Pages

RSS Feed

Tuesday, April 17, 2012

kaki

'kekusyukan' kami membaca buku dikejutkan dengan raungan seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang disorong masuk ke bilik pemedahan..meraung tak mahukan pemedahan..kuat!sampaikan semua mata dalam bilik tu tertumpu padanya..
dalam kepala terbayang mungkin budak ni ade apendicitis..atau mungkin jugak kot strangulated hernia..biasalah budak-budak takutkan operation...orang yang dah besar pun takut apetah budak-budak kan?

buku gynecology ditinggalkan, dan kaki melangkah masuk bilik pemedahan..
"it's a case of vasculitis..so we need to do bilateral amputation to this boy.." kata seorang doktor kepada kami..

tergamam sebentar..
patutlah bersungguh benar dia meraung tak mahu masuk bilik pemedahan..
patutlah sampai terjerit-jerit tak nak dibedah...
patutlah..

dia meraung tak mahu masuk ke bilik pemedahan kerana dia tau,jika dia masuk dia akan keluar dengan kehilangan kedua belah kakinya..

sedih sungguh bila melihat kedua-dua kakinya dipotong..tapi, mungkin itu yang terbaik untuk budak lelaki tu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
semoga dia terus tabah mengharungi perjalanan hidupnya yang masih panjang..



dan kita yang Allah masih memberi nikmat kaki yang sihat dan kuat,
bersyukurkah kita?
ke arah kebaikankah kaki kita melangkah?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"


Tuesday, April 3, 2012

el Gra7a

"you can't be a surgeon because u are female and we hate female surgeon!"

terngiang-ngiang kata-kata seorang residen surgery yang kami temui ketika kami sibuk mencari pesakit untuk belajar memandangkan exam OSCE surgery yang akan kami hadapi..

walaupun dalam nada bergurau, dan tahu dia sebenarnya tak ada niat pun, tapi tetap timbul persoalan,kenapa ya?

so, kami mention-kan nama seorang general surgeon yang agak famous dan hebat di cairo University..dan dia adalah female surgeon!

tapi doktor residen tu masih tak mahu mengalah..katanya "dr D is an exceptional.."

tapi kami pun tak mahu mengalah "so, we can be exceptional too!"

betul la tu..
kami boleh, kalau kami mahu...
masalahnya sebenarnya kami nak ke?hehe

tapi,memang betul orang kata ramai pakar bedah adalah lelaki.. bila masuk dewan bedah umum cairo university, pasti dipenuhi doktor-doktor lelaki..kalau ada pun kaum perempuan dalam tu, tu adalah medical students atau houseofficer yang nak belajar dan jugak nurses.. tapi main surgeonnya tetap lelaki..
 kat cairo-lah..


mungkin sebab,
belajar surgery yang sangat susah,
kerja pun susah dengan risiko antara hidup dan mati..
dan mungkin ditambah kesibukan seorang pakar bedah..
dan mungkin ada sebab-sebab lain lagi yang buat surgery bukan bidang pilihan kaum wanita..

dan
bila orang sibuk mengatakan doktor perempuan kena ambik bidang Obs and gyne sebab untuk jaga kaum wanita,
tapi kadang-kadang terfikir bagaimana pula dengan surgery sebab ada juga pesakit wanita dalam surgery..kenapa surgery? sebab bila seseorang pesakit perempuan yang akan menjalani pemedahan, pasti dia juga akan diexposekan keseluruhan tubuhnya dalam dewan bedah...tambah tempat yang nak dibedah pula...walaupun bukan semua, tapi tetap rasa malu itu ada bagi pesakit perempuan tu kan?
ke tak malu..? mungkin tahap malu setiap orang itu berbeza..mungkin yang tengok malu, tapi pesakit tu tak rasa apa-apa pun..haha..ni pun pandangan dari segi pemerhatian oarang yang kurang pengalaman je..bukan kajian pun...

cuma teringat kesusahan seorang female surgeon mencari assistant perempuan untuk bedah seorang pesakit perempuan sampaikan dia offer orang yang tak tahu apa-apa untuk jadi assistant dia..
katanya,pesakit tu mesti malu kalau dia suruh doktor lelaki jadi assistant dia..


last but not least,
jangan tanya samaada saya mahu jadi surgeon atau tak sebab saya sendiri pun tak tahu jawapannya..=))

*****
surgery round untuk bebudak tahun 5 dah habis hampir 3 minggu lepas..
tapi semangat surgery masih ada lagi...
boleh lagi pergi melepak kat general OR..haha
padahal sekarang dah masuk round OBGYN..=)
apa-apa pun doakan kami kuat kat sini..

alahai,suka tengok baby baru lahir..comel!
oh, mereka adalah kembar=)