Pages

RSS Feed

Saturday, December 29, 2012

tinggal kenangan

satu waktu di satu tempat,
 ketika trial exam beberapa kurun yang lepas,
bila tiba-tiba pesakit saya lari waktu exam!
dan tiba-tiba, masa pun tamat..
 betapa saya merayu  kat mereka yang handle exam supaya bagi saya peluang untuk exam lagi..
*rasa cam over lak guna perkataan merayu.hihi*
tapi dibalas dengan muka yang buat-buat tegas tak nak bagi masuk exam dah..
dan dihalaunya dan ditutup pintu ward tak nak bagi masuk..
exam trial je pun kot! haha..
ok, mereka bergurau je sebenarnya.. saje nak kenakan students...
mereka sangat baik sebenarnya...

dan bila beberapa hari yang lepas terjumpa salah seorang dari mereka,, dan katanya,

"i remember u!" katanya pada kami..
 terus la teringat semua kenangan kat sana... 
ye la kan, department yang banyak sangat banyak memberi kenangan pada kami...
bukan stakat memori je, tetapi tempat tu juga banyak berjasa =)
meninggalkan kesan sekali gus tinggalkan 'parut'..
hahaha
dan, yang pasti, sampai bila-bila
  takkan sesekali lupakan tempat itu,
takkan lupakan mereka yang wujud disana waktu itu,
 dan semua kenangan disana...

dan bila tahu bahawa department tu dah tak wujud, sedihnya!..
agak-agak, ada tak lagi department sebest department tu?
atau, saya sorang je ke yang rasa department tu best? haha..T_T

Friday, December 28, 2012

learn from your mistakes! =)

kata DRHK,

"kamu bertanggungjawab atas semua yang kamu lakukan.. kalau kamu buat silap, mengaku.. dan kalau kamu nak jadi doctor, saya sangat-sangat yakin, kamu semua akan buat silap, tak kira la, secara directly or indirectly... "
so,  "be honest, and learn.." 

walaupun dah banyak kali dengar oarang bagi nasihat pasal ni, tapi kata-kata DrHK hari tu sangat menusuk kalbu..

ye la kan, kadang-kadang kita terlalu takut untuk menyatakan kesalahan sampaikan kita akan cari seribu satu alasan nak menyatakan yang kita sebenarnya tak salah walaupun kita sebenarnya salah..

kita buat salah, kita takut, kita malu, dan kadang-kadang kita menyalahkan orang atas kesalahan kita..

kita takut kat siapa? kita malu kat siapa sebenarnya?

bukan ke kita patut takut dan malu kat Allah? -.-


dan bila kita rasa apa yang kita buat betul, kita takkan rasa malu untuk mengaku walaupun semua orang kata salah, begitu jugak la kan, kalau kita salah, tak perlu malu mengaku kesalahan kita,pedulikan je la apa orang nak cakap.. yang penting Allah redha dengan kita..

 muhasabah diri selepas kelas drHK=)

peace no war! =)

peringatan untuk diri sendiri yang supaya tak terjatuh pada masa hadapan..
 kalau terjatuh pun, harapnya dapatlah bangun balik... huhuhu..
bytheway, doakanah supaya rajin baca buku neuro yang bermuka surat 177 yang baru dibeli dan perlu di habiskan dalam masa 2 hari kerana exam bakal menyusul selepas itu.. T_T..
doakan kami! 

Sunday, December 9, 2012

skema

teringat kisah sewaktu sekolah dulu.. 
bila waktu dekat nak exam, macam-macam cerita tentang hijab waktu jawab exam..
  orang sangat bijak, tapi bila dapat keputusan, dapat paling teruk...
dan semuanya sebab adanya hijab waktu jawab exam.. 
dan ada juga cerita yang betapa dia tak study langsung tapi bila exam, dapat jawab dengan cemerlangnya.. 

susah nak percaya kan? ada juga kata ni bukan betul pun cerita tu.. 
 tapi kalau Allah kata nak jadi , benda tu akan jadi walaupun nampak sangat tak logik...
dengan kuasa Allah,
everything is possible..

sebab tu, tujuan utama kita belajar, bukan sahaja sebab exam,
 bukan sahaja sebab nak jadi doktor yang bagus,
 tapi yang paling penting dan utama sebab nak dapat keredhaan Allah swt.. 

betapa kuat pun study, dan betapa hebatnya guru kita yang pergi menuntut,tapi kalau tiada keberkatan tiada keredhaan Allah, tak guna juga..

biarlah orang kata budak skema, asalkan kita tahu yang kita ikut skema Allah dan rasul =)
peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang yang terlalu mengejar sesuatu, terlupa benda yang paling penting ni..
****
sibuk,
sekarang sangat sibuk..
doakan saya terus tetap hati , 
dan doakan saya supaya terus dapat keredhaan Allah dalam menuntut ilmu =)

setengah jam sebelum kelas mula, tapi saya masih di rumah mengupdate bilog.. haha
nak buat macam mana kalau rumah dekat dengan u... rasas nak balik rumah je.. hikhikhikhik

Saturday, October 20, 2012

smile=)))


"nanti kalau doktor-doktor surgery osem cari aku, aku tak ada dalam kelas macam mana? kan kalau tiba-tiba doktor kesayangan aku bagi lecture, lepas tu tengok aku tak ada mesti dia sedih.....haha"
gurauku bila seorang sahabat bertanyakan sama ada mahu ambil tusyen surgery atau tak... kat sini, kalau pergi tusyen, nak tak nak, terpaksa mengorbankan kelas di univ kerana waktunya yang bertindih..

tapi, dah kalau keadaan lecture surgery yang agak terumbang ambing, siapa tak risau? dan bila ada pilihan doktor diluar yang mengajar dari awal,sampai akhir, dan yang pasti takkan biarkan kita lalai, memberi jaminan kita akan mudah faham dan pandai, siapa tak nak ?siapa taknak memudahkan diri bila ada doktor yang boleh guide untuk jadi pandai? 

tapi, sayanglah!
dan petang itu, gagahkan diri juga ke lecture univ..
alhamdullillah, oh, kan dah kata doktor-doktor surgery sangat osem! Allah gembirakan hati dengan lecture dari doctor osem..kan dah terbukti sebelum ni doktor-doktor surgery ramai yang osem-osem.. ala, sayang la kalau tak dapat berguru dengan mereka..,
tak semestinya tak pergi tusyen tak pandai, tak faham,, semuanya bergantung kat diri sendiri.. kat mana kita berada kat situ la tempat yang terbaik untuk untuk kita, cuma kena kuat la sikit sebab tak ada orang yang akan push kita untuk study.. so, kena push diri sendiri..haha
dan kata sorang kawan, antara sebab kenapa tahun 5 sangat osem adalah sebab doktor yang osem!  dan doktor surgery tak terkecuali!
apa-apa pun, yang penting,
 i'll make sure that my 6th year will be the most happening year..no matter what!

teringat nasihat dari seseorang yang hebat,,

"sometimes, there is a thing that u think not important for u at all, but please, dont ignore it, because it might be the most important thing to you ,later on...."  *i do miss ur sweet words,dr D!*

ok, dah tak nak fikir dah...nak ikut je flow boleh tak? tak pe, dont worry too much, everything will be ok!

doakan semoga terus kuat, dan doakan yang akan tetap dengan keputusan ni..

 oh, ini hadiah dari doktor osem!
Dr Raafat Y Afifi,-Professor of general surgery~
thanks doctor!
bolehlah jadi pembakar semangat kalau down lagi nanti!

akhir kalam,,

“You don’t have to be great to start, but you have to start to be great”




kenapa perlu ada tusyen? 
tak boleh ke dr2 yang best tu ajar je kat univ?
kenapa nak buat jadi dilema macam ni?
how i miss my 5th year!

Wednesday, September 26, 2012

6th year

"6th year - you'll face a very long phase of studying till Dec of the next year.. focus on your study as if you are in the end of the 6th year, but don't forget to do your hobby.. you need to do something that you like, so you won't be tired so easily.. so what's your hobby?"  DR D asked me when i was asking her to give some advice on how to manage our 6th year....

saya hanya mampu untuk senyum dan sengih to her as i have no idea to answer her question.. tak terfikir la ape hobi sendiri...haha...
saya pandang kawan, dan kawan pandang saya balik " oh, dr, we don't really have time...T_T".. we need to cook, we need to basuh our baju, we need to kemas our rumah, we need to do shopping, we need to tido as well,.. haha..

ok, tipu la tak ada masa.. sebenarnya ada sahaja masa.. 
cuma..segan la nak cakap yang hobi yang tak berfaedah.. haha.. 

tapi, serius, bahang sibuk tahun enam dah terasa.. kena kuat, fizikal dan mental.. kadang-kadang jugak kena berkorban.. 
sebab semua benda yang kita nak bukan dapat semuanya.. 
oh, contohnya kat uni , ada 2 doctor yang superb untuk 2 subjek yang berbeza tapi waktu kelas dia bertindih antara satu sama lain.. we have to choose.. kalau boleh nak dua-dua.. tapi apakan daya... terpaksa pilih salah satu sahaja.. 

apa-apa pun keputusan yang dibuat, moga yang terbaik.. insyaAllah..

so, please do pray for me, so i can make a wise decision..

"respect others' opinion, and may they will respect yours too=)"

cairo=)


tulis blog boleh kira jadi hobi tak? haha.. 
walaupun   berbulan-bulan, update la sekali.. 
update pun  post tak bermanfaat langsung..haha

Wednesday, August 8, 2012

selamat tinggal tahun 5

hampir seminggu lebih menunggu result kami budak-budak tahun 5 cairo university.. dari minggu lepas lagi dengar rumors asyik cakap 'natigah elnahardah/bukroh' (result hari ni/esok) sampaikan dah tak percaya kalau ade rumors macam tu sampai la semalam bila result akhirnya betul-betul keluar.. 

alhamdullillah 'ala kulli hal..
syukur atas nikmat-Mu ya Allah.

tahniah buat sahabat seperjuangan! apa-apa pun apa yang di terima itu adalah yang terbaik untuk kita..

dan saya sekarang - officially a final year medical student=)!


selamat tinggal tahun 5 yang super osem,,,,

osem sangat-sangat sampai tak terucap dengan kata-kata..

banyak sangat kenangan manis tahun 5..sangat!
doktor-doktor yang osem*banyak sangat dah bercerita*
kawan-kawan arab yang ramah tamah dan baik hati
patient yang macam-macam ragam
pengalaman 'tidor di hospital' bermacam-macam cerita di sebaliknya
pengalaman tolong-tolong, lepak-lepak dengan doktor, dengan kakak-kakak nurse 
kena marah, kena halau 
melawat setiap penjuru hospital, dari ER, OR(emergency,general,gynae, dll) paeds, medicine, OnG, specialized hospital pun dah pergi lawat..haha
dan rasanya muka pun dah semakin tebal..hahaha
yang penting - sahabat perjuangan yang tak terkecuali keosem-an..=)))
dan banyak lagi la..

dan sekarang pun dah rindu mesir! dah start rasa sedih nak tinggalkan mesir dalam masa setahun setengah lagi.. haih.. ye la, 5 tahun di mesir.. lama tu.. kalau ada anak, dah boleh masuk tadika dah :D

apa-apa pun doakan kami tabah dan kuat...

semoga tahun 6 juga osem dan bertambah osem dari tahun 5=)




Friday, July 13, 2012

bangkok~







Monday, July 9, 2012

kali pertama

"can u scrub-in?" tanya seorang doctor..
 kami blurr..blurr seblurrnya..

"sanah imtiyaz?"tanya pula nurse
"la'a.. ehna tolabah.(tak, kami student)" jawab saya yang masih blurrr..

"can u both scrub-in?" sekali lagi doktor tu bertanya
dan kami.. menggangguk "yes"

" you both, go scrubbing at room no1 and take the gowns here,OT no 5"

dan kami "ok!"

untuk kali pertamanya,
kami betul-betul masuk surgery, bukan sekadar duduk ditepi tengok operation je...
walaupun setakat pegang barang dan organ sahaja..;p..
biasalah, first time, excited dia lebih sikit...hehe
thanks to the surgeons!
akan ingat sampai bila-bila kali pertama ini
*abdominal exploration surgery - emergency surgery, cairo university =)*

*oh,ini operation acute megacolon*
dan,ni gambar lame :D 
dan semalam tak ada sape nak tolong ambikkan gambar..

Sunday, July 8, 2012

family name

alhamdullillah, keluar dari hospital kanak-kanak semalam dengan perasaan lega.. lega kerana exam yang buat saya tak tenang selama lebih sebulan ni akhirnya sampai ke penghujungnya..
ya, saya dah habis exam=)
 semalam oral+clinical biasa-biasa sahaja..
perasaan frust tak boleh jawab satu soalan oral dari seorang doktor dah dikaburi dengan perasaan lega habis exam..haha
apa-apapun ,syukur alhamdullillah,
doakan semoga kami semua melangkah ke tahun akhir setember ini!
*my stets and pediatrics hospital~*

bercakap pasal oral, soalan yang agak femes sewaktu oral sejak saya menjadi pelajar disini ialah,,
"what's the meaning of 'TUAN'?" haha
 dan biasalah, skema jawapan dia dari dulu pun tak berubah iaitu,
"oh dr, it's just a family name.."

tahun ni?
paeds, OnG
tak ada pulak yang doktor bertanya waktu oral..
semua macam muka serious tak tanya soalan lain pun selain soalan medik..=)
cuma adalah doktor yang buat muka pelik dan susah nak baca nama..
susah sebab di kadpelajar tersilap taip Nuan, dan di slip pula Tuan..
(huruf arab 'ta' tertinggal satu titik jadi la 'nun':D)
susah nak terangkan kat doctor bagi paham,,
sudah la first time kot doktor tu dengar name macam tu.
dan akhirnya doctor faham..

dan tiba-tiba teringat,ada la,,, sorang doktor ni..
dia pun tanya soalan sama dalam kelas...

 as usual, i replied with the same answer..

she smiled and said, " anyway,whatever, she's nabilah to me=)"
not too loud, but enough for me to hear it since i sat just in front of her..
dan buat saya tersenyum waktu tu.. 

ok, saya masih normal..
she just a doctor who i respect the most..
for her kindness..
for her very sweet wordss..
and for everything she had done for me..

walaupun sangat banyak menyusahkan dia..
 bulan lepas,sebelum final exam, baru aje jumpa dia cakap..
"doktor, saya ada masalah.. tolong saya bla..bla..bla..."
dan dia masih tolong saya walaupun dia superbusy on that day..
anyway,
i just wanna say thank you..
when i said to you that you are really a great surgeon,
i really meant it..=)
hebat tak hebat, semua orang tahu dia one of the best female surgeon kat cairo university...=)

tau je doctor D ramai peminat,
tapi tak kira,
saya tetap peminat no satu dia..=)
*bajet doktor bace je*

haih, asyik bercerita tentang doktor-doktor osem je..haha
maaf la sangat memboringkan dan membuang masa kepada yang membaca..haha..
cuma untuk masa depan,
 manalah tau kot-kot lupa pernah minat sorang doktor sampai macam ni sekali..haha

********
anyway, tahun lima ialah tahun paling OSEM!

*gambar dengan bebudak tahun 5 egyptians and seorang doctor pediatrics yang juga osem!

Wednesday, June 20, 2012

sakit

" setiap orang ada reseptor sakit yang berbeza-beza.. mungkin reseptor sakit awak lagi banyak dari reseptor sakit orang lain, sebab tu awak sakit lebih dari orang lain, jadi awak sabar ya?"

lembut kata-kata seorang doktor buat seorang pesakit yang sakit amat sangat sampaikan minta double doses ubat tahan sakit.. 

********

mungkin itu salah satu cara yang berkesan untuk tenangkan pesakit..

nanti nak jadi macam doktor tu la!

******

esok ada exam lagi..
untuk exam esok dan seterusnya,
doakan kami..

Friday, June 8, 2012

tempat itu..

ada di antara mereka yang,

"what are you doing here? go home and study~!LOL"

tak kurang juga yang pada awalnya, tak hiraukan kami langsung, tapi...

"come here,see this!you'll never see this from that place~bla,bla,bla"

dan yang mula-mula dengan muka yang konon-konon serius,

 "ok,i won't tell you anything about this case!:D" 

dan tak berapa lama kemudian with a smile, "actually , the case is about..blablabla..."

ada yang belum sempat kami tegur dan cakap apa-apa lagi,
tapi dengan ramahnya,

"salamualaikum=)how are you..?this is a case of...bla..bla.."

dan...tak lupa juga ada yang in the middle of operation.,,
nampak kami,senyum(walaupun pakai mask) dan tegur kami,

"hey guys,hi! how are you?are you coming to see the operation?:)"

 dan
 bila mahu pulang pula, disambut dengan kata-kata seperti,,, 

"did you learn anything today?"
"good luck!"
"do come again!"
"nice to know you!"

dan banyak lagi yang buat diri terasa dihargai di sana~

and lastly, 
when i said to one of them,

"Dr,you are a great surgeon!"

and with a smile,that surgeon replied

"no, nabilah, i'm not=)"


**********

seriously, 
i really miss those momments..
i miss the place..
and i wish,that place miss me too..*LOL*

tak tahu la tempat tu masih sama macam dulu atau tidak..
tapi...sangat berharap, sentiasa sama seperti dulu=)




*********

ok,dah, 
sekarang,

study!

11 days left~

go go OnG!!!!

go go Paeds!!

and please,do pray for us..



Monday, May 21, 2012

OnG


baru perasan, selama ni belum pernah bercerita tentang round yang satu ni.. 
haih, bila dah habis round baru rasa rindu.. 
rindu dengan kelas yang buat saya rasa 
"oh, saya di bumi mesir rupanya" haha

dan endround clinical exam kelmarin,
 rasanya antara yang termudah sepanjang tahun ni..
syukur alhamdullillah..
(first time dapat doctor yang macam tu selama 5 tahun belajar medik....
harap lepas-lepas ni pun camni la..hehe)

disambut dengan senyuman DR OnG dan kata-katanya
"today is your lucky day"

oh, kiranya, semalam bukanlah sebab dapat buat dengan cemerlang la,
tak kira boleh jawab atau tidak soalan,
yang pasti doktor dah sedia markah untuk semua..
 orang kata free marks..

but,i know i really did my best=)))
and ofcourse,
ini semua nikmat dari Allah..
syukur alhamdullillah..

by the way

dulu rasa sangat tak 'masuk' dengan OnG..
sangat..

sebab
terasa ada doktor sangat tak welcoming dengan kehadiran kami..

pernah je kadang-kadang kena halau dengan doktor resident yang bertugas,directly or indirectly..
dan lepas tu buat muka tak tau malu je lepas kena halau..
kadang-kadang doctor tutorial cakap arab pekat sampai kena fokus betul-betul baru tak lost..
kadang-kadang berebut dengan budak arab nak suruh doktor cakap english
dan kadang-kadang budak arab dengan selamba je kutuk kiteorang depan-depan



tapi lama kelamaan,

baru sedar,

OnG is not that bad..=)))
OnG tetap best dengan kelebihan yang tersendiri
berkenalan dengan kawan-kawan arab..
dan mereka sebenarnya sangat baik hati..
 dan mereka buat terasa saya sebenarnya duduk di negara mesir..
terasa saya belajar di cairo universiti..

dan paling penting
subjek OnG itu sendiri pun best.....
belajar tentang wanita yang sangat kompleks,
tetapi sangat istimewa..

dan
pengalaman "beroncall" la sangat di labor room dan operation room,
pengalaman ambil history makcik-makcik dan kakak-kakak dan adik-adik dengan bahasa arab broken habis..haha
jangan terkejut kalau,
saya cakap pernah ambil history seorang ni,
 ingatkan kakak,
rupanya adik,
ingatkan bersalinkan anak first,
 rupanya anak second..haha
apa taknya, dia kahwin umur 13 tahun.haha..
dan banyak la pengalaman lagi yang buat round OnG sangat bermakna...=))

lastly,
doakan kami exam final sebulan dari sekarang..
go go Paeds!
go go OnG!
semoga Allah permudahkan urusan kami,
rajinkan kami, mumtazkan kami, dan redha dengan kami=)




Tuesday, April 17, 2012

kaki

'kekusyukan' kami membaca buku dikejutkan dengan raungan seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang disorong masuk ke bilik pemedahan..meraung tak mahukan pemedahan..kuat!sampaikan semua mata dalam bilik tu tertumpu padanya..
dalam kepala terbayang mungkin budak ni ade apendicitis..atau mungkin jugak kot strangulated hernia..biasalah budak-budak takutkan operation...orang yang dah besar pun takut apetah budak-budak kan?

buku gynecology ditinggalkan, dan kaki melangkah masuk bilik pemedahan..
"it's a case of vasculitis..so we need to do bilateral amputation to this boy.." kata seorang doktor kepada kami..

tergamam sebentar..
patutlah bersungguh benar dia meraung tak mahu masuk bilik pemedahan..
patutlah sampai terjerit-jerit tak nak dibedah...
patutlah..

dia meraung tak mahu masuk ke bilik pemedahan kerana dia tau,jika dia masuk dia akan keluar dengan kehilangan kedua belah kakinya..

sedih sungguh bila melihat kedua-dua kakinya dipotong..tapi, mungkin itu yang terbaik untuk budak lelaki tu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
semoga dia terus tabah mengharungi perjalanan hidupnya yang masih panjang..



dan kita yang Allah masih memberi nikmat kaki yang sihat dan kuat,
bersyukurkah kita?
ke arah kebaikankah kaki kita melangkah?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"


Tuesday, April 3, 2012

el Gra7a

"you can't be a surgeon because u are female and we hate female surgeon!"

terngiang-ngiang kata-kata seorang residen surgery yang kami temui ketika kami sibuk mencari pesakit untuk belajar memandangkan exam OSCE surgery yang akan kami hadapi..

walaupun dalam nada bergurau, dan tahu dia sebenarnya tak ada niat pun, tapi tetap timbul persoalan,kenapa ya?

so, kami mention-kan nama seorang general surgeon yang agak famous dan hebat di cairo University..dan dia adalah female surgeon!

tapi doktor residen tu masih tak mahu mengalah..katanya "dr D is an exceptional.."

tapi kami pun tak mahu mengalah "so, we can be exceptional too!"

betul la tu..
kami boleh, kalau kami mahu...
masalahnya sebenarnya kami nak ke?hehe

tapi,memang betul orang kata ramai pakar bedah adalah lelaki.. bila masuk dewan bedah umum cairo university, pasti dipenuhi doktor-doktor lelaki..kalau ada pun kaum perempuan dalam tu, tu adalah medical students atau houseofficer yang nak belajar dan jugak nurses.. tapi main surgeonnya tetap lelaki..
 kat cairo-lah..


mungkin sebab,
belajar surgery yang sangat susah,
kerja pun susah dengan risiko antara hidup dan mati..
dan mungkin ditambah kesibukan seorang pakar bedah..
dan mungkin ada sebab-sebab lain lagi yang buat surgery bukan bidang pilihan kaum wanita..

dan
bila orang sibuk mengatakan doktor perempuan kena ambik bidang Obs and gyne sebab untuk jaga kaum wanita,
tapi kadang-kadang terfikir bagaimana pula dengan surgery sebab ada juga pesakit wanita dalam surgery..kenapa surgery? sebab bila seseorang pesakit perempuan yang akan menjalani pemedahan, pasti dia juga akan diexposekan keseluruhan tubuhnya dalam dewan bedah...tambah tempat yang nak dibedah pula...walaupun bukan semua, tapi tetap rasa malu itu ada bagi pesakit perempuan tu kan?
ke tak malu..? mungkin tahap malu setiap orang itu berbeza..mungkin yang tengok malu, tapi pesakit tu tak rasa apa-apa pun..haha..ni pun pandangan dari segi pemerhatian oarang yang kurang pengalaman je..bukan kajian pun...

cuma teringat kesusahan seorang female surgeon mencari assistant perempuan untuk bedah seorang pesakit perempuan sampaikan dia offer orang yang tak tahu apa-apa untuk jadi assistant dia..
katanya,pesakit tu mesti malu kalau dia suruh doktor lelaki jadi assistant dia..


last but not least,
jangan tanya samaada saya mahu jadi surgeon atau tak sebab saya sendiri pun tak tahu jawapannya..=))

*****
surgery round untuk bebudak tahun 5 dah habis hampir 3 minggu lepas..
tapi semangat surgery masih ada lagi...
boleh lagi pergi melepak kat general OR..haha
padahal sekarang dah masuk round OBGYN..=)
apa-apa pun doakan kami kuat kat sini..

alahai,suka tengok baby baru lahir..comel!
oh, mereka adalah kembar=)

Sunday, March 11, 2012

jaga hubungan

ada seorang doktor,
dia seorang doktor yang sangat sibuk,
suatu hari, ada seorang pesakitnya menelefonnya,
pesakit tu nak buat follow up dengan doktor tersebut.
tapi kerana doktor tersebut ada kerja yang lagi penting untuk disiapkan,
jadi dia pun suruh pesakitnya tunggu dia selama setengah jam...

sejam lebih berlalu...,
dan pesakitnya masih menunggu doktor tersebut dengan sabar...
manakala doktor tersebut terlupa akan temu janjinya dengan pesakitnya..
sehinggalah doktor tersebut sampai di rumah...
tiba-tiba dia teringat akan pesakitnya yang menunggunya di hospital..
terus dia menghubungi pesakitnya..
doktor tersebut rasa sangat bersalah dan malu dengan pesakitnya..
pesakit tu bila dengar doktor tu rupanya terlupa akan dirinya terasa sedikit frust,
tapi bila pesakit tersebut mengingatkan doktor tu sangat-sangat baik dengannya sebelum ni ,
 terus hilang rasa frust pesakit tersebut..
manakala doktor tu pulak, didorong rasa bersalah, terus memecut keretanya pergi ke hospital balik untuk jumpa dengan pesakitnya walaupun boleh sahaja jumpa dengan pesakitnya keesokkan hari...
sehinggakan pesakit itu pulak terasa terharu akan kesungguhan doktor tersebut merawatnya...

*********

moral of the story,
kalau kita baik dengan orang, kita terbuat salah, orang nak marah pun tak jadi marah..
tapi kalau sebaliknya,
kalau hubungan kita dengan orang tak berapa elok,
yang bukan salah kita pun akan jadi salah kita.

tapi kalau dengan Pencipta kita,
sejahat-jahat mana pun kita,
kalau kita bertaubat,minta ampun dari Allah,
Allah takkan pernah marah..
Allah suka hamba-Nya bertaubat...

so, jom jaga hubungan baik dengan orang sekeliling kita
dan
yang paling penting jaga hubungan dengan Allah=))

*******

sabtu ni
exam endround surgery..
please,do pray for me^_^


Thursday, March 1, 2012

dia yang baik

seminggu sudah..hari-hari hadiah untuk si dia aku bawa ke kelas dengan harapan si dia datang ke kelas. dan atas nasihat kawan-kawan, akhirnya aku call dia bertanyakan hari dia akan datang ke kelas..katanya hari khamis. tapi hari ni,hari khamis tiba-tiba si dia ada hal penting..akhirnya tak juga jumpa di kelas..

habis doktor mengajar,cepat-cepat terus capai telefon.mahu call si dia.. alhamdullillah dia angkat call dan dia suruh aku pergi ke tempat mula-mula kiteorang jumpa. bergegas ke sana.. sampai di sana, masuk bilik sana, tak juga jumpa-jumpa. dan lepas penat mencari,sampaikan hampir-hampir masuk kelas junior tahun tiga yang tengah berpractical sebab orang salah faham ingatkan kami nak cari kelas budak malaysia,,,akhirnya,,, jumpa jugak si dia..

dia terkejut bila aku bawakan hadiah untuk dia. dia bertanya kenapa, kataku,apalah sangat hadiah tu kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia buat untuk aku.hanya Allah mampu membalas budi baik dia. 

dan waktu kami jumpa dia,dia tengah mengajar. dia bawakan kami jalan-jalan di situ. ada orang belajar macam mana nak menjahit,buat knot, ada yang buat injection,dan macam-macam lagi,dan kami berhenti di tempat belajar menjahit. dan dia suruh doktor di situ ajar kami juga cara-cara untuk menjahit.dan kami belajar menjahit...walaupun sekejap,tapi sangat membantu. terima kasih=))

dan akhirnya kami belajar menjahit lagi.
bukan jahit baju ya,
tapi jahit kulit.. 
jahit as a doctor, 
jahit as surgeon..=))
dengan surgeon-surgeon yang baik hati..

lastly, terima kasih doktor DM yang baik hati yang sampai saya dah tak tahu nak cakap apa-apa.


Tuesday, February 21, 2012

saya suka paeds!


berjumpa dengan seorang doktor yang pernah mengajar waktu pediatric round dulu buat tiba-tiba rindu untuk menatap wajah-wajah comel budak-budak..=) dan lebih tepat rindu dengan 
ke-best-an round pediatrics.
tak sangka sebenarnya doctor tu masih ingat..bukan sahaja ingat, tapi siap dia yang start tegur dulu pulak tu...mungkin sebab kami student pertama dia yangt cakap dia osem kot..haha

waktu pediatric dulu, terasa kesistematikan pembelajaran.. dengan pembahagian kelas yang teratur dan seimbang, jadual pembelajaran yang sistematik..

bukan tu sahaja, ibu-ibu kanak-kanak di hospital pun sangat bekerjasama.. kalau pergi kena waktunya, memang sangat best bila ibu-ibu pesakit sendiri yang akan offer anak mereka untuk kami belajar.sampai kami pulak yang letih belajar. dan selepas exam, bila saya pergi ke satu ward yang saya sangat terhutang budi, ada ibu pesakit di sana menegur saya sambil bertanya tentang exam saya.. wah, sangat perihatin mereka.. terima kasih..kan best kalau semua pesakit seperti ni..

dan doktor-doktor paeds juga sangat best.dari doktor lecture, doktor clinical, tutorials,practical skills, dan sampaikan doktor resident pun sangat membantu..serius membantu sangat-sangat sampaikan pernah sorang resident yang sanggup ikut saya dan seorang kawan belajar dari katil ke katil..katanya sebab nampak kami semangat sangat nak belajar, so dia yang tengah on-call waktu tu pun tolong kami belajar..baik kan?

dan sekarang pula, round surgery.. surgery dan anatomy memang tak boleh dipisahkan.. macam irama dan lagu..surgery tanpa pengetahuan anatomy bukan surgery namanya.pandangan pertama saya tentang surgery adalah susah.. susah la bila dah lama tinggalkan anatomy dan tiba-tiba kena belajar balik buku anatomy 2-3 tahun lepas..dan bila susah, terus hilang minat nak belajar surgery..tapi lama-lama, bila faham betul-betul dan di tambah ada doktor yang best, ok je surgery ni,not bad la...

dan dalam subjek surgery, saya sangat admire seorang surgeon ni.. dia memang surgeon yang hebat sampaikan boleh saya katakan, surgeon tu dah berada di tangga teratas carta doktor best..kalah doktor AB..hahaha..kata kawan saya, doktor tu baik sangat dengan doktor tu yang buat saya admire doktor tu lebih-lebih... tapi.. kata saya dia memang serius best dan baik hati!. dan pernah bertanya seorang senior tentang doktor tu dan senior saya sendiri sampai tak terkata kehebatan doktor tu..dan doktor itu adalah doktor perempuan..bukan senang tau nak jumpa surgeon perempuan=))

***********

apa-apa pun, jadi orang yang hebat sahaja kalau tak disertakan dengan akhlak yang baik tiada gunanya..kagum dengan doktor-doktor ni yang bukan sahaja sebab dia hebat dalam bidang dia, tapi paling penting sebab mereka baik hati dan juga rendah diri..tak rugi kalau kita berbuat baik dengan orang sebab budi baik pasti dikenang.. 
one professor at my faculty once said, 
to be a good doctor, we must be a good human being=)))
so, jom jadi manusia yang baik!


hospital kanak-kanak

**************

lastly, nak ucap hpy becoming bday buat my sis..
all the best exam!
buat pilihan yang terbaik ok=)))
hwaiting!!!

Friday, February 3, 2012

pindah lagi

assalamualaikum=)
dulu
sehari sebelum last final exam tahun dua, 
pam air rosak lagi.. 
rumah kami rumah paling atas. rumah tingkat lima dan enam(2 tingkat)..jadi kena pakai pam untuk air naik. tapi masalahnya dah berkali-kali rosak, dan macam dah kena tipu dengan tuan rumah bila sampai banyak sangat duit kiteorang habis.. akhirnya kami bertekad mahu cari rumah lain...

dan kemudian pindah lagi ke rumah semakin dekat dengan universiti.kalau dulu setengah jam lebih jalan kaki baru sampai u, tapi rumah baru 10 minit pun dah sampai u. rumah pun tingkat 1 je.cuma rumah sedikit kecil dan sewa sedikit mahal. tapi sebab dah tak ada pilihan lain dan kiteorang mesti pindah keluar jugak dari rumah lama dalam masa terdekat, so kiteorang pindah je la.

alhamdullillah, 
sepanjang duduk rumah ni, 
rumah tak banyak masalah, 
dekat dengan U ,
dekat dengan semua kemudahan,
tuan rumah pun superbaik hati 
jiran-jiran pun ramai orang sebangsa.
air dan elektrik sangat-sangat jarang ada masalah

tiba-tiba,
jumpa lagi rumah yang lebih murah,
lebih besar,
lebih dekat dengan U.
cuma rumah bukanlah baru sangat.
dan akhirnya kiteorang sepakat mahu berpindah lagi..
hai, dah macam orang nomad dah..haha
masuk ni dah kali 3 kami pindah.haha

dan hari esok, hari last kami di rumah lama. 
selamat tinggal rumah lama.
jasamu dikenang sepanjang hayat.

dan rumah baru,
please be good to us=))

view from our balcony.
hospital kiteorang pun boleh tengok dari sini..haha

Thursday, January 12, 2012

esok jumaat=)

esok hari pertama cuti selepas beberapa bulan yang sudah yang hari persekolahanku yang 7 hari seminggu.. ! yeay~!
tapi 
cuti esok bermakna cuti untuk belajar kerana exam hanyalah sekitar penjuru..
itu lagi baik dari membuang masa kan?
time waits for no one, ok!

dan esok adalah hari jumaat
dan jumaat adalah penghulu segala hari


 it's jumaah, jumaah
got to make dhikir on jumaah
everybody's looking forward to His mercy, mercy~

walaupun lagu ni dah lama keluar, tapi still tak puas lagi dengar=)

selamat hari jumaat semua

semoga setiap saat yang kita lalui, di isi dengan sesuatu yang bermanfaat..


Wednesday, January 4, 2012

tahun baru

assalamualaikum..=)

hari ni sudah hari ke empat melangkah ke tahun baru. dan kurang 2 minggu lagi untuk ujian akhir pusingan (endround exam) dan 4 minggu lagi untuk cuti sempena musim sejuk selama 2 minggu..
ok,sebut tentang cuti, ramai lah yang dah merancang nak melancong..tak kurang jugak yang balik ke kampung halaman pun ramai..

bila mendengar ada yang mahu ke spain, terus rasa nak tutup telinga..haih,,,dan hati melompat-lompat nak pergi ke sana...dari tahun satu di sini, berangan mahu ke spain, kota andalusia.. nak lihat kota yang dulunya bersinar dengan Islam..dan akhirnya tahun lepas, merancang mahu ke sana. tapi, kita merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik..kami di uji dan kami redha dan itulah yang terbaik untuk kami.

cuti tahun ni? kalau ada siapa-siapa sudi nak belanja pergi mana-mana, on sahaja=))) diri sendiri dah tak ada duit untuk melancong jauh-jauh..so sad.. jadi tahun ni melancong dalam cairo sahajalah.. dan mungkin melancong di hospital sahaja..

yang penting exam dulu, lepas tu nak buat apa cuti pikir kemudianlah..mana tahu nanti ada sungguh orang yang nak belanja pergi spain :D

anyway,
selamat tahun baru=)))
semoga tahun ni lagi baik dari tahun lepas
semoga jam dan minit ini lagi baik dari jam dan minit yang lepas
dan semoga saat ni lagi baik dari saat lepas~