Pages

RSS Feed

Saturday, August 21, 2010

baby aqil




my new little kazen demam kuning...bukan yellow fever..tapi hyperbilirubinemia..neonatal jaundice..
tinggi jugak la...tapi nasib baik la tak sampai kena tukar darah..

"jemur kat luar la"

"tak boleh..nurse marah"

"tak yah ikut sangat dia...jemur jer"

"xleh dh skrg ni..bahaya"cikgu bio yang jawab..(ye la kalo dulu boleh la..skrg ni dah lain..cahaya uv sekarang ni bahaya la..nurse larang mesti ade sebabnya kan?)

"dah jangan bagi mak dia makan sangat la mende-mende kuning..kunyit..xyah makan la..."(nada bergurau)

dan kakak aku dan aku hanya ketawa je la...klaka la...baby tu jadi kuning bukan sebab makan mende yang kuning la..

tapi kalo cara tradisional yang lain,macam air anggur hitam,buah 'kecut', mandi dengan daun kucai,minum susu kambing..no comment la..mungkin hanya petua orang lama..dan mungkin jugak lagi bagus dari cara moden(photo therapy)..who knows kan?kesan sampingan?wallahu'alam..tapi tak tau la secara saintifik macam mana dia boleh kurangkan bilirubin level dalam badan baby tu....tapi kalo boleh bantu dalam kurangkan bilirubin tu kira ok la..ye la,kalo bilirubin dia terlampau tinggi boleh menyebabkan sampai ke otak lagi bahaya..


cuma jangan la kita bergantung harap sangat dengan rawatan-rawatan tu sampaikan lupa yang beri nikmat sakit tu...jangan kita kata sebab tak makan ubat la sakit jadi makin buruk ni..sebab bukan ubat yang menyembuhkan tapi Allah..Allah yang berkuasa atas segala-galanya..kalau dah bagi semua rawatan,tradisional dan moden,tapi tak sihat-sihat jugak tu camne?sebab tu la kita kena ingat yang ape-ape pun bergantung lah dan berdoalah pada Allah..sebab doa la rawatan yang paling baik..


Monday, August 2, 2010

jangan mengeluh!

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Ayat Seribu Dinar
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

sibuk!

akhirnya berjaya mengonlinekan diri...
duduk kat rumah 'sibuk' la sangat...
byk nak di tulis,tapi.....sibuk!

adib junior tlh selamat lahir ke dunia..
abang long adib jgn nakal2 la lepas ni!
jangan mengamuk je kerja ok~
sila jaga adik anda baik-baik~

pak sedare aku pun selamat bertunang dengan pilhan dia~
bertunang baru ok!xdapat lesen lagi..
cop jer dulu..
xleh buat suka suki ok~
kakak sy hepi la tu...bakal maksedare tak muda dari dia...
disebabkan beza paksedara dengan kakak saya setahun saje,
maka dia agak risau kalo tiba-tiba maksedara muda dari dia..
kalo mak sedare muda nanti tak best la~
hahaaah


hohoho..post tak bermanfaat!~