Pages

RSS Feed

Tuesday, February 21, 2012

saya suka paeds!


berjumpa dengan seorang doktor yang pernah mengajar waktu pediatric round dulu buat tiba-tiba rindu untuk menatap wajah-wajah comel budak-budak..=) dan lebih tepat rindu dengan 
ke-best-an round pediatrics.
tak sangka sebenarnya doctor tu masih ingat..bukan sahaja ingat, tapi siap dia yang start tegur dulu pulak tu...mungkin sebab kami student pertama dia yangt cakap dia osem kot..haha

waktu pediatric dulu, terasa kesistematikan pembelajaran.. dengan pembahagian kelas yang teratur dan seimbang, jadual pembelajaran yang sistematik..

bukan tu sahaja, ibu-ibu kanak-kanak di hospital pun sangat bekerjasama.. kalau pergi kena waktunya, memang sangat best bila ibu-ibu pesakit sendiri yang akan offer anak mereka untuk kami belajar.sampai kami pulak yang letih belajar. dan selepas exam, bila saya pergi ke satu ward yang saya sangat terhutang budi, ada ibu pesakit di sana menegur saya sambil bertanya tentang exam saya.. wah, sangat perihatin mereka.. terima kasih..kan best kalau semua pesakit seperti ni..

dan doktor-doktor paeds juga sangat best.dari doktor lecture, doktor clinical, tutorials,practical skills, dan sampaikan doktor resident pun sangat membantu..serius membantu sangat-sangat sampaikan pernah sorang resident yang sanggup ikut saya dan seorang kawan belajar dari katil ke katil..katanya sebab nampak kami semangat sangat nak belajar, so dia yang tengah on-call waktu tu pun tolong kami belajar..baik kan?

dan sekarang pula, round surgery.. surgery dan anatomy memang tak boleh dipisahkan.. macam irama dan lagu..surgery tanpa pengetahuan anatomy bukan surgery namanya.pandangan pertama saya tentang surgery adalah susah.. susah la bila dah lama tinggalkan anatomy dan tiba-tiba kena belajar balik buku anatomy 2-3 tahun lepas..dan bila susah, terus hilang minat nak belajar surgery..tapi lama-lama, bila faham betul-betul dan di tambah ada doktor yang best, ok je surgery ni,not bad la...

dan dalam subjek surgery, saya sangat admire seorang surgeon ni.. dia memang surgeon yang hebat sampaikan boleh saya katakan, surgeon tu dah berada di tangga teratas carta doktor best..kalah doktor AB..hahaha..kata kawan saya, doktor tu baik sangat dengan doktor tu yang buat saya admire doktor tu lebih-lebih... tapi.. kata saya dia memang serius best dan baik hati!. dan pernah bertanya seorang senior tentang doktor tu dan senior saya sendiri sampai tak terkata kehebatan doktor tu..dan doktor itu adalah doktor perempuan..bukan senang tau nak jumpa surgeon perempuan=))

***********

apa-apa pun, jadi orang yang hebat sahaja kalau tak disertakan dengan akhlak yang baik tiada gunanya..kagum dengan doktor-doktor ni yang bukan sahaja sebab dia hebat dalam bidang dia, tapi paling penting sebab mereka baik hati dan juga rendah diri..tak rugi kalau kita berbuat baik dengan orang sebab budi baik pasti dikenang.. 
one professor at my faculty once said, 
to be a good doctor, we must be a good human being=)))
so, jom jadi manusia yang baik!


hospital kanak-kanak

**************

lastly, nak ucap hpy becoming bday buat my sis..
all the best exam!
buat pilihan yang terbaik ok=)))
hwaiting!!!

Friday, February 3, 2012

pindah lagi

assalamualaikum=)
dulu
sehari sebelum last final exam tahun dua, 
pam air rosak lagi.. 
rumah kami rumah paling atas. rumah tingkat lima dan enam(2 tingkat)..jadi kena pakai pam untuk air naik. tapi masalahnya dah berkali-kali rosak, dan macam dah kena tipu dengan tuan rumah bila sampai banyak sangat duit kiteorang habis.. akhirnya kami bertekad mahu cari rumah lain...

dan kemudian pindah lagi ke rumah semakin dekat dengan universiti.kalau dulu setengah jam lebih jalan kaki baru sampai u, tapi rumah baru 10 minit pun dah sampai u. rumah pun tingkat 1 je.cuma rumah sedikit kecil dan sewa sedikit mahal. tapi sebab dah tak ada pilihan lain dan kiteorang mesti pindah keluar jugak dari rumah lama dalam masa terdekat, so kiteorang pindah je la.

alhamdullillah, 
sepanjang duduk rumah ni, 
rumah tak banyak masalah, 
dekat dengan U ,
dekat dengan semua kemudahan,
tuan rumah pun superbaik hati 
jiran-jiran pun ramai orang sebangsa.
air dan elektrik sangat-sangat jarang ada masalah

tiba-tiba,
jumpa lagi rumah yang lebih murah,
lebih besar,
lebih dekat dengan U.
cuma rumah bukanlah baru sangat.
dan akhirnya kiteorang sepakat mahu berpindah lagi..
hai, dah macam orang nomad dah..haha
masuk ni dah kali 3 kami pindah.haha

dan hari esok, hari last kami di rumah lama. 
selamat tinggal rumah lama.
jasamu dikenang sepanjang hayat.

dan rumah baru,
please be good to us=))

view from our balcony.
hospital kiteorang pun boleh tengok dari sini..haha