dulu,kau pernah cakap kat aku,nanti bila besar nanti,kau nak jadi pakar bedah..aku pulak,tak nak jadi doktor...
lepas tu kau cakap lagi ,jadi doktor boleh tolong orang..lepas tu aku iyakan aje..
dan,sekarang,akhirnya,aku kat sini,sambung cita-cita kau dulu...
masa aku mula-mula jejak kaki ke sekolah baru,hanya beberapa orang je yang tegur aku..antaranya ialah kau..sebab kau kenal tokki aku..kau ajak aku kawan dengan kau..aku hepi..
dan kau jugak ajak aku pergi lepak kat rumah kau..petang-petang kadang-kadang kita ronda kampung sama-sama..zaman kanak-kanak kita best kan?
kau ingat tak warung ABC kat belakang kampung dekat dengan wisma tenang tu?dulu kita selalu je lepak kat sanakan?kita raikan kita habis exam kat sana kan?kau la yang perkenalkan kat aku tempat tu..kau kata best makan kat situ..kita selalu mintak ABC tak letak nisan kat mak cik tu..pastu kita mintak keropok celup tepung dan keropok tumis..kau tau tak,tu la first time aku kenal kepok tumis.. dan kau tau tak,sampai sekarang,aku dah tak pergi dah warung tu..aku takde kawan dah nak ajak pergi sana...setiap kali aku lalu kawasan tu,aku mesti ingat kau..aku rindu kau...
kau ingat lagi tak,kita pergi lawatan bestari masa tahun 5?tu first time aku keluar pergi lawatan dengan kawan-kawan.kita duk sama-sama dalam bas...pastu kita kongsi beli kodak sama-sama untuk ambil gambar kat agro resort dan lata belatan..waktu tu pakai kamera kodak lagi..ah,kenangan tu,aku dah hampir lupa sikit-sikit..tapi aku takkan lupa la waktu yang kita main air sama-sama sampai pucat..haha
kau ingat tak masa kita pergi lawatan sekolah masa darjah enam?kau jadi partner aku sepanjang masa lawatan aku..partner dalam bas,partner tidur dan semua partner la..
teringat aku masa kita pergi lawatan kat TLDM kat lumut,perak.kita sama-sama usik cg nani dengan salah seorang anak kapal kat sana.anak kapal tu orang terengganu jugak..dia siap bagi no telepon ngan alamat rumah lagi kat kita suruh bagi kat cg nani..kita pun bukan main la galak kenen-kenenkan cg nani dengan dia...bila bagi alamat ngan no tel navy tu,cg tak nak..cg nani kate,nanti kena tinggal sokmo..cikgu kata,awk simpan je la wat kenangan awak...haha..nakal kan kita?
lepas tu,malam tu kita makan sikit jer..kita mintak excuse ngan cikgu nak masuk bas awal..kita buat plan baik punya.malam tu,mr Garfield kau jadi mangsa kita...kita letak mr garfield tu kat seat paling belakang..dengan keadaan bas yang gelap dan tempat parking bas yang macam kat dalam hutan,agak membantu la plan kita..tiba-tiba ade orang masuk bas..lepas tu,kita on off kan torchlight yang aku bawak 2 dan 3 kali dan halakan torchlight tu kat mr garfield kau..kita pulak duk diam-diam sambil intai-intai sape mangsa kita..akhirnye dia menjerit turun bawah.."hantu!!!!!!!!"..hahaha...kita gelak puas-puas sampai keluar air mata..indah sungguh waktu tu kan?dan aku rindu nak gelak dengan kau...
setiap kali aku pergi sogo,mesti aku ingat kat kau lagi...waktu tu kita masih mentah.tak tau pape..dah la first time pergi sogo tanpa mak bapak...dan masa tu kita berdua jer..geng kita sorang lagi,famili dia dah jemput dia balik same dengan famili dia..dan bila kita nak keluar sogo,kita tak sedar kita keluar ikut pintu mana..kita sesat!!!!aku dah nervous tak jumpa bas..
kau cakap,.."orang cakap kalau sesat dan salah kuar pintu kuar,kita pusing bangunan..nanti-nanti jumpa la tempat kita nak tu..."
dan kita pun pusing la satu bangunan tu..yang kelakarnya,kita kena kejar di orang gila masa kita pusing sogo tu..hahaha...lawak kan?kita lari kuat-kuat sampai tercungap-cungap..dan rupa-rupa nya tempat kita keluar tu dah betul cuma bas tak de sebab dia rounc sebab tak de parking..
dan kita ketawa tak henti-henti lagi....
kau ingat tak kita pasang khemah same-same..makan maggi sama-sama..pastu malam tu hujan lebat..mula-kita try jugak tak nak kasi bocor khemah..tapi tak berjaya..last skali kita surrender dan tidor dalam kelas jer..tu la first time aku berkhemah..khemah dalam kelas...tapi khemah kat mana-mana pun tak kisah,sebab ada kawan-kawan macam kau..
lepas tu kan,aku ingat lagi kita sama-sama siang ikan untuk buat bubur lambok kat rumah kau..first time aku kenal ikan selayang...aku yang malas dan tak berapa reti siang ikan ni jadi reti..walaupun lunyai ikan tu kita kerjakan,tapi kita hepi kan?dan esoknya kita buat bubur lambok..sebenarnye cikgu yang buat,kita tau makan dan menyibuk jer..
banyak lagi kenangan kau dan aku..tapi aku dah tak dapat nak taip..aku sedih...kau tau tak air mata aku jatuh setiap kali aku ingat kenangan tu semua..dan sekarang,tubir mata aku panas lagi...boleh tak aku nak nangis?aku rindu sangat kat kau..rindu sangat..
aku terkilan..aku terkilan sebab masa aku balik tahun 1,aku nak ziarah kau..tapi tak sempat..tokki dan nenek aku dah pindah.dah jauh dengan rumah kau..dah susah nak pergi ladang..dan raya lepas,mak kau datang kat rumah aku,tapi dia nak cepat,dan tak sempat tunggu aku balik..jumpa kat selekoh je...terkilan..
sungguh,aku teringat pada kau bila aku baca satu blog yang cerita pasal bestfriend dia..dan tiba-tiba je aku teringat pada kau...kau bestfriend aku jugak kan?aku doakan semoga kau tenang di sana..
al fatihah buat mu...
nor anis mat aman
7 dis 1989-dis 2008
nor anis mat aman
7 dis 1989-dis 2008
4 comments:
Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia
Anda dipelawa meletakkan logo e-Direktori di blog anda.
Saya juga berterimakasih sekiranya anda menyertai senarai "Followers" di blog saya untuk memudahkah saya menjejaki blog teman-teman anda.
saya tersentuh dengan kisah yang anda paparkan. satu kenangan yang tidak semestinya dilupakan.
mohon kebenaran memaparkan semula kisah ini di blog saya Gerbang Kehidupan
terima kasih.
mmg sedih...xsangkekan...
mcm nvel...tp ini realiti..
kalo sya tgk mst terharu punyer...
tmbhn lg mk yer...
huhu
mmg sdey r..igt g dlu2..
kalo lalu dpn umoh dia jew mst ade ayt nie
"Tlg kim salam kat Nabilah ea.Lame dh x jpe yer"
tp 2 dlu r..
skrng nie xdop dh..
org pn dh x lalu dpn umoh dia...
huhu...
Post a Comment