Pages

RSS Feed

Friday, February 25, 2011

~UFUM~


balik dari manchester,kerisauan kami dengan berita rusuhan di mesir menjadi-jadi.
dah la risau kawan-kawan kami di sana..risau jugak dengan keadaan kami sendiri..

perlu ke kami tunggu dan mengharapkan keadaan mesir kembali pulih..?
atau kami terus pulang ke malaysia dari london terus..?
atau kami pulang dari spain.?
atau dari paris?

tapi ape yang kami bimbang kuliah pulak..
tak nak dah ponteng kelas macam round commed hari tu..
dan bimbang jugak baru 2 3 ari balik malaysia,kena balik mesir balik sebab keaadaan ok..
pening kami di buatnya..
tambang balik malaysia bukan sikit..
ni bukan nak balik dari KL ke terengganu ni..
ni melibatkan wang ribuan ringgit!
dan sewaktu kami ke London kami bawak duit cukup untuk perbelanjaan makan minum dan shopping sahaja.tak terfikir lansung yang kami nak kena bawak duit lebih untuk beli tiket pulang ke malaysia.ye la,waktu tu tak terfikir mesir akan teruk macam tu sekali..ingat rusuhan biasa-biasa je..lebih-lebih lagi kami ade bawak debit card untuk bayar duit hotel yang tak settle lagi..jadi memang tak bawak cash banyak la..!
barang kesayangan seperti laptop pun kami tinggal di mesir..
pening dan bertambah pening kami..

rusuhan makin teruk..
banyak kedai kena tutup..
internet,telefon semua kena sekat..
bank pun tutup..
system down,mesir down dan of coz la kami pun down!
ape taknye,debit card kami debit card national bank of egypt!
dan debit card kami kena block!
duit tak ade,camne nak jalan-jalan?
camne nak beli tiket balik malaysia?

dan akhirnya,
pengembaraan kiteorang yang sepatutnya berakhir di spain kami berakhir dengan pulang kami ke malaysia..(terima kasih kpd yang bagi pinjam duit..jasamu akanku kenang sepanjang hayat!)
UFS(uk-france-spain) menjadi UFUM..(uk-france-uk-malaysia)

kami tak di nasihatkan ke spain sebab pegawai kat kedutaan kat UK dan pegawai JPA kat malaysian hall cakap kalau kami terkandas kat spain,susah..orang melayu tak ramai..
kalau kami stranded di london diorang boleh tolong ape yang mampu..
jadi kami terpaksa lupakan je hasrat kami nak ke spain walaupun dah banyak kami berhabis duit tempah itu dan ini kat spain.. hotel,bas, paling sayang Al-hambra!

HM,kenapa taknak turun awal-awal?
bukan menyusahkan rakyat dia je,kiteorang pun kena jugak,
ni dah kira implikasi HM terhadap percutian kami..huhu

nak buat macam mana,kita merancang,Allah merancang..
tapi perancangan Allah paling baik..
pasti ade hikmahnya..
mungkin kalau ni tak berlaku,tak mungkin dapat rasa tidur kat '5star hotel' kat paris..
dan setiap ape yang berlaku kan mematangkan diri kan?
mungkin satu hari nanti kite ade peluang ke spain lagi,siapa tau?

******

untuk geng UFUM,
ingat ufum ingat paris, ingat '5star hotel'!
nak kena cerita pasal pengalaman best kite kat paris ke?haha
Hadapi dengan senyuman!
dan
jangan serik berjaulah!
love u all!muah3x



0 comments: