Pages

RSS Feed

Friday, July 13, 2012

bangkok~







Monday, July 9, 2012

kali pertama

"can u scrub-in?" tanya seorang doctor..
 kami blurr..blurr seblurrnya..

"sanah imtiyaz?"tanya pula nurse
"la'a.. ehna tolabah.(tak, kami student)" jawab saya yang masih blurrr..

"can u both scrub-in?" sekali lagi doktor tu bertanya
dan kami.. menggangguk "yes"

" you both, go scrubbing at room no1 and take the gowns here,OT no 5"

dan kami "ok!"

untuk kali pertamanya,
kami betul-betul masuk surgery, bukan sekadar duduk ditepi tengok operation je...
walaupun setakat pegang barang dan organ sahaja..;p..
biasalah, first time, excited dia lebih sikit...hehe
thanks to the surgeons!
akan ingat sampai bila-bila kali pertama ini
*abdominal exploration surgery - emergency surgery, cairo university =)*

*oh,ini operation acute megacolon*
dan,ni gambar lame :D 
dan semalam tak ada sape nak tolong ambikkan gambar..

Sunday, July 8, 2012

family name

alhamdullillah, keluar dari hospital kanak-kanak semalam dengan perasaan lega.. lega kerana exam yang buat saya tak tenang selama lebih sebulan ni akhirnya sampai ke penghujungnya..
ya, saya dah habis exam=)
 semalam oral+clinical biasa-biasa sahaja..
perasaan frust tak boleh jawab satu soalan oral dari seorang doktor dah dikaburi dengan perasaan lega habis exam..haha
apa-apapun ,syukur alhamdullillah,
doakan semoga kami semua melangkah ke tahun akhir setember ini!
*my stets and pediatrics hospital~*

bercakap pasal oral, soalan yang agak femes sewaktu oral sejak saya menjadi pelajar disini ialah,,
"what's the meaning of 'TUAN'?" haha
 dan biasalah, skema jawapan dia dari dulu pun tak berubah iaitu,
"oh dr, it's just a family name.."

tahun ni?
paeds, OnG
tak ada pulak yang doktor bertanya waktu oral..
semua macam muka serious tak tanya soalan lain pun selain soalan medik..=)
cuma adalah doktor yang buat muka pelik dan susah nak baca nama..
susah sebab di kadpelajar tersilap taip Nuan, dan di slip pula Tuan..
(huruf arab 'ta' tertinggal satu titik jadi la 'nun':D)
susah nak terangkan kat doctor bagi paham,,
sudah la first time kot doktor tu dengar name macam tu.
dan akhirnya doctor faham..

dan tiba-tiba teringat,ada la,,, sorang doktor ni..
dia pun tanya soalan sama dalam kelas...

 as usual, i replied with the same answer..

she smiled and said, " anyway,whatever, she's nabilah to me=)"
not too loud, but enough for me to hear it since i sat just in front of her..
dan buat saya tersenyum waktu tu.. 

ok, saya masih normal..
she just a doctor who i respect the most..
for her kindness..
for her very sweet wordss..
and for everything she had done for me..

walaupun sangat banyak menyusahkan dia..
 bulan lepas,sebelum final exam, baru aje jumpa dia cakap..
"doktor, saya ada masalah.. tolong saya bla..bla..bla..."
dan dia masih tolong saya walaupun dia superbusy on that day..
anyway,
i just wanna say thank you..
when i said to you that you are really a great surgeon,
i really meant it..=)
hebat tak hebat, semua orang tahu dia one of the best female surgeon kat cairo university...=)

tau je doctor D ramai peminat,
tapi tak kira,
saya tetap peminat no satu dia..=)
*bajet doktor bace je*

haih, asyik bercerita tentang doktor-doktor osem je..haha
maaf la sangat memboringkan dan membuang masa kepada yang membaca..haha..
cuma untuk masa depan,
 manalah tau kot-kot lupa pernah minat sorang doktor sampai macam ni sekali..haha

********
anyway, tahun lima ialah tahun paling OSEM!

*gambar dengan bebudak tahun 5 egyptians and seorang doctor pediatrics yang juga osem!

Wednesday, June 20, 2012

sakit

" setiap orang ada reseptor sakit yang berbeza-beza.. mungkin reseptor sakit awak lagi banyak dari reseptor sakit orang lain, sebab tu awak sakit lebih dari orang lain, jadi awak sabar ya?"

lembut kata-kata seorang doktor buat seorang pesakit yang sakit amat sangat sampaikan minta double doses ubat tahan sakit.. 

********

mungkin itu salah satu cara yang berkesan untuk tenangkan pesakit..

nanti nak jadi macam doktor tu la!

******

esok ada exam lagi..
untuk exam esok dan seterusnya,
doakan kami..

Friday, June 8, 2012

tempat itu..

ada di antara mereka yang,

"what are you doing here? go home and study~!LOL"

tak kurang juga yang pada awalnya, tak hiraukan kami langsung, tapi...

"come here,see this!you'll never see this from that place~bla,bla,bla"

dan yang mula-mula dengan muka yang konon-konon serius,

 "ok,i won't tell you anything about this case!:D" 

dan tak berapa lama kemudian with a smile, "actually , the case is about..blablabla..."

ada yang belum sempat kami tegur dan cakap apa-apa lagi,
tapi dengan ramahnya,

"salamualaikum=)how are you..?this is a case of...bla..bla.."

dan...tak lupa juga ada yang in the middle of operation.,,
nampak kami,senyum(walaupun pakai mask) dan tegur kami,

"hey guys,hi! how are you?are you coming to see the operation?:)"

 dan
 bila mahu pulang pula, disambut dengan kata-kata seperti,,, 

"did you learn anything today?"
"good luck!"
"do come again!"
"nice to know you!"

dan banyak lagi yang buat diri terasa dihargai di sana~

and lastly, 
when i said to one of them,

"Dr,you are a great surgeon!"

and with a smile,that surgeon replied

"no, nabilah, i'm not=)"


**********

seriously, 
i really miss those momments..
i miss the place..
and i wish,that place miss me too..*LOL*

tak tahu la tempat tu masih sama macam dulu atau tidak..
tapi...sangat berharap, sentiasa sama seperti dulu=)




*********

ok,dah, 
sekarang,

study!

11 days left~

go go OnG!!!!

go go Paeds!!

and please,do pray for us..



Monday, May 21, 2012

OnG


baru perasan, selama ni belum pernah bercerita tentang round yang satu ni.. 
haih, bila dah habis round baru rasa rindu.. 
rindu dengan kelas yang buat saya rasa 
"oh, saya di bumi mesir rupanya" haha

dan endround clinical exam kelmarin,
 rasanya antara yang termudah sepanjang tahun ni..
syukur alhamdullillah..
(first time dapat doctor yang macam tu selama 5 tahun belajar medik....
harap lepas-lepas ni pun camni la..hehe)

disambut dengan senyuman DR OnG dan kata-katanya
"today is your lucky day"

oh, kiranya, semalam bukanlah sebab dapat buat dengan cemerlang la,
tak kira boleh jawab atau tidak soalan,
yang pasti doktor dah sedia markah untuk semua..
 orang kata free marks..

but,i know i really did my best=)))
and ofcourse,
ini semua nikmat dari Allah..
syukur alhamdullillah..

by the way

dulu rasa sangat tak 'masuk' dengan OnG..
sangat..

sebab
terasa ada doktor sangat tak welcoming dengan kehadiran kami..

pernah je kadang-kadang kena halau dengan doktor resident yang bertugas,directly or indirectly..
dan lepas tu buat muka tak tau malu je lepas kena halau..
kadang-kadang doctor tutorial cakap arab pekat sampai kena fokus betul-betul baru tak lost..
kadang-kadang berebut dengan budak arab nak suruh doktor cakap english
dan kadang-kadang budak arab dengan selamba je kutuk kiteorang depan-depan



tapi lama kelamaan,

baru sedar,

OnG is not that bad..=)))
OnG tetap best dengan kelebihan yang tersendiri
berkenalan dengan kawan-kawan arab..
dan mereka sebenarnya sangat baik hati..
 dan mereka buat terasa saya sebenarnya duduk di negara mesir..
terasa saya belajar di cairo universiti..

dan paling penting
subjek OnG itu sendiri pun best.....
belajar tentang wanita yang sangat kompleks,
tetapi sangat istimewa..

dan
pengalaman "beroncall" la sangat di labor room dan operation room,
pengalaman ambil history makcik-makcik dan kakak-kakak dan adik-adik dengan bahasa arab broken habis..haha
jangan terkejut kalau,
saya cakap pernah ambil history seorang ni,
 ingatkan kakak,
rupanya adik,
ingatkan bersalinkan anak first,
 rupanya anak second..haha
apa taknya, dia kahwin umur 13 tahun.haha..
dan banyak la pengalaman lagi yang buat round OnG sangat bermakna...=))

lastly,
doakan kami exam final sebulan dari sekarang..
go go Paeds!
go go OnG!
semoga Allah permudahkan urusan kami,
rajinkan kami, mumtazkan kami, dan redha dengan kami=)




Tuesday, April 17, 2012

kaki

'kekusyukan' kami membaca buku dikejutkan dengan raungan seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang disorong masuk ke bilik pemedahan..meraung tak mahukan pemedahan..kuat!sampaikan semua mata dalam bilik tu tertumpu padanya..
dalam kepala terbayang mungkin budak ni ade apendicitis..atau mungkin jugak kot strangulated hernia..biasalah budak-budak takutkan operation...orang yang dah besar pun takut apetah budak-budak kan?

buku gynecology ditinggalkan, dan kaki melangkah masuk bilik pemedahan..
"it's a case of vasculitis..so we need to do bilateral amputation to this boy.." kata seorang doktor kepada kami..

tergamam sebentar..
patutlah bersungguh benar dia meraung tak mahu masuk bilik pemedahan..
patutlah sampai terjerit-jerit tak nak dibedah...
patutlah..

dia meraung tak mahu masuk ke bilik pemedahan kerana dia tau,jika dia masuk dia akan keluar dengan kehilangan kedua belah kakinya..

sedih sungguh bila melihat kedua-dua kakinya dipotong..tapi, mungkin itu yang terbaik untuk budak lelaki tu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
semoga dia terus tabah mengharungi perjalanan hidupnya yang masih panjang..



dan kita yang Allah masih memberi nikmat kaki yang sihat dan kuat,
bersyukurkah kita?
ke arah kebaikankah kaki kita melangkah?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"