Pages

RSS Feed

Saturday, May 28, 2011

bila musim exam~


di kaherah-

kelihatan seseorang yang sangat sibuk...buku-buku dan nota-nota menghiasi meja dan katilnya...ada juga laptop yang menghiasi mejanya,sekadar untuk melepaskan tension menghadap buku-bukunya..penat duduk di meja,beralih di katil..rasa mengantuk dibuka laptopnya..dan bila tiba-tiba dia rasa rindu,headphone dicapai,dan no telefon rumahnya didail....dia rindu tapi bukan homesick..(boleh ke?)

"ummi tengah buat apa?"tanyanya

"tengah pasang langsir..seminggu lagi kang nak majlis"

"ohhhh....sungguh..seminggu je lagi"kataku

kemudian dia menelefon neneknya pula..

"bila balik malaysia?"tanya neneknya

"balik lewat,bln 8 bru balik..,ni tengah exam la mak(panggillan untuk neneknya)...hukhukhuk"jawabnya..

"tak boleh la nk join orang lain isi gula-gula nanti.." kata neneknya pula..

"ye,tak boleh la.."


baru dia sedar,ramainya orang terdekatnya nak buat majlis..
alahai,jeles la pulak tak dapat join..

********

orang di malaysia pasti sibuk,kan?
haih, orang kat cairo pun sibuk jugak...
mana tak sibuknya kalau bila nak exam baru nak cover semua..haih~
fatrah imtihan(musim exam) kali ni betul-betul menguji..
asyik teringat kampung aje..
(padahal nak balik lambat lagi)
dan bila time exam je,macam-macam la timbul dalam fikiran,
fikir itu,fikir ini..
haih..

"mujahadah tu pahit kerana syurga itu manis!"
(kata seorang sahabat)

mujahadah tu pahit,
kerana kita nak dapatkan sesuatu bukan senang..
sesuatu yang kita nak perlukan pengorbanan..
dan untuk buat pengorbanan bukan lah sesuatu yang boleh dibuat sambil pejam mata..

tapi sepatutnya bukan waktu exam sahaja kena bermujahadah,tapi sepanjang masa,
kita mujahadah untuk tak buat benda melalaikan bukan waktu exam sahaja,
kerana tujuan mujahadah adalah untuk Allah,
bukan untuk exam..
kerana kita bukanlah hamba imtihan,
tapi kita hamba Allah..
dan kita adalah hamba Allah sepanjang masa..

apa-apapun,
semoga semuanya di permudahkan-Nya,
di malaysia dan juga di cairo=)

***

berjuanglah kerana Allah




Saturday, May 14, 2011

senyum saja=)

teringat satu kisah yang terjadi beberapa minggu lalu.

waktu tu panas..rasanya destinasi tempat yang nak kena pergi tu tak ada la jauh sangat pun,tapi sebab hari yang sangat panas plus sudah lewat dan juga sangat letih,so aku dengan seorang lagi kawan ambil keputusan nak naik teksi sahaja..setakat 2-3genih je pun naik teksi..tak luak pun biasiswa..

tunggu punya tunggu akhirnya dapat lah teksi...pak cik teksi tu terima dengan baik sahaja..tanpa banyak soal..sepatutnya kami ambil teksi kat tempat lain,tapi sebab tempat tu teksi tak banyak sangat dan susah,so,kami ambil je kat depan rumah...cuma kena pusing la pulak lepas tu..takpe,tambah 1 genih je pun kot kalau tambah meter..


"ni bukan jalan yang sepatutnya"

tapi pak cik tu cakap,

"takpe,takpe,nanti kita pusing kat depan.."

tapi paham je la jalan kat mesir ni,mana ade u-turn sangat..nak balik jalan tadi balik nak kena lalu jalan lain..last-last pusing satu Mounira dan siap lalu depan rumah balik..haha..lawak je..

dalam keaadaan panas dan letih dan memang sudah lewat,ape lagi,kutuk la pakcik teksi ni sebab buat kan kami lambat,plus meter teksi dah naik sampai 10genih!(biasa 3-4genih je kot)..
(nasib baik dia tak faham bahasa melayu..haha..teruk betul)


sampai je tempat yang dituju,tiba-tiba pakcik tu cakap,bayar separuh je..dan dia mintak maaf kat kiteorang..salah dia yang bawak kami lalu jalan lain..

rasa terpukul sekejap..
ye la,sudah la kutuk pakcik dah sebelum ni,kan dah salah judge orang!
tak pasal-pasal dapat dosa free aje.
apa nak jadi la..
("cepat-cepat minta maaf!)

mungkin sebab dah set minda pasal orang arab,pakcik-pakcik teksi ni ialah suka tipu budak-budak malaysia.suka charge mahal-mahal,bawak lalu jalan jauh pastu mintak duit lebih,tak nafikan la memang ada saje yang macam tu...tapi bukan semua.

(pernah jugak terjadi kes yang pak cik tu dah la lalu jalan lain,lepas tu tinggalkan je kami tepi-tepi jalan sebab cakap dah betul jalan dia tapi kami tak jugak jumpa petanda tempat yang kami nak pergi tu langsung..akhirnya dia just berenti tepi jalan dan suruh kami keluar..)

tapi peristiwa ni betul-betul beri kesan..
lepas ni kena belajar husnuzhon lebih lagi la...

**********
exam final dah hampir..tapi still tak sedar-sedar jugak..

doakan kami disini kuat untuk bermujahadah..=)



-silalah menbaca walau dimana jua anda berada-

“The more that you read, the more things you will know.

The more that you learn, the more places you'll go.