Pages

RSS Feed

Wednesday, October 6, 2010

-6 oktober-

hari ni cuti..
cuti umum bagi mesir..
cuti sempena perang yang berlaku pada 6 oktober-24 oktober 1973

perang ni adalah perang keempat antara negara-negara Arab melawan Israel untuk menawan kembali wilayah Sinai dan tanah tinggi Galong yang telah di jajah oleh israel laknatullah. perang yang berlaku pada bulan ramadhan dan waktu itu tentera israel sedang bercuti meraikan hari kebesaran org yahudi menyebabkan tentera Mesir dan syria meraih banyak kemenangan.

Akan tetapi, AS telah campurtangan dan berlaku la gencatan senjata, dan penyelesaian atas masalah sengketa itu kemudian diserahkan kepada PBB. Namun salah satu pengajaran penting yang boleh diambil dari peristiwa itu
tak mustahil untuk kita umat islam mengalahkan israel suatu hari nanti...

dan berdasarkan peristiwa tu jugak,
mesir telah memilih 6 oktober ini sebagai hari angkatan tentera mesir....

nak tau lg lanjut pasal perang ni klik sini-6 oktober


dan pada 6 oktober hari ini

bertambahlah lagi usiaku..semakin dekat dengan janji Allah yang pasti..
cepat sungguh rasa masa berlalu...
rasanya macam baru semalam ku peluk ummi dan abah untuk merantau di bumi anbiya ni..
sedar tak sedar dah 3 tahun bermastautin di sini..


semoga pertambahan usiaku seiring dengan iman ku..ameen..

dan terima kasih buat semua yang tak lupa akan hari ini..
terima kasih atas doa kalian..
dan saya doakan agar kalian jugak beroleh kejayaan dunia akhirat..


Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…….


hepi belated besday utk abg long adib~
alahai,tak sempat jugak nak makan kek upin ipin adib..huhu




0 comments: