Pages

RSS Feed

Thursday, March 1, 2012

dia yang baik

seminggu sudah..hari-hari hadiah untuk si dia aku bawa ke kelas dengan harapan si dia datang ke kelas. dan atas nasihat kawan-kawan, akhirnya aku call dia bertanyakan hari dia akan datang ke kelas..katanya hari khamis. tapi hari ni,hari khamis tiba-tiba si dia ada hal penting..akhirnya tak juga jumpa di kelas..

habis doktor mengajar,cepat-cepat terus capai telefon.mahu call si dia.. alhamdullillah dia angkat call dan dia suruh aku pergi ke tempat mula-mula kiteorang jumpa. bergegas ke sana.. sampai di sana, masuk bilik sana, tak juga jumpa-jumpa. dan lepas penat mencari,sampaikan hampir-hampir masuk kelas junior tahun tiga yang tengah berpractical sebab orang salah faham ingatkan kami nak cari kelas budak malaysia,,,akhirnya,,, jumpa jugak si dia..

dia terkejut bila aku bawakan hadiah untuk dia. dia bertanya kenapa, kataku,apalah sangat hadiah tu kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia buat untuk aku.hanya Allah mampu membalas budi baik dia. 

dan waktu kami jumpa dia,dia tengah mengajar. dia bawakan kami jalan-jalan di situ. ada orang belajar macam mana nak menjahit,buat knot, ada yang buat injection,dan macam-macam lagi,dan kami berhenti di tempat belajar menjahit. dan dia suruh doktor di situ ajar kami juga cara-cara untuk menjahit.dan kami belajar menjahit...walaupun sekejap,tapi sangat membantu. terima kasih=))

dan akhirnya kami belajar menjahit lagi.
bukan jahit baju ya,
tapi jahit kulit.. 
jahit as a doctor, 
jahit as surgeon..=))
dengan surgeon-surgeon yang baik hati..

lastly, terima kasih doktor DM yang baik hati yang sampai saya dah tak tahu nak cakap apa-apa.


0 comments: