Pages

RSS Feed

Thursday, June 23, 2011

alahai~!



kalau balik dari kenduri kahwin kat malaysia,pasti balik dengan senang hati..paling kurang pun,balik rumah pasti dengan perut kenyang kan? dapat cenderahati pulak tu..=)

tapi kalau kat sini(mesir)~balik kenduri kahwin alamatnya kena cari makanan lain la..lapar!
apa taknya kalau sepanjang majlis hanya dihidangkan setin/sekotak air sahaja~!
tiada nasi mahupun makanan ringan sekalipun...
***haih,tak reti bersyukur betul,ok la tu boleh gak hilangkan dahaga,kan?***


tapi tak apa la,orang jemput,kita kena pergi la kan....
bukan ke memenuhi undangan walimah orang tu wajib...~!


Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimatul ’ursy (resepsi pernikahan, pen), penuhilah.” (HR. Muslim)


tu cerita taun-taun lepas..*taun ni tak ada orang jemput pulak pergi majlis kahwin**

cerita makan tu tak kisah la,ok lagi la...

satu lagi budaya mereka,kalau kahwin pasang lagu kuat-kuat,dan menari-nari..

tak kisah pun sebenarnya,tapi

tapi bila ada majlis kahwin,dan majlis kahwin tu kat bawah rumah...ok,terasa rumah seperti disko..bergegar rumah dengan lagu-lagu yang tak-tau-tajuk-apa...dari lepas maghrib entah sampai pukul berapa la agaknya akan habis..
*senyap sekejap time azan isyak 5 minit,lepas tu sambung balik*
sampaikan rasa macam solat isyak kat disko..

diorang tak jemput pun sebenarnya,,
tak ape,
langsung tak kisah..*suka adala...hehe*

tapi,
tambah sikit kisah lagi bila dalam musim exam macam ni...

alahai,orang arab..

terima kasih la buat saya baca buku forensic mukasurat yang sama untuk satu masa yang lama...dan akhirnya,menyebabkan saya menulis lagi walaupun tau entry ni langsung tak bermanfaat...

terima kasih!syukran!arigatou!kamsahamida!

flower girl arab yg comel!

****

exam oral+practical ENT ahad ni..
dan lepas tu FORENSIC dan OPHTHAL pula menyusul..
doakan kami=)

Saturday, May 28, 2011

bila musim exam~


di kaherah-

kelihatan seseorang yang sangat sibuk...buku-buku dan nota-nota menghiasi meja dan katilnya...ada juga laptop yang menghiasi mejanya,sekadar untuk melepaskan tension menghadap buku-bukunya..penat duduk di meja,beralih di katil..rasa mengantuk dibuka laptopnya..dan bila tiba-tiba dia rasa rindu,headphone dicapai,dan no telefon rumahnya didail....dia rindu tapi bukan homesick..(boleh ke?)

"ummi tengah buat apa?"tanyanya

"tengah pasang langsir..seminggu lagi kang nak majlis"

"ohhhh....sungguh..seminggu je lagi"kataku

kemudian dia menelefon neneknya pula..

"bila balik malaysia?"tanya neneknya

"balik lewat,bln 8 bru balik..,ni tengah exam la mak(panggillan untuk neneknya)...hukhukhuk"jawabnya..

"tak boleh la nk join orang lain isi gula-gula nanti.." kata neneknya pula..

"ye,tak boleh la.."


baru dia sedar,ramainya orang terdekatnya nak buat majlis..
alahai,jeles la pulak tak dapat join..

********

orang di malaysia pasti sibuk,kan?
haih, orang kat cairo pun sibuk jugak...
mana tak sibuknya kalau bila nak exam baru nak cover semua..haih~
fatrah imtihan(musim exam) kali ni betul-betul menguji..
asyik teringat kampung aje..
(padahal nak balik lambat lagi)
dan bila time exam je,macam-macam la timbul dalam fikiran,
fikir itu,fikir ini..
haih..

"mujahadah tu pahit kerana syurga itu manis!"
(kata seorang sahabat)

mujahadah tu pahit,
kerana kita nak dapatkan sesuatu bukan senang..
sesuatu yang kita nak perlukan pengorbanan..
dan untuk buat pengorbanan bukan lah sesuatu yang boleh dibuat sambil pejam mata..

tapi sepatutnya bukan waktu exam sahaja kena bermujahadah,tapi sepanjang masa,
kita mujahadah untuk tak buat benda melalaikan bukan waktu exam sahaja,
kerana tujuan mujahadah adalah untuk Allah,
bukan untuk exam..
kerana kita bukanlah hamba imtihan,
tapi kita hamba Allah..
dan kita adalah hamba Allah sepanjang masa..

apa-apapun,
semoga semuanya di permudahkan-Nya,
di malaysia dan juga di cairo=)

***

berjuanglah kerana Allah




Saturday, May 14, 2011

senyum saja=)

teringat satu kisah yang terjadi beberapa minggu lalu.

waktu tu panas..rasanya destinasi tempat yang nak kena pergi tu tak ada la jauh sangat pun,tapi sebab hari yang sangat panas plus sudah lewat dan juga sangat letih,so aku dengan seorang lagi kawan ambil keputusan nak naik teksi sahaja..setakat 2-3genih je pun naik teksi..tak luak pun biasiswa..

tunggu punya tunggu akhirnya dapat lah teksi...pak cik teksi tu terima dengan baik sahaja..tanpa banyak soal..sepatutnya kami ambil teksi kat tempat lain,tapi sebab tempat tu teksi tak banyak sangat dan susah,so,kami ambil je kat depan rumah...cuma kena pusing la pulak lepas tu..takpe,tambah 1 genih je pun kot kalau tambah meter..


"ni bukan jalan yang sepatutnya"

tapi pak cik tu cakap,

"takpe,takpe,nanti kita pusing kat depan.."

tapi paham je la jalan kat mesir ni,mana ade u-turn sangat..nak balik jalan tadi balik nak kena lalu jalan lain..last-last pusing satu Mounira dan siap lalu depan rumah balik..haha..lawak je..

dalam keaadaan panas dan letih dan memang sudah lewat,ape lagi,kutuk la pakcik teksi ni sebab buat kan kami lambat,plus meter teksi dah naik sampai 10genih!(biasa 3-4genih je kot)..
(nasib baik dia tak faham bahasa melayu..haha..teruk betul)


sampai je tempat yang dituju,tiba-tiba pakcik tu cakap,bayar separuh je..dan dia mintak maaf kat kiteorang..salah dia yang bawak kami lalu jalan lain..

rasa terpukul sekejap..
ye la,sudah la kutuk pakcik dah sebelum ni,kan dah salah judge orang!
tak pasal-pasal dapat dosa free aje.
apa nak jadi la..
("cepat-cepat minta maaf!)

mungkin sebab dah set minda pasal orang arab,pakcik-pakcik teksi ni ialah suka tipu budak-budak malaysia.suka charge mahal-mahal,bawak lalu jalan jauh pastu mintak duit lebih,tak nafikan la memang ada saje yang macam tu...tapi bukan semua.

(pernah jugak terjadi kes yang pak cik tu dah la lalu jalan lain,lepas tu tinggalkan je kami tepi-tepi jalan sebab cakap dah betul jalan dia tapi kami tak jugak jumpa petanda tempat yang kami nak pergi tu langsung..akhirnya dia just berenti tepi jalan dan suruh kami keluar..)

tapi peristiwa ni betul-betul beri kesan..
lepas ni kena belajar husnuzhon lebih lagi la...

**********
exam final dah hampir..tapi still tak sedar-sedar jugak..

doakan kami disini kuat untuk bermujahadah..=)



-silalah menbaca walau dimana jua anda berada-

“The more that you read, the more things you will know.

The more that you learn, the more places you'll go.”



Friday, April 15, 2011

It's Jumuah!


selamat hari jumaat=)

Wednesday, April 13, 2011

the truth


sudah beberapa hari melangkah ke round forensic..
dan tak sampai 2 bulan lagi,akan habis dan kemudian final exam,dan kemudian,cuti..
dan balik malaysia?


sepanjang belajar forensic,
(macam la lama sangat dah belajar..haha)

1 perkataan untuk describe forensic..

menarik!

ye, forensic sangat menarik!

kata doctor,
forensik ni sangat penting..
tambah-tambah sekarang ni,
jenayah kat mana-mana je berlaku..
kes bunuh,kes kemalangan,kes rogol..
dan kalau la bidang forensic ni tak ada,
semakin senang penjenayah nak buat kerja..

contohnya la kan,
kalau la ada orang yang kena bunuh,lepas tu pembunuh tu buang je kat dalam sungai,atau bakar,atau buat konon2 jatuh bangunan,atau konon-konon kemalangan..
dan bila buat autopsy dan siasat,
orang tu mati bukan sebab jatuh bangunan,bukan sebab lemas,
tapi sebab lain..
kalau la bidang forensic ni tak ada,
senang la penjenayah nak tipu masyarakat...
berleluasa la penjahat kat dunia ni..

dan yang paling pasti
Allah itu Maha Adil..
buat la apa-apa pun nak tutup jenayah,pasti akan tahu jugak kebenaran dia..
dari sekecil-kecil jenayah,sampailah sebesar-besar jenayah..
takkan terlepas dari kebenaran
kebenaran pasti menang jugak..
walaupun mungkin dia terlepas dari hukuman kat dunia,
konfem-konfem takkan terlepas kat mahkamah Allah..
sesungguhnya Allah itu maha melihat..


"if all living humans only know how to tell lies,
then,only the dead will speak the truth!"

Wednesday, April 6, 2011

jadi doktor?

my sis bertanya..

kenapa nak jadi doctor?
dan aku jawab sekadar main-main..
'taktau,mungkin sebab dah ada dalam bidang ni.."

(menyesalkah aku?)

katanya,dia nak sangat jadi doctor sebab dia tengok sekarang ni ratio between doc and patient sangat jauh...doktor sikit tapi patient ramai..tak kira lagi dengan kerenah patients yang kadang-kadang boleh buat kita pening kepala nak melayan..
dan bila doctor dah ramai,ringan la sikit tugas doctor..tak la doctor mengadu nak tengok matahari pun tak sempat..

betul je apa yang dia katakan..

kerja doctor bukan la kerja keluar pagi,petang balik..tapi doctor,keluar pagi,petang esok baru boleh balik rumah kot..waktu tidur pun tak menentu..

belajar susah,kerja pun susah..
kena ingat arteries,nerves,muscles,physiology,diseases lagi,drugs,bacteria,parasit,virus, dan macam-macam lagi..
dan waktu kerja pun still kena belajar lagi..
kira proses pembelajaran yg tak akan habis la..
ye la,rasanya apa yang belajar masa first year belum tentu ingat satu persatu untuk gunakan waktu kerja kan?so,selalu kena revise balik..

dan doctor kerja dengan manusia..bukan robot..bukan mesin..silap sikit nyawa jadi taruhan...

dan macam-macam lagi la cabarannya..
ni la realiti kehidupan seorang doctor..
(bacalah novel denyut kasih medik nak tahu lagi kisah doktor)

menyesal ke aku?

honestly,aku sukakan bidang ni..suka tengok doktor buat kerja.suka kalau dapat tolong orang sakit..lepas tu patient tu ucap,syukran ya duktur..
(boleh mintak patients doakan untuk kita jugak.,orang sakit ni doanya insyaAllah,di makbulkan.)
cuma,kadang-kadang rasa takut dengan cabaran masa hadapan..mampu ke nak hadapi cabaran-cabarannya nanti..lebih-lebih lagi dengan masalah kekurangan clinical skills di sini berbanding dengan belajar kat malaysia...tambah-tambah dengan penyakit,banyak kat malaysia,tapi sikit je berlaku kat sini...so,tak belajar sangat la kat sini..contohnya denggi..(belajar x sampai satu mukasurat dalam buku mikrobiology,tapini penyakit yang agak femes la kat malaysia..so,kena ada usaha sendiri la..)
tapi,takkan aku nak mengalah kan?putus asa?jauh sekali..
ikhlaskan hati,kuatkan hati,dan most importantly,remember Allah is always by my side..yakin yang aku pasti akan dapat lakukannya nanti..

dan buat adek-adek yang teringin nak masuk bidang ni,

bukan nak kata
"susahnya jadi doctor,so, jangan masuk bidang ni.."

cuma

nak ingatkan bidang ni bukan bidang glemer dan jugak bukan bidang kumpul duit..rasanya jadi artis(nauzubillah) lagi glemer kot..haha
tak pun jadi engineer lagi kaya kot..

dan bukan bidang,bila dapat spm result yang yang power,
"oh,aku kena ambik medik ni..baru cam berbaloi je dengan result yang aku dapat ni.."
dan jugak,bukan bidang ni je bila habis belajar terus dapat kerja..
"aku nak ambil medik sebab nanti bila dah habis belajar,terus dapat kerja..tak payah-payah sibuk cari kerja dah"

sedangkan rezeki kat Allah yang beri..kalau kita ambil course yang kita rasa tak menjamin pekerjaan sekali pun,mana tahu nanti dah habis belajar terus dapat kerja..dapat apa yang kita nak..tak pun lepas abih belajar terus kawin ngan anak raja ke?(haha)

dan kalau betul-betul nak ambil bidang ni,pastikan

betul-betul minat..bila belajar medik rasa syokkkk sangat..
baru la bahagia hidup..

kalau betul-betul dah sedia hadapi kehidupan yang mencabar,
silakan la masuk..jangan segan-segan..
dan paling penting tanamkan niat,aku nak jadi doctor kerana Allah..

dan jugak,
jadi medical student and doktor ni insyaAllah best!
(jangan fikir kesusahan jadi doktor je,sampaikan kelazatan jadi doktor dilupakan..sedangkan banyak je kelebihan jadi doktor ni..semua kerja ada senang dan ada susahnya..)

******

fikir baik-baik adek-adek ya.
(rasanya semua dah isi borang kot,)
takpe la,
sekadar peringatan..

Sunday, April 3, 2011

bermusim

musim ni ada banyak..
bukan musim cuaca yang panas,luruh,bunga,sejuk je yang ada..
minat pun kadang-kadang ada musim dia..

teringat waktu duduk kat kampung masa kecik-kecik dulu...
petang-petang penduduk kampung (kanak-kanak je la) main permainan ikut musim kat kampung tu..
kalau bulan ni musim main layang-layang dan wau,memang semua budak-budak akan turun padang petang-petang nak main layang-layang dan wau..dan pastu akan bertanding la wau @layang-layang siapa paling cun,paling smart pastu dan sape punya lagi tinggi..
macam-macam!

pastu cerita kat tv pun ada musim jugak..
musim cerita cina tvb,musim cerita telenovela,cerita jepun,cerita korea,dan sekarang musim indon pulak...(tak paham la nape ada gak orang yang duk addicted sangat dengan cerita indon,dah la lama kot nak abis,pastu cerita tengah-tengah dia mengarut ntah ape-ape..)

oh,sekarang ni musim orang buat vlog,dan minat tengok vlog...(eh,bukan musim exam ke?)

macam matluthfi,inianwarhadi,aimanazlan,.

video diorang best..
dan yang pasti,lawak mereka sangat bermotif..
bukan lawak tak 'berapa cerdik' ,tapi lawak bijak..
apa yang mereka sampaikan,ada mesejnya..bukan sekadar suka-suka..
bukan semua orang ada kesedaran macam diorang..
bagi nasihat kat orang indirect way..
sedangkan ramai je yang tau amar ma'ruf,nahi mungkar tu wajib..
tapi berapa ramai yang buat?
(tak semesti dengan buat vlog la..)

last but not least,semoga mereka teruskan usaha mereka..
hilang jugak stress tengok video diorang ni..