Pages

RSS Feed

Thursday, November 17, 2011

ok dah tu=))

"itah dapat 4a 1b"

oh,,,kusangkakan dia dapat 5a,tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat adikku...
tapi dia tetap cool..
siap boleh minta handphone baru lagi..haha

tau dia mampu..
kalau ikutkan dulu,
rasanya kalau setiap kali ujian,dapat 1a pun belum tentu..
dan dalam sekolah,dia bukan duduk dikelas paling depan..
dan pernah merah dibuku reportnya..

bukan dia tak pandai..
dia pandai.
cuma dulu mungkin kurang perhatian sedikit je..

dan bila ummi dan abah betul-betul beri perhatian..
setiap malam pasti duduk bersama dia buat kerja sekolah atau latihan
setiap hujung minggu hantar ke pusat tusyen..
yang pasti, bila dia berusaha
memang nampak peningkatan.
dari d ke c
dari c ke b
dan b ke a..

dan akhirnya mampu tersenyum dengan 4a1b
alhamdullillah..


setiap usaha,pasti ada ganjarannya..
dan Allah tak tengok natijah,tapi usaha..
tahniah my sis,
ok dh tu.
jangan nangis-nangis lagi ye..
cuba lagi nanti=))))

Saturday, November 12, 2011

exam dimusim raya

bila exam waktu cuti raya aidiladha,rasanya studi pun dah jadi studi versi raya..ape taknya, sepanjang cuti raya, rasanya 2-3 sebelum exam je baru sentuh buku..ye la exam-exam jugak,raya tetap raya.kan meraikan hari raya tu sunat=)))

dan akibat studi yang tak bersungguh-sungguh sangat,akhirnya exam kelmarin, sekadar ok sahaja.
alhamdullillah..dah cukup lega..sangat lega..
kalau ikutkan usaha untuk exam tu,rasanya belum tentu dapat jawab soalan 1 pun..
atas nikmat Allah bagi,dapat juga jawab exam..
syukur alhamdulillah

dan waktu exam,bila ada soalan pasal apa yang perlu buat kalau berada dalam emergency situation,
terus teringat bila hari-hari merajinkan diri ke hospital,berkelana di emergency(hawadis)..

rasanya situasi di emergency room tu lagi melekat dari muka surat buku yang menerangkan pasal soalan tu...dah memang tak bersungguh sangat baca buku...sebab tu tak keuar kat kepala waktu exam..haha

dan teringat
ada pesakit yang datang dengan tangan pegang kepala macam tak nak lepas,
dan yang datang konon-konon unconscious tapi kalau perhati betul-betul bola mata dia macam bergerak-gerak..
kata doktor,tu semua psychic patient..
dah kalau semua ujian yang dibuat resultnya normal..
nampak seperti buat-buat..
nampak menipu dari segi history yang diambil
psychic patient la tu

pengajaran dari pesakit tu,kalau tak sakit,jangan cari penyakit ya!

best jugak menempel kat hawadis ni...tapi,kalau bahasa arab bagus lagi best..
ni nak cakap pun tergagap-gagap..alahai~T_T

semoga jumpa internal medicine di tahun 6 insha-Allah=))
*********
dan
hari ni officially masuk round peadiatrics walaupun lecture peads dah lama start sebenarnya..
semoga round peads ni best jugak





tak sabar nak tengok kanak-kanak comel!