilan politik mesir mungkin tak dapat menjamin perjalanan belajar disini.
faktor keluarga dan juga peluang keemasan dari pihak penaja yang menawarkan tempat yang sukar untuk dapat di malaysia, orang kata macam tak logik la nak tolak.. dan siapa tak nak belajar di tempat yang terbaik?

Dari segi belajar
Mesir dan malaysia, dua-dua ada kelebihan masing-masing..
Dan tak nafikan, malaysia adalah tempat terbaik untuk belajar bidang perubatan.. jauh lebih baik dari mesir dan semua negara lain kerana tempat yang terbaik untuk belajar perubatan adalah ditempat yang kita akan praktikkan.. dan pasti terjamin dari semua segi..

Namun, jangan pandang rendah dengan mesir.. 
ya, mungkin tak sehebat di malaysia, mungkin sahaja graduan mesir dikutuk-kutuk tak tau itu dan ini bila bekerja,  tapi bangga untuk aku katakan, ada perkara, aku mungkin takkan jumpa dan takkan belajar di malaysia walau sehebat manapun bidang perubatan di malaysia... .. bangga jugak dapat belajar dari doktor2 hebat tapi super duber humble..
Dan pengalaman belajar dan berada di tempat orang, walaupun kadang2 mulut kata benci dengan suasana mesir yang memeningkan kepala, tapi jauh disudut hati, aku sayang mesir :)
Walau dimana jua kita berada, itulah tempat yang terbaik untuk kita...
Kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Selamat pulang dan selamat maju jaya buat adik-adik sekalian.. walaupun dimana jua anda selepas ini,  jangan lupakan yang anda juga pelajar mesir..anda pernah belajar di mesir..


Sunday, October 13, 2013

balik mesir

kalau dulu, 
bila balik bercuti di malaysia, dan balik semula ke mesir, tak ada orang nak perasan pun.. orang arab bukan kisah kita balik malaysia ke tak.. dan dulu, mana rapat sangat dengan orang arab.. mana kenal sangat dengan cikgu-cikgu sekolah..tak adanya diorang nak greet 'welcome back' atau senyum, atau peluk sebab dah sampai mesir.. tak adanya..

tapi,,

balik hari tu,,

semua gembira melihat kami..
disambut segenap lapisan masyarakat mesir..
cikgu-cikgu tak putus-putus senyum dan ucapan "welcome back!"
sampai ada antara mereka boleh peluk cium kami di tengah-tengah jalan..*exxageratesikit*
sehingga secretary cikgu kat tusyen pun yang kalau selama ni tak berapa nak mesra tapi boleh tegur dengan ramahnya, dan kalau yang perempuan, kami dipelukciumnya.. ajaib!
pakcik-pakcik kedai buku yang happy nampak kami terus laung "malaysia, malaysia!"
pakcik-pakcik dan makcik makcik kedai yang sibuk bertanya " bila kawan-kawan kamu nak balik?"

lawakkan? haha

mungkin faktor 'kepupusan' warga negara malaysia dibumi mesir selepas OPS piramid 2, dan kami antara orang yang terawal tiba kembali di mesir.. Diorang rindukan budak malaysia agaknya .. LoL:D

dan mungkin faktor keluar dalam berita mereka yang semua student malaysia dah dibawa pulang ke malaysia tak takkan sambung kat mesir dah..*biasalah berita exxagerate sikit*

mungkin la..
mungkin jugak sebab kami memang popular.. erk...ini memang kes perasan..haha


apa-apa pun,
pulangnya kami ke mesir kali ni,,
yang teraknir *inshaAllah*
dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja di mesir sebeum balik for good..
*mixed feeling*

kami,
pelajar tahun 6 akhir,
kasr Al Ainy medical school,
class of 2013

akan menduduki final year Exam 20 november ni..
sehingga 23 jan 2014..
dan inshaAllah, bulan mac,
kami akan balik dengan segulung ijazah..

so,
i beg everyone who read this,
please,,
pray for our  safety here,
pray that we will study hard and tak malas-malas,
pray that we will be strong here,
pray that all of us, will pass the exams, with flying colors
pray that all of us, get the MBBCh!
pray for our success!
and pray for Egypt,Syria,Palestin,!

again,
do pray for us! :D

(macamlaadeorangbaca.LoL)
**************
by the way,
cairo is just fine..
mesir memang bergolak,,
tapi dari segi keselamatan, alhamdulillah, we still can live a normal life..
but still, kena berjaga-jaga =)
and keep praying!

Tuesday, January 29, 2013

kuat!



akan tetap dengan keputusan yang aku buat dari awal sampai akhir..
aku  takkan goyah..
takkan berubah fikiran..
takkan!


Friday, December 28, 2012

learn from your mistakes! =)

kata DRHK,

"kamu bertanggungjawab atas semua yang kamu lakukan.. kalau kamu buat silap, mengaku.. dan kalau kamu nak jadi doctor, saya sangat-sangat yakin, kamu semua akan buat silap, tak kira la, secara directly or indirectly... "
so,  "be honest, and learn.." 

walaupun dah banyak kali dengar oarang bagi nasihat pasal ni, tapi kata-kata DrHK hari tu sangat menusuk kalbu..

ye la kan, kadang-kadang kita terlalu takut untuk menyatakan kesalahan sampaikan kita akan cari seribu satu alasan nak menyatakan yang kita sebenarnya tak salah walaupun kita sebenarnya salah..

kita buat salah, kita takut, kita malu, dan kadang-kadang kita menyalahkan orang atas kesalahan kita..

kita takut kat siapa? kita malu kat siapa sebenarnya?

bukan ke kita patut takut dan malu kat Allah? -.-


dan bila kita rasa apa yang kita buat betul, kita takkan rasa malu untuk mengaku walaupun semua orang kata salah, begitu jugak la kan, kalau kita salah, tak perlu malu mengaku kesalahan kita,pedulikan je la apa orang nak cakap.. yang penting Allah redha dengan kita..

 muhasabah diri selepas kelas drHK=)

peace no war! =)

peringatan untuk diri sendiri yang supaya tak terjatuh pada masa hadapan..
 kalau terjatuh pun, harapnya dapatlah bangun balik... huhuhu..
bytheway, doakanah supaya rajin baca buku neuro yang bermuka surat 177 yang baru dibeli dan perlu di habiskan dalam masa 2 hari kerana exam bakal menyusul selepas itu.. T_T..
doakan kami! 

Sunday, December 9, 2012

skema

teringat kisah sewaktu sekolah dulu.. 
bila waktu dekat nak exam, macam-macam cerita tentang hijab waktu jawab exam..
  orang sangat bijak, tapi bila dapat keputusan, dapat paling teruk...
dan semuanya sebab adanya hijab waktu jawab exam.. 
dan ada juga cerita yang betapa dia tak study langsung tapi bila exam, dapat jawab dengan cemerlangnya.. 

susah nak percaya kan? ada juga kata ni bukan betul pun cerita tu.. 
 tapi kalau Allah kata nak jadi , benda tu akan jadi walaupun nampak sangat tak logik...
dengan kuasa Allah,
everything is possible..

sebab tu, tujuan utama kita belajar, bukan sahaja sebab exam,
 bukan sahaja sebab nak jadi doktor yang bagus,
 tapi yang paling penting dan utama sebab nak dapat keredhaan Allah swt.. 

betapa kuat pun study, dan betapa hebatnya guru kita yang pergi menuntut,tapi kalau tiada keberkatan tiada keredhaan Allah, tak guna juga..

biarlah orang kata budak skema, asalkan kita tahu yang kita ikut skema Allah dan rasul =)
peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang yang terlalu mengejar sesuatu, terlupa benda yang paling penting ni..
****
sibuk,
sekarang sangat sibuk..
doakan saya terus tetap hati , 
dan doakan saya supaya terus dapat keredhaan Allah dalam menuntut ilmu =)

setengah jam sebelum kelas mula, tapi saya masih di rumah mengupdate bilog.. haha
nak buat macam mana kalau rumah dekat dengan u... rasas nak balik rumah je.. hikhikhikhik

Tuesday, April 17, 2012

kaki

'kekusyukan' kami membaca buku dikejutkan dengan raungan seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang disorong masuk ke bilik pemedahan..meraung tak mahukan pemedahan..kuat!sampaikan semua mata dalam bilik tu tertumpu padanya..
dalam kepala terbayang mungkin budak ni ade apendicitis..atau mungkin jugak kot strangulated hernia..biasalah budak-budak takutkan operation...orang yang dah besar pun takut apetah budak-budak kan?

buku gynecology ditinggalkan, dan kaki melangkah masuk bilik pemedahan..
"it's a case of vasculitis..so we need to do bilateral amputation to this boy.." kata seorang doktor kepada kami..

tergamam sebentar..
patutlah bersungguh benar dia meraung tak mahu masuk bilik pemedahan..
patutlah sampai terjerit-jerit tak nak dibedah...
patutlah..

dia meraung tak mahu masuk ke bilik pemedahan kerana dia tau,jika dia masuk dia akan keluar dengan kehilangan kedua belah kakinya..

sedih sungguh bila melihat kedua-dua kakinya dipotong..tapi, mungkin itu yang terbaik untuk budak lelaki tu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
semoga dia terus tabah mengharungi perjalanan hidupnya yang masih panjang..



dan kita yang Allah masih memberi nikmat kaki yang sihat dan kuat,
bersyukurkah kita?
ke arah kebaikankah kaki kita melangkah?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"


Sunday, March 11, 2012

jaga hubungan

ada seorang doktor,
dia seorang doktor yang sangat sibuk,
suatu hari, ada seorang pesakitnya menelefonnya,
pesakit tu nak buat follow up dengan doktor tersebut.
tapi kerana doktor tersebut ada kerja yang lagi penting untuk disiapkan,
jadi dia pun suruh pesakitnya tunggu dia selama setengah jam...

sejam lebih berlalu...,
dan pesakitnya masih menunggu doktor tersebut dengan sabar...
manakala doktor tersebut terlupa akan temu janjinya dengan pesakitnya..
sehinggalah doktor tersebut sampai di rumah...
tiba-tiba dia teringat akan pesakitnya yang menunggunya di hospital..
terus dia menghubungi pesakitnya..
doktor tersebut rasa sangat bersalah dan malu dengan pesakitnya..
pesakit tu bila dengar doktor tu rupanya terlupa akan dirinya terasa sedikit frust,
tapi bila pesakit tersebut mengingatkan doktor tu sangat-sangat baik dengannya sebelum ni ,
 terus hilang rasa frust pesakit tersebut..
manakala doktor tu pulak, didorong rasa bersalah, terus memecut keretanya pergi ke hospital balik untuk jumpa dengan pesakitnya walaupun boleh sahaja jumpa dengan pesakitnya keesokkan hari...
sehinggakan pesakit itu pulak terasa terharu akan kesungguhan doktor tersebut merawatnya...

*********

moral of the story,
kalau kita baik dengan orang, kita terbuat salah, orang nak marah pun tak jadi marah..
tapi kalau sebaliknya,
kalau hubungan kita dengan orang tak berapa elok,
yang bukan salah kita pun akan jadi salah kita.

tapi kalau dengan Pencipta kita,
sejahat-jahat mana pun kita,
kalau kita bertaubat,minta ampun dari Allah,
Allah takkan pernah marah..
Allah suka hamba-Nya bertaubat...

so, jom jaga hubungan baik dengan orang sekeliling kita
dan
yang paling penting jaga hubungan dengan Allah=))

*******

sabtu ni
exam endround surgery..
please,do pray for me^_^


Tuesday, December 20, 2011

ikhlaskan hati=)

ada satu cerita,
ada seorang ulama.dia sangat dikenali dengan kesolehan dikampungnya. sangat-sangat dihormati sampaikan orang ramai hampir menyembahnya..nauzubilahiminzalik...sehinggalah satu hari,dia berbuat kesalahan sehingga dihina,dikutuk,dicaci dan akhirnya disisihkan dari orang ramai.semua orang ingat selama ni dia hanyalah berpura baik saje. dan,akhirnya dia mengalirkan air mata..bukan kerana disisihkan tapi airmata kegembiraan.gembira kerana segala perbuatan yang dia buat selepas tu hanyalah antara dia dan Allah. jika dia beribadat hanyalah untuk Allah tanpa pujian dan dihormati..cukuplah keredhaan Allah bersamanya..

ya Allah,terasa sungguh..
bila melakukan sesuatu mengharapkan pandangan orang.mengharap pujian. mengharap kehormatan.mengharap orang menghargai apa yang kita buat.mengharapkan terima kasih dari orang...lebih tepat tidak ikhlas dalam perbuatan..padahal,pandangan Allah itu lagi penting.apalah erti kalau kita buat sesuatu yang menggembirakan orang tetapi tidak mendapat redha Allah.nauzubillahiminzalik.

jom sama-sama muhasabah diri dan belajar untuk ikhlas.semoga kita sentiasa dalam redha Allah.


layan~

Friday, December 16, 2011

speak the truth


dalam satu drama,,

ada seorang pediatrician yang misdiagnosed seorang budak menyebabkan kaki budak tu kena potong. budak tu datang clinic sebab patah kaki lepas main bola..dan pediatrician pun buat la x-ray..but unfortunately the pediatrician missed a tumor in his leg..and when he came back a few months later, another doctor discovered the tumor.

and then,lepas bincang dengan pihak hospital,pihak hospital buat keputusan yang tak perlu beritahu patient yang pediatrician tu terlepas tengok x-ray sebab the tumor was so small at that time dan mungkin saje boleh terlepas pandang.

but as a doctor,mesti la doctor tu rasa bersalah sebab dah memang salah dia tak tengok betul-betul..so,dia decided nak take over the case..dia nak beritahu patient tentang dia yang terlepas pandang,tapi dia tak ada kekuatan dan tak tercakap..and dia sendiri dah pergi jumpa oncologist dan sanggup bayar untuk rawatan budak tu dan sanggup kerja lebih masa. dia cuba untuk tebus kesalahan dia..

cuma satu silap doktor tu,
dia takk cakap kesalahan dia awal-awal sehinggalah doctor yang jumpa tumor tu tetiba je sesuka hati beritahu mak bapak patient tentang kesalahan doktor tu.

apa lagi, mengamuk la mak bapak patient kat pediatrician tu bila tahu kisah sebenar..

dan dua-dua doktor pun berperang la jugak..

doktor yang jumpa tumor tu sebenarnya sendiri ada masalah yang mana dia takut untuk beritahu orang ramai yang ketua dia kurang pentingkan patient, contoh biarkan aje patient yang teruk mati tanpa berusaha untuk selamatkan. dia takut untuk beritahu kebenaran sebab ketuanya tu dipercayai ramai.dan kalau dia bersuara takkan ada orang akan percaya dan akan menjatuhkan karier dia sendiri..

dan bila adanya case ni,dia rasa dia bertanggungjawab beritahu mak bapak patient tu bila dia tahu patient tu masih tak tahu yang pediatrician tu tersalah diagnose.

dia berani beritahu kebenaran yang melibatkan orang lain tapi kebenaran melibatkan dirinya sendiri dia biarkan macam tu sahaja.

dan finally, ada seorang lagi doktor tegur dia,

"the truth is a lot easier to tell when it's not your own career on the line"

dan dia pun tersedar yang dia pun sama sahaja dengan pediatrician tu..

bukan senang kan kalau nak cakap sesuatu yang benar kalau ianya boleh buat sesuatu yang buruk kat diri kita..kita akan jadi takut kalau masa depan kita yang jadi taruhan..
tapi kalau kebenaran tu langsung tak melibatkan kita,,senang saje nak keluar..
betul la tu..
itu fitrah..
tapi kita kena ingat
kita ada Allah..
dan apa yang berlaku masa hadapan memang dah ditetapkan dan pasti yang terbaik untuk kita..
so,speak the truth even if your voice shakes=))


Wednesday, April 13, 2011

the truth


sudah beberapa hari melangkah ke round forensic..
dan tak sampai 2 bulan lagi,akan habis dan kemudian final exam,dan kemudian,cuti..
dan balik malaysia?


sepanjang belajar forensic,
(macam la lama sangat dah belajar..haha)

1 perkataan untuk describe forensic..

menarik!

ye, forensic sangat menarik!

kata doctor,
forensik ni sangat penting..
tambah-tambah sekarang ni,
jenayah kat mana-mana je berlaku..
kes bunuh,kes kemalangan,kes rogol..
dan kalau la bidang forensic ni tak ada,
semakin senang penjenayah nak buat kerja..

contohnya la kan,
kalau la ada orang yang kena bunuh,lepas tu pembunuh tu buang je kat dalam sungai,atau bakar,atau buat konon2 jatuh bangunan,atau konon-konon kemalangan..
dan bila buat autopsy dan siasat,
orang tu mati bukan sebab jatuh bangunan,bukan sebab lemas,
tapi sebab lain..
kalau la bidang forensic ni tak ada,
senang la penjenayah nak tipu masyarakat...
berleluasa la penjahat kat dunia ni..

dan yang paling pasti
Allah itu Maha Adil..
buat la apa-apa pun nak tutup jenayah,pasti akan tahu jugak kebenaran dia..
dari sekecil-kecil jenayah,sampailah sebesar-besar jenayah..
takkan terlepas dari kebenaran
kebenaran pasti menang jugak..
walaupun mungkin dia terlepas dari hukuman kat dunia,
konfem-konfem takkan terlepas kat mahkamah Allah..
sesungguhnya Allah itu maha melihat..


"if all living humans only know how to tell lies,
then,only the dead will speak the truth!"

Sunday, April 3, 2011

bermusim

musim ni ada banyak..
bukan musim cuaca yang panas,luruh,bunga,sejuk je yang ada..
minat pun kadang-kadang ada musim dia..

teringat waktu duduk kat kampung masa kecik-kecik dulu...
petang-petang penduduk kampung (kanak-kanak je la) main permainan ikut musim kat kampung tu..
kalau bulan ni musim main layang-layang dan wau,memang semua budak-budak akan turun padang petang-petang nak main layang-layang dan wau..dan pastu akan bertanding la wau @layang-layang siapa paling cun,paling smart pastu dan sape punya lagi tinggi..
macam-macam!

pastu cerita kat tv pun ada musim jugak..
musim cerita cina tvb,musim cerita telenovela,cerita jepun,cerita korea,dan sekarang musim indon pulak...(tak paham la nape ada gak orang yang duk addicted sangat dengan cerita indon,dah la lama kot nak abis,pastu cerita tengah-tengah dia mengarut ntah ape-ape..)

oh,sekarang ni musim orang buat vlog,dan minat tengok vlog...(eh,bukan musim exam ke?)

macam matluthfi,inianwarhadi,aimanazlan,.

video diorang best..
dan yang pasti,lawak mereka sangat bermotif..
bukan lawak tak 'berapa cerdik' ,tapi lawak bijak..
apa yang mereka sampaikan,ada mesejnya..bukan sekadar suka-suka..
bukan semua orang ada kesedaran macam diorang..
bagi nasihat kat orang indirect way..
sedangkan ramai je yang tau amar ma'ruf,nahi mungkar tu wajib..
tapi berapa ramai yang buat?
(tak semesti dengan buat vlog la..)

last but not least,semoga mereka teruskan usaha mereka..
hilang jugak stress tengok video diorang ni..




Saturday, December 4, 2010

semangat!

Di atas bukit karang(jabal thariq) setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol,(kini dikenali dengan gibraltar) Thariq bin Ziyad telah perintahkan supaya semua kapal-kapal yang membawa mereka ke andalus di bakar.

Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berkata,

, “Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Demi Allah kita datang bagi syahid atau mencapai kemenangan.”

-Tariq bin Ziyad-


Kata-kata Thariq tu, membuatkan semangat tentera Muslimin berkobar-kobar menyerang musuh. Tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentera. Namun,tak sedikit pun tentera muslimin takut malah mereka lebih bersemangat untuk memburu syahid..

**********

teringat satu kisah lagi..

bila fadel soliman di oxford univ
ada seminar tentang terrorrism
40 prof from diff countries,
most of them from america and europe
and one of them opened the issue of suicide-bombing

dan
fadel soliman jawab soalannya dengan soalan

"when a rocket attack one of israel's settlement and this rocket kills 20 isreli,
is this worse,
or if he blow himself up and killing 5 israeli?"

the prof at the confrence said that
"no,killing 5 israeli when he blow himself up is worse.."

fadel soliman bertanya
why???

and no one answered

dan jawapan fadel soliman

"because this is a weapon that u never had
and will never have!"

terang-terang kat sini,
yang orang israel sebenarnya takut dengan orang islam di palestin..
takut dengan semangat jihad mereka

sedangkan orang palestin
sanggup mati demi islam
berlumba-lumba kejar syahid..

********

kalau mereka berlumba-lumba kejar syahid,

kita bagaimana?

sedangkan Allah uji sedikit pun dah mengeluh
sakit sikit pun dah menangis...
lemah sungguh diriku berbanding mereka!


gilbraltar,spain(jabal thariq,andalus)


sedang melilau di internet..
sedar-sedar dah sampai sini..heee

semangat studi datanglah!

Monday, August 2, 2010

jangan mengeluh!

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Ayat Seribu Dinar
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

Thursday, June 17, 2010

Allah is always be there

Alhamdullillah,Alhamdullillah,Alhamdullillah...

segala puji bagi Allah pencipta seluruh alam...

Alhamdullillah....kerana masih lagi dalam nikmat islam dan juga iman..

Alhamdullillah...

3 subject untuk written exam sudah pun berlalu...
dan tinggal satu aje lagi untuk written dan 4subject oral....

bila keluar je dari dewan exam,memang pelbagai reaksi orang..pelbagai ragam..pelbagai gaya..

macam kata astro~macam-macam adaaa~

kalau exam microbe hari tu,memang nampak jelas ramai yang agak tension dengan exam...

tapi kali ni ,ada yang puas hati,ada yang tak puas hati jugak...

mungkin ada yang rasa dia jawab senang,dan ada yang rasa dia jawab susah...

lain orang,lain ragam...

tapi....

sure ke orang yang rasa best je jawab tu memang betul-betul dapat jawab dan akan dapat result ok?(ameeennn ya Rabb)

dan sure ke orang yang rasa jawab susah tu memang tak boleh jawab dan memang akan dapat result teruk?(nauzubillahiminzalik)

jadi,sama-sama la kita berdoa dan bersangka baik pada Allah....jangan mudah putus asa...hanya pada Allah kita berserah....setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....
setiap yang terjadi bukan kebetulan,tapi itu lah qada' dan qadar kita sejak azali..
inshaAllah...inshaAllah..inshaAllah....sama-sama kita doa untuk semua...

betapa ruginya org yang berusaha kerana nakkan kejayaan semata-mata tanpa cari keredhaanNya...
dan betapa ruginya org yg mudah melatah apabila ditimpa ujian,
dan ingatlah tiap-tiap ujian diberi supaya kita tak lupa akan kewujudanNYA...


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.

(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

malas nak tulis panjang-panjang,buku parasitku sayang memanggil-manggilku...(sabar ya!)

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ..”

post-exam-syndrome~(asyik story pasal exam jer~)
terima kaseh kepada mereka-mereka yang selalu ingatkan aku...dan terima kaseh jugak utk yg sudi bg pinjam ayat...=)






And whosoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty). And He will provide him from (sources) he could never imagine. And whosoever puts his trust in Allah, then He will suffice him. Verily, Allah will accomplish his purpose. Indeed Allah has set a measure for all things. (65 : 2-3)

Monday, May 31, 2010

::lifeline4gaza::

Kepada Allah kami berharap, kerana kami ini tiada kekuatan kecuali itu
lifelife4gaza





Ya Allah, Sesungguhnya kami
letakkan Engkau dibatang leher
musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu
dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan
mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjinganjing
ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah
Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh
Raksaka!
Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang
menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan
awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan
Bala Tentera Ahzab
Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami..... ke atas
mereka...

ameen ya Rabb



kita mungkin tak dapat terbang ke sana untuk berjuang bersama-sama mereka menentang israel laknatullah..tapi kita ada senjata kita..doa..senjata orang mukmin...

betapa bertuahnya insan-insan yang dipilih Allah untuk berjuang demi menegakkan agama Allah ini...
dan betapa kejamnya israel laknatullah itu...
betapa ruginya orang yang tidak menderma dan mendoakan mereka..
dan betapa butanya orang yang lansung tidak ambil tahu...

jangan jadi buta!!!!

twitter free Gaza movement
palestinkini
lifeline4Gaza
al jazeera
mini pavilion
livestream
sahabatalaqsha
witnessGaza



Monday, April 5, 2010

case=)

salamualyk.....

tetiba je wat post lagi hari nih....heeee=)

nak merapu jap boleh?

nak relax minda jap....macam-macam kes la sekarang nih....

kes kat mesir dan jugak kat malaysia....

macam-macam.....orang tu cakap macam tu,orang ni pulak kate macam nih....

mungkin tu lah salah satu tanda manusia pada akhir zaman nih....

teringat pulak ceramah kiamat oleh ustaz mujahid malam khamis lepas...berkisar tentang hari kiamat.....

tanda-tanda kecil kiamat dah lama berlaku...bahkan,kelahiran nabi Muhammad s.a.w tu sendiri pun dah di kira akhir zaman....

jarak zaman nabi dengan zaman kita pulak dah lama...so,semakin hari,semakin dekat kita dengan hari kebangkitan tu....moga-moga kita tidak berada pada waktu hari kiamat tu terjadi..ameen

dan sebab tu jugak kita kena sentiasa sedar kesilapan diri..kita hamba di muka bumi nih....
kita hidup untuk mati..dan semua yang kita lakukan ketika kita hidup hanyalah preparation untuk kita mati......

"hidup hanya sekali,kita enjoy dulu..."

ape kate kita tukar statement ni jadi

"hidup hanya sekali,kita enjoy di syurga selama-lamanya...."


ok..stop sampai sini.....study!


gambar tiada kaitan lagi~

laki baju merah:woi,ko buat apa kat sini,bukan ko exam ke next week?

girl: opssss,boleh la,nak main ski skejap jer!pas ni study la.....

Thursday, March 25, 2010

break**

pejam celik, pejam celik hujung minggu tiba lagi...

minggu ni seperti yang dijangka juga sibuk seperti minggu-minggu lepas....

day by day,dah terasa bahang "kehetican" hidup...
assignments?
quiz?
practical exams?
tuitions?
kelas quran?
kelas arab?(skrg tgh tawaquf da..)
sc?
final exam?
and so many-many activity......

kadang-kadang rasa tak cukup masa....rasa macam masa yang Allah bagi ni tak cukup..
padahal diri-sendiri tak reti nak uruskan masa...
people who always complaining dont have enough time is actually failed in management of time...and aku rasa aku mungkin tergolong dalam golongan tu.aku selalu jer komplen tak ada masa untuk study tapi aku yang sebenarnya tak reti susun masa.......

sibuk tu memang la sibuk..tapi sibuk itu adalah nikmat..

kalau lah aku ni tak sibuk,mungkin aku akan menyibukkan diri dengan perkara yang tak berfaedah.....
kadang-kadang juga sibuk ni mendekatkan diri dan merajinkan aku untuk buat amal ibadat....
dan sibuk ni mengelakkan dari buat dosa dan mengingatkan kita yang kita mempunyai tanggungjawab....

sebab itu sibuk ini satu nikmat yang selalu kita hiraukan..kita selalu jer mengeluh bila kita sibuk sedangkan Allah bagi kita sibuk sebab nak tolong dan memudahkan jalan ke syurga....so,bersyukur la atas nikmat yang Allah bagi....

"nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

hayati ayat ni...dan muhasabah diri..semoga kita syukuri nikmat yang Allah kurniakan.....


minggu depan dah start musim exam bagi bebudak 3rd year sekolah perubatan kasr el ainy....
lepas tu akan bersambung-sambung la exam..dengan kelas-kelas yang dari pagi sampai ke petang....

esok ada cairo sport's day pulak..go go cairo u!!!
gud luck untuk atlet-atlet cairo u~juga pada peniaga-peniaga yang berniaga di tempat kejadian,gud luck jugak....semoga dapat untung yang banyak..=)


Sabda Rasullullah S.A.W : “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan”. (Sahih Muslim)

Wednesday, March 17, 2010

peringatan

aku tengah berfesbuking waktu tu....
duk mengomen gambar-gambar famili ngan kakak and sedare aku....
yang pasti,waktu tu aku tengah hanyut dalam hiburan dunia yang betul-betul melaghokan aku..

dan tiba-tiba sabihah aka bella call aku...aku ingatkan pasal cairo's sport day ke pasal team medical PERUBATAN (apply untuk join,tapi macam xdapat dah jer) ke ape..
tapi dia sampaikan berita yang membuatkan aku hilang kata-kata....

"nabilah,nak bagi tau ni...ayah tenten baru jer meninggal tadi.."

"innallillahiwainnailaihiroji3on"

"malam ni kita kumpul satu batch buat solat jenazah ngan tahlil....kat umah heno..bagi tau kat yang lain"

dia sampaikan berita yang apabila kita dengar pasti bulu roma akan meremang..dan kita mesti rasa macam baru tersedar dari mimpi...dan kembali mengingatkan akan hakikat yang setiap yang bernafas pasti akan mati...

baru aje bulan lepas dikejutkan dengan kematian ayah kak Ami...dan hari khamis lepas dengan kematian pelajar medik yang jatuh bangunan di Alexandria....dan hari ini,aku diingatkan lagi....

diingatkan bahawa janji Allah itu pasti....waktu je kita tak tahu....bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa kita.esok,lusa,atau bila-bila sahaja..tak kira la waktu tu kita tengah buat apa pun..tak kira umur...dan tak kira amal ibadat kita...dan sebab itu kita perlu bersedia.....

orang yang paling bijak adalah yang selalu mengingati mati

yang pergi takkan kembali...kita yang hidup ini perlu la teruskan hidup...tapi dalam masa yang sama,kita kena ingat janji Allah pasti tiba dan kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya...


“Tidak aku menjadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaku”.


semoga kamu tabah wahai teman...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....be strong...

Al-fatihah...




Saturday, January 30, 2010

WARKAH BUAT IBU...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak
mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak
pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah
menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam
tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa
letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di
sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa
rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak
terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan
tu di gunakan untuk mengiringimak ke
kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah
bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat
lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak
diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat
maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit
dalam gulung
tikar...kiter kata mak ni memang
pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3
petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari
KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah
pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja
yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mau duduk dalam
hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada
ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak
dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang
degil...
tak salah, anak mak yang ni pon
mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak
makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh
perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke
hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan
gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup,
mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter
sampai.....mak buat kenduri
kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila
kiter eksiden terlanggar aya naik
motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning
kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan
kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar
pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya
mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi
mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan...ampon kan
kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse
tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk
di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi
mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk
mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu
kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20
pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan
perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam
kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter
sampai juga... di sebab kan pagi masih
awal
jadi jalan tu
lenggang..kosong....sekosong hati
ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar
suasananya.....
terasa syahdu dan sayu
gitu...dinginnnn....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak
temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak
mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan
lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk
kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan
nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter
kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter
tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00
pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai
sembahyang subuh, kiter baca yassin
untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat
selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi
mak...menatap wajah mak buat kali
terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum
aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh
dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi
makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter
tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi
mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni
jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa
sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar
dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan
makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu
demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak
mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan...
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak
lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh
kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....masa tu malam
jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-
kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter
keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin
sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga
reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul
kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu
kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis
lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis
aje..doa lah untuk
mak..nanti kalau gini
ajer mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh
balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan
terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu
sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...hanya sedekah
al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh
kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik
motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan
pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat
ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana
surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je
buat kenangan..

Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain
baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter
dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO
MUCH dan jutaan terima kasih
kerana
membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari
kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal
terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak
akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.

Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

Thursday, January 21, 2010

exam oh exam!!!

tengah duk bolotz ngan patho notes yang buat hidup miserable nih...
mane nk ingat patho yg banyak...
mana nak kena cover subjek lain jugak....
name parasit yang pelik2..
microb yg silent killer..
drugs yang banyak nk kena hafal...
dan kadang-kadang asek tergoda jer ngan benda-benda yg tak patut buat time exam...(cntohnya layan internet la n so on)...haih...
baru je nak exam mid year dah kelam kabut...
sampai kadang-kadang lupa exam besar yang sebenarnya kita tengah ambik nih...
exam untuk masuk syurga....
kadang-kadang selalu lupa benda penting tapi ingat benda yang tak penting..
hal dunia selalu ingat tapi hal akhirat selalu buat-buat lupa..

exam dunia penting, exam akhirat lagi la penting....
so,even time exam ke, time tak exam ke, just remember yang kita nih sebenarnya tgh seat exam yg paling penting iaitu exam untuk akhirat....
semoga kita tak lalai dan selalu ingat hakikat yang hari kiamat tu pasti akan tiba...
semoga kita tak tergolong dlm kalangan orang yg still hidup pada hari itu....
dan semoga kita tergolong dalam ahli jannah~~~ameen..


nak share something yg agk menarik~~

7-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha,
18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah,
25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas,
01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi,
26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW,
02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus,
28-06-2010 Jumaat Hari Wesak,
05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali,
10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri,
01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan,
15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari;

sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari kiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...

sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhaan daripada ALLAH SWT..

renungan bersama..