Pages

RSS Feed

Sunday, March 27, 2011

makan~

biasanya kalau nak makan besar-besaran mesti tunggu lepas exam..
tak pun sambut birthday ke..
tak pun kalau cuti ke..
tapi kali ni tiba-tiba pulak rasa nak makan luar..

selama ni asyik tengok cite korea..
tengok mereka makan dengan begitu berselera..
sedap ke?
jadi,untuk kami yang tak pernah makan lagi,
tergerak jugak hati nak menghabiskan sedikit duit kat restoran korea...
**pengaruh cerita ni:D**

nak pergi korea,sohih-sohih tak mampu lagi,
jadi..
melantak korean food pon jadi la...


jajangmyeon..

kimchi(yang ni dapat free je..)



steam rice and beef bulgogi ke name dia?

nasi putih yang tak de ape-ape yang specel pon..

kimbap~


rasanya
korean food ni boleh la tahan..
sedap la jugak..
kenyang jugak la makan..
mulut boleh la jugak terima..
lidah pon boleh lagi rasa sedap..

tapi kan....
tapi kannn...

yang kat bawah ni lagi sedap!

ikan pari bakar...


pergi la mana-mana pun,makan-makan la apa-apa pun,
sememangnya makanan kat malaysia lagi best la..
walaupun ada doktor kat cairo univ pernah cakap,
makanan kat malaysia pedas..
tapi pedas tu la yang best..=)
**jgn makan pedas banyak sangat..spicy pood tu carcinogenic..lol**

Wednesday, March 23, 2011

tahniah!


bangun pagi...dalam kepala
"hari ini result kak cik keluar!"

dan bila kol tanye berapa dapat...

"sikit je..tak banyak...tak stret a's..tak dpt pun 11 a's.."


sekolah xdop best student tahun ni..
tapi prestasi ok je la...



dear kak cik,

success is not being better than someone else, but success is becoming better than you were yesterday"

tak semestinya tak dapat stret a's tak berjaya!
and
tak semestinya dapat stret a's dah berjaya..

jalan masih panjang lagi..

baru lepas tahap pertama..

apa-apa pun,
k.ngah doakan yang terbaik..
semoga Allah permudahkan segala urusan..
ameen..

ok la result tu..comel dh...

nak jadi ape?

pikir molek-molek la ye..




Friday, March 4, 2011

dua dunia

Dua generasi, dua citarasa.
cheese cake+ pulut berinti + kueh katayap(kueh gulung)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, February 25, 2011

~UFUM~


balik dari manchester,kerisauan kami dengan berita rusuhan di mesir menjadi-jadi.
dah la risau kawan-kawan kami di sana..risau jugak dengan keadaan kami sendiri..

perlu ke kami tunggu dan mengharapkan keadaan mesir kembali pulih..?
atau kami terus pulang ke malaysia dari london terus..?
atau kami pulang dari spain.?
atau dari paris?

tapi ape yang kami bimbang kuliah pulak..
tak nak dah ponteng kelas macam round commed hari tu..
dan bimbang jugak baru 2 3 ari balik malaysia,kena balik mesir balik sebab keaadaan ok..
pening kami di buatnya..
tambang balik malaysia bukan sikit..
ni bukan nak balik dari KL ke terengganu ni..
ni melibatkan wang ribuan ringgit!
dan sewaktu kami ke London kami bawak duit cukup untuk perbelanjaan makan minum dan shopping sahaja.tak terfikir lansung yang kami nak kena bawak duit lebih untuk beli tiket pulang ke malaysia.ye la,waktu tu tak terfikir mesir akan teruk macam tu sekali..ingat rusuhan biasa-biasa je..lebih-lebih lagi kami ade bawak debit card untuk bayar duit hotel yang tak settle lagi..jadi memang tak bawak cash banyak la..!
barang kesayangan seperti laptop pun kami tinggal di mesir..
pening dan bertambah pening kami..

rusuhan makin teruk..
banyak kedai kena tutup..
internet,telefon semua kena sekat..
bank pun tutup..
system down,mesir down dan of coz la kami pun down!
ape taknye,debit card kami debit card national bank of egypt!
dan debit card kami kena block!
duit tak ade,camne nak jalan-jalan?
camne nak beli tiket balik malaysia?

dan akhirnya,
pengembaraan kiteorang yang sepatutnya berakhir di spain kami berakhir dengan pulang kami ke malaysia..(terima kasih kpd yang bagi pinjam duit..jasamu akanku kenang sepanjang hayat!)
UFS(uk-france-spain) menjadi UFUM..(uk-france-uk-malaysia)

kami tak di nasihatkan ke spain sebab pegawai kat kedutaan kat UK dan pegawai JPA kat malaysian hall cakap kalau kami terkandas kat spain,susah..orang melayu tak ramai..
kalau kami stranded di london diorang boleh tolong ape yang mampu..
jadi kami terpaksa lupakan je hasrat kami nak ke spain walaupun dah banyak kami berhabis duit tempah itu dan ini kat spain.. hotel,bas, paling sayang Al-hambra!

HM,kenapa taknak turun awal-awal?
bukan menyusahkan rakyat dia je,kiteorang pun kena jugak,
ni dah kira implikasi HM terhadap percutian kami..huhu

nak buat macam mana,kita merancang,Allah merancang..
tapi perancangan Allah paling baik..
pasti ade hikmahnya..
mungkin kalau ni tak berlaku,tak mungkin dapat rasa tidur kat '5star hotel' kat paris..
dan setiap ape yang berlaku kan mematangkan diri kan?
mungkin satu hari nanti kite ade peluang ke spain lagi,siapa tau?

******

untuk geng UFUM,
ingat ufum ingat paris, ingat '5star hotel'!
nak kena cerita pasal pengalaman best kite kat paris ke?haha
Hadapi dengan senyuman!
dan
jangan serik berjaulah!
love u all!muah3x



Friday, January 28, 2011

doakan

doakan mesir yang sekarang ni tengah bergolak.

selamatkan mesir dari permintahan yang zalim.

doakan juga perjalanan kami di permudahkan oleh Allah..

ameen

“We must get beyond textbooks, go out into the bypaths and untrodden depths of the wilderness and travel and explore and tell the world the glories of our journey.”

Monday, January 24, 2011

silalah rajin..

lame giler kot tak jenguk sini.last skali tahun lepas.
*bajet lama la tu tahun lepas*

ophthal pun dah habis..
result exam ophthal pun dah tau..
round ENT(ear nose and throat) pulak dah hampir 2 minggu..
dah nak masuk winter break budak-budak sekolah perubatan kasr el ainy dah..

lepas cuti dah pertengahan bulan 2
sambung ENT,dan round exam lagi

lepas tu,
masuk forensic pulak dan exam lagi
dan final exam lagi dan lagi...

cepat sungguh masa berlalu..
sedar-sedar dah habis setengah tahun untuk tahun 4

betul ke tahun 4 tahun honeymoon year?
dari segi kelas memang kot..
bayangkan untuk ENT kelas 3hari seminggu
cuti 4 hari
tapi honeymoon year,tak boleh honeymoon..
kena gak g nempel kat klinik ke,masuk ward ke,masuk ot ke..
study lagi..
dah taun klinikal..
kena sedar la,tak lama lagi nak jadi doctor...

*tapi knape la aku ni 'rajin' amat*

jadi,nasihat untuk diri sendiri,walaupun susah..
sila la sedar..
dan
silalah mujahadah!


Monday, December 27, 2010

sebulan lagi~

MEZQUITA,CORDOBA

~ALHAMBRA,GRANADA~

Andalus pernah menjadi milik kita suatu masa dulu...ketika umat islam waktu itu sangat tinggi iman dan takwa mereka pada Allah...semangat jihad mereka jugak yang tak pernah kenal erti gentar pada musuh..antara syahid atau menang,mereka pertaruhkan nyawa mereka demi islam...dan Allah kurniakan kota Andalus buat mereka..

namun,bila hilangnya iman dan takwa dalam diri umat islam, dan bila dunia jadi keutamaan,dan bila pemimpin islam sendiri yang mementingkan kuasa,dengan mudahnya kota Andalus jatuh ke tangan yang tak sepatutnya...sehinggakan seluruh umat islam dibunuuh sehingga tidak ada seorang pun yang tinggal..


Firman Allah dalam surah Al-Fatir,34 dan 35 yang bermaksud;
"...tetapi ketika pemberi peringatan datang kepada mereka, tidak menambah (apa-apa) kepada mereka, bahkan mereka semakin jauh mereka dari (kebenaran). Kerana kesombongan (mereka) di bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa diri mereka sendiri. Mereka hanyalah menunggu berlakunya ketentuan kepada orang-orang terdahulu. Maka kami tidak mendapatkan perubahan bagi ALLAH, dan tidak pula akan menemui penyimpangan bagi ketentuan ALLAh."


mari kita belajar dari sejarah...
iman dan takwa dengan kehidupan seharian kita memang tak boleh dipisahkan..
selagi iman dan takwa ada dalam diri seseorang muslim itu,dia takkan jatuh dengan mudah biarlah apa pun yang berlaku..

so,whenever u face an obstacle,
just believe in Him..

*************

~sebulan lagi~


**************
sebelum tu,
exam ophthal dulu..
doakan kami..