Pages

RSS Feed

Tuesday, April 17, 2012

kaki

'kekusyukan' kami membaca buku dikejutkan dengan raungan seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang disorong masuk ke bilik pemedahan..meraung tak mahukan pemedahan..kuat!sampaikan semua mata dalam bilik tu tertumpu padanya..
dalam kepala terbayang mungkin budak ni ade apendicitis..atau mungkin jugak kot strangulated hernia..biasalah budak-budak takutkan operation...orang yang dah besar pun takut apetah budak-budak kan?

buku gynecology ditinggalkan, dan kaki melangkah masuk bilik pemedahan..
"it's a case of vasculitis..so we need to do bilateral amputation to this boy.." kata seorang doktor kepada kami..

tergamam sebentar..
patutlah bersungguh benar dia meraung tak mahu masuk bilik pemedahan..
patutlah sampai terjerit-jerit tak nak dibedah...
patutlah..

dia meraung tak mahu masuk ke bilik pemedahan kerana dia tau,jika dia masuk dia akan keluar dengan kehilangan kedua belah kakinya..

sedih sungguh bila melihat kedua-dua kakinya dipotong..tapi, mungkin itu yang terbaik untuk budak lelaki tu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
semoga dia terus tabah mengharungi perjalanan hidupnya yang masih panjang..



dan kita yang Allah masih memberi nikmat kaki yang sihat dan kuat,
bersyukurkah kita?
ke arah kebaikankah kaki kita melangkah?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"


0 comments: