Pages

RSS Feed

Thursday, January 12, 2012

esok jumaat=)

esok hari pertama cuti selepas beberapa bulan yang sudah yang hari persekolahanku yang 7 hari seminggu.. ! yeay~!
tapi 
cuti esok bermakna cuti untuk belajar kerana exam hanyalah sekitar penjuru..
itu lagi baik dari membuang masa kan?
time waits for no one, ok!

dan esok adalah hari jumaat
dan jumaat adalah penghulu segala hari


 it's jumaah, jumaah
got to make dhikir on jumaah
everybody's looking forward to His mercy, mercy~

walaupun lagu ni dah lama keluar, tapi still tak puas lagi dengar=)

selamat hari jumaat semua

semoga setiap saat yang kita lalui, di isi dengan sesuatu yang bermanfaat..


Wednesday, January 4, 2012

tahun baru

assalamualaikum..=)

hari ni sudah hari ke empat melangkah ke tahun baru. dan kurang 2 minggu lagi untuk ujian akhir pusingan (endround exam) dan 4 minggu lagi untuk cuti sempena musim sejuk selama 2 minggu..
ok,sebut tentang cuti, ramai lah yang dah merancang nak melancong..tak kurang jugak yang balik ke kampung halaman pun ramai..

bila mendengar ada yang mahu ke spain, terus rasa nak tutup telinga..haih,,,dan hati melompat-lompat nak pergi ke sana...dari tahun satu di sini, berangan mahu ke spain, kota andalusia.. nak lihat kota yang dulunya bersinar dengan Islam..dan akhirnya tahun lepas, merancang mahu ke sana. tapi, kita merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik..kami di uji dan kami redha dan itulah yang terbaik untuk kami.

cuti tahun ni? kalau ada siapa-siapa sudi nak belanja pergi mana-mana, on sahaja=))) diri sendiri dah tak ada duit untuk melancong jauh-jauh..so sad.. jadi tahun ni melancong dalam cairo sahajalah.. dan mungkin melancong di hospital sahaja..

yang penting exam dulu, lepas tu nak buat apa cuti pikir kemudianlah..mana tahu nanti ada sungguh orang yang nak belanja pergi spain :D

anyway,
selamat tahun baru=)))
semoga tahun ni lagi baik dari tahun lepas
semoga jam dan minit ini lagi baik dari jam dan minit yang lepas
dan semoga saat ni lagi baik dari saat lepas~