ada seorang doktor,
dia seorang doktor yang sangat sibuk,
suatu hari, ada seorang pesakitnya menelefonnya,
pesakit tu nak buat follow up dengan doktor tersebut.
tapi kerana doktor tersebut ada kerja yang lagi penting untuk disiapkan,
jadi dia pun suruh pesakitnya tunggu dia selama setengah jam...
sejam lebih berlalu...,
dan pesakitnya masih menunggu doktor tersebut dengan sabar...
manakala doktor tersebut terlupa akan temu janjinya dengan pesakitnya..
sehinggalah doktor tersebut sampai di rumah...
tiba-tiba dia teringat akan pesakitnya yang menunggunya di hospital..
terus dia menghubungi pesakitnya..
doktor tersebut rasa sangat bersalah dan malu dengan pesakitnya..
pesakit tu bila dengar doktor tu rupanya terlupa akan dirinya terasa sedikit frust,
tapi bila pesakit tersebut mengingatkan doktor tu sangat-sangat baik dengannya sebelum ni ,
terus hilang rasa frust pesakit tersebut..
terus hilang rasa frust pesakit tersebut..
manakala doktor tu pulak, didorong rasa bersalah, terus memecut keretanya pergi ke hospital balik untuk jumpa dengan pesakitnya walaupun boleh sahaja jumpa dengan pesakitnya keesokkan hari...
sehinggakan pesakit itu pulak terasa terharu akan kesungguhan doktor tersebut merawatnya...
*********
moral of the story,
kalau kita baik dengan orang, kita terbuat salah, orang nak marah pun tak jadi marah..
tapi kalau sebaliknya,
kalau hubungan kita dengan orang tak berapa elok,
kalau hubungan kita dengan orang tak berapa elok,
yang bukan salah kita pun akan jadi salah kita.
tapi kalau dengan Pencipta kita,
sejahat-jahat mana pun kita,
kalau kita bertaubat,minta ampun dari Allah,
Allah takkan pernah marah..
Allah suka hamba-Nya bertaubat...
so, jom jaga hubungan baik dengan orang sekeliling kita
dan
yang paling penting jaga hubungan dengan Allah=))
*******
sabtu ni
exam endround surgery..
please,do pray for me^_^
sabtu ni
exam endround surgery..
please,do pray for me^_^
0 comments:
Post a Comment