Pages

RSS Feed

Thursday, January 12, 2012

esok jumaat=)

esok hari pertama cuti selepas beberapa bulan yang sudah yang hari persekolahanku yang 7 hari seminggu.. ! yeay~!
tapi 
cuti esok bermakna cuti untuk belajar kerana exam hanyalah sekitar penjuru..
itu lagi baik dari membuang masa kan?
time waits for no one, ok!

dan esok adalah hari jumaat
dan jumaat adalah penghulu segala hari


 it's jumaah, jumaah
got to make dhikir on jumaah
everybody's looking forward to His mercy, mercy~

walaupun lagu ni dah lama keluar, tapi still tak puas lagi dengar=)

selamat hari jumaat semua

semoga setiap saat yang kita lalui, di isi dengan sesuatu yang bermanfaat..


Wednesday, January 4, 2012

tahun baru

assalamualaikum..=)

hari ni sudah hari ke empat melangkah ke tahun baru. dan kurang 2 minggu lagi untuk ujian akhir pusingan (endround exam) dan 4 minggu lagi untuk cuti sempena musim sejuk selama 2 minggu..
ok,sebut tentang cuti, ramai lah yang dah merancang nak melancong..tak kurang jugak yang balik ke kampung halaman pun ramai..

bila mendengar ada yang mahu ke spain, terus rasa nak tutup telinga..haih,,,dan hati melompat-lompat nak pergi ke sana...dari tahun satu di sini, berangan mahu ke spain, kota andalusia.. nak lihat kota yang dulunya bersinar dengan Islam..dan akhirnya tahun lepas, merancang mahu ke sana. tapi, kita merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik..kami di uji dan kami redha dan itulah yang terbaik untuk kami.

cuti tahun ni? kalau ada siapa-siapa sudi nak belanja pergi mana-mana, on sahaja=))) diri sendiri dah tak ada duit untuk melancong jauh-jauh..so sad.. jadi tahun ni melancong dalam cairo sahajalah.. dan mungkin melancong di hospital sahaja..

yang penting exam dulu, lepas tu nak buat apa cuti pikir kemudianlah..mana tahu nanti ada sungguh orang yang nak belanja pergi spain :D

anyway,
selamat tahun baru=)))
semoga tahun ni lagi baik dari tahun lepas
semoga jam dan minit ini lagi baik dari jam dan minit yang lepas
dan semoga saat ni lagi baik dari saat lepas~






Thursday, December 22, 2011

awesome!

assalamualaikum=))

hari ni  asyik terasa nak tergelak saja..gelak dan senyum sampai ke telinga..sampaikan boleh gelak sorang-sorang waktu masak petang tadi bila teringat peristiwa hari ni..ni pun tengah gelak ni :D

pagi-pagi seperti biasalah seawal 7pagi sudah keluar ber-'jogging' ke kelas doktor pediatric kesayangan ramai..harapan dengan jogging tu boleh la sampai sebelum kelas bermula..atau mungkin sebelum doktor sampai....
tapi seperti biasa jugalah,,,harapan masih belum tercapai setakat ni..ok,yang ni kena usaha lebih sikit lagi..tambah-tambah musim sejuk..sungguh tidur itu sangatlah nikmat..T_T..

permandangan waktu pagi yang damai di u=)

untuk budak-budak tahun 5 perubatan cairo univ,,,kelas pagi tu sebenarnya optional sama ada mahu pergi atau tak..dan dah ada sebenarnya lecture dan tutorial yang dah boleh dikategorikan cukup la..tapi bila doktor yang mengajar waktu pagi tu sangatlah best,,, memang takkan tinggalkan walau sekali la..lebih ajaib,,, serius suka doktor tu ajar dalam kelas bahasa arab berbanding dengan bahasa inggeris walaupun ade je bila doktor buat lawak tapi tak paham..ok,gelak jugak sebenarnya time doktor buat lawak tu,tapi gelak sebab tak paham..haha..tapi seriously dr A.B sangatlah awesome~!!!

habis je kelas doktor A.B kira-kira pukul 8.30, jogging lagi ke hospital kanak-kanak abourish..ape tak ''jogging'nya kalau dah kelas practical skills start pukul 8.30..jogging la kami sampai semput... sampai-sampai pun doctor dah start dah...nasib baik jogging,kalau jalan lenggang kangkung doktor dah habis ajar baru sampai kot..=))


untuk tiga kali session dengan doctor MR yang sangat-sangat 'awesome'.memang tak kering gusi..ketawa saja...serious doktor sangat lawak sampaikan sekarang pun kalau teringat boleh gelak lagi..:D..banyak pengalaman doktor cerita kat kiteorang.. katanya,dia pernah buat CPR selama 2 jam dan selepas 2 jam tu la baru dia teringat dia terlupa nak suruh someone call ambulans..haha,,macam-macam..

akhir session,memandangkan last session bersamanya,,jadi tak lepaskan peluang ambil gambar bersama doktor tu..kata doktor,,,

"You are the awesomest ever :) 
If there is such a word =)
I really enjoyed teaching you and our sessions was so much fun 
Really nice to know you all"

waa,awesome la dr!





sambung lepas tu pulak dengan ward round ,
terhibur sekejap dengan kanak-kanak comel kat ward..
boleh pulak lupa bawak stethescope pergi kelas..hish,benda penting as a doctor kot..haha
papepun,thanks to si dia yang bagi pinjamkan stetsnya=))

lecture petang tu dengan doktor yang hebat..dr H
awalnya tak dapat tangkap sangat apa yang doctor H cakapkan sebab smpai doktor dah start mengajar and bahasa doktor yang sedikit susah untuk di fahami..lama-lama,dah boleh faham dan di fahamkan lagi pergi jumpa doktor face to face diakhir kelas..

 walaupun anak dia call dia 3 kali tunggu dia untuk baik rumah kot tapi dia tetap tabah jawab soalan kami..wah...terharu kot!


serious,doktor-doktor cairo u sungguh awesome lah~!!


 selain dapat belajar dengan doktor-doktor yang awesome,hari ini bertambah awesome bila akhirnya beli jugak buku Lissauer yang original punya..!
selepas seminggu lebih berperang dengan diri sendiri supaya tidak beli sebab dah ada yang cetak rompak...akhirnya beli juga...selagi tak beli selagi tu hati takkan aman..haha.
lepas ni kena kuat studi lagi la ya!



p/s : wah,,, ni kali ketiga menulis dalam minggu ni sahaja..pelik bin ajaib ni..biasanya bukan main susah kot nak menulis..




Tuesday, December 20, 2011

ikhlaskan hati=)

ada satu cerita,
ada seorang ulama.dia sangat dikenali dengan kesolehan dikampungnya. sangat-sangat dihormati sampaikan orang ramai hampir menyembahnya..nauzubilahiminzalik...sehinggalah satu hari,dia berbuat kesalahan sehingga dihina,dikutuk,dicaci dan akhirnya disisihkan dari orang ramai.semua orang ingat selama ni dia hanyalah berpura baik saje. dan,akhirnya dia mengalirkan air mata..bukan kerana disisihkan tapi airmata kegembiraan.gembira kerana segala perbuatan yang dia buat selepas tu hanyalah antara dia dan Allah. jika dia beribadat hanyalah untuk Allah tanpa pujian dan dihormati..cukuplah keredhaan Allah bersamanya..

ya Allah,terasa sungguh..
bila melakukan sesuatu mengharapkan pandangan orang.mengharap pujian. mengharap kehormatan.mengharap orang menghargai apa yang kita buat.mengharapkan terima kasih dari orang...lebih tepat tidak ikhlas dalam perbuatan..padahal,pandangan Allah itu lagi penting.apalah erti kalau kita buat sesuatu yang menggembirakan orang tetapi tidak mendapat redha Allah.nauzubillahiminzalik.

jom sama-sama muhasabah diri dan belajar untuk ikhlas.semoga kita sentiasa dalam redha Allah.


layan~

Friday, December 16, 2011

speak the truth


dalam satu drama,,

ada seorang pediatrician yang misdiagnosed seorang budak menyebabkan kaki budak tu kena potong. budak tu datang clinic sebab patah kaki lepas main bola..dan pediatrician pun buat la x-ray..but unfortunately the pediatrician missed a tumor in his leg..and when he came back a few months later, another doctor discovered the tumor.

and then,lepas bincang dengan pihak hospital,pihak hospital buat keputusan yang tak perlu beritahu patient yang pediatrician tu terlepas tengok x-ray sebab the tumor was so small at that time dan mungkin saje boleh terlepas pandang.

but as a doctor,mesti la doctor tu rasa bersalah sebab dah memang salah dia tak tengok betul-betul..so,dia decided nak take over the case..dia nak beritahu patient tentang dia yang terlepas pandang,tapi dia tak ada kekuatan dan tak tercakap..and dia sendiri dah pergi jumpa oncologist dan sanggup bayar untuk rawatan budak tu dan sanggup kerja lebih masa. dia cuba untuk tebus kesalahan dia..

cuma satu silap doktor tu,
dia takk cakap kesalahan dia awal-awal sehinggalah doctor yang jumpa tumor tu tetiba je sesuka hati beritahu mak bapak patient tentang kesalahan doktor tu.

apa lagi, mengamuk la mak bapak patient kat pediatrician tu bila tahu kisah sebenar..

dan dua-dua doktor pun berperang la jugak..

doktor yang jumpa tumor tu sebenarnya sendiri ada masalah yang mana dia takut untuk beritahu orang ramai yang ketua dia kurang pentingkan patient, contoh biarkan aje patient yang teruk mati tanpa berusaha untuk selamatkan. dia takut untuk beritahu kebenaran sebab ketuanya tu dipercayai ramai.dan kalau dia bersuara takkan ada orang akan percaya dan akan menjatuhkan karier dia sendiri..

dan bila adanya case ni,dia rasa dia bertanggungjawab beritahu mak bapak patient tu bila dia tahu patient tu masih tak tahu yang pediatrician tu tersalah diagnose.

dia berani beritahu kebenaran yang melibatkan orang lain tapi kebenaran melibatkan dirinya sendiri dia biarkan macam tu sahaja.

dan finally, ada seorang lagi doktor tegur dia,

"the truth is a lot easier to tell when it's not your own career on the line"

dan dia pun tersedar yang dia pun sama sahaja dengan pediatrician tu..

bukan senang kan kalau nak cakap sesuatu yang benar kalau ianya boleh buat sesuatu yang buruk kat diri kita..kita akan jadi takut kalau masa depan kita yang jadi taruhan..
tapi kalau kebenaran tu langsung tak melibatkan kita,,senang saje nak keluar..
betul la tu..
itu fitrah..
tapi kita kena ingat
kita ada Allah..
dan apa yang berlaku masa hadapan memang dah ditetapkan dan pasti yang terbaik untuk kita..
so,speak the truth even if your voice shakes=))


Thursday, November 17, 2011

ok dah tu=))

"itah dapat 4a 1b"

oh,,,kusangkakan dia dapat 5a,tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat adikku...
tapi dia tetap cool..
siap boleh minta handphone baru lagi..haha

tau dia mampu..
kalau ikutkan dulu,
rasanya kalau setiap kali ujian,dapat 1a pun belum tentu..
dan dalam sekolah,dia bukan duduk dikelas paling depan..
dan pernah merah dibuku reportnya..

bukan dia tak pandai..
dia pandai.
cuma dulu mungkin kurang perhatian sedikit je..

dan bila ummi dan abah betul-betul beri perhatian..
setiap malam pasti duduk bersama dia buat kerja sekolah atau latihan
setiap hujung minggu hantar ke pusat tusyen..
yang pasti, bila dia berusaha
memang nampak peningkatan.
dari d ke c
dari c ke b
dan b ke a..

dan akhirnya mampu tersenyum dengan 4a1b
alhamdullillah..


setiap usaha,pasti ada ganjarannya..
dan Allah tak tengok natijah,tapi usaha..
tahniah my sis,
ok dh tu.
jangan nangis-nangis lagi ye..
cuba lagi nanti=))))

Saturday, November 12, 2011

exam dimusim raya

bila exam waktu cuti raya aidiladha,rasanya studi pun dah jadi studi versi raya..ape taknya, sepanjang cuti raya, rasanya 2-3 sebelum exam je baru sentuh buku..ye la exam-exam jugak,raya tetap raya.kan meraikan hari raya tu sunat=)))

dan akibat studi yang tak bersungguh-sungguh sangat,akhirnya exam kelmarin, sekadar ok sahaja.
alhamdullillah..dah cukup lega..sangat lega..
kalau ikutkan usaha untuk exam tu,rasanya belum tentu dapat jawab soalan 1 pun..
atas nikmat Allah bagi,dapat juga jawab exam..
syukur alhamdulillah

dan waktu exam,bila ada soalan pasal apa yang perlu buat kalau berada dalam emergency situation,
terus teringat bila hari-hari merajinkan diri ke hospital,berkelana di emergency(hawadis)..

rasanya situasi di emergency room tu lagi melekat dari muka surat buku yang menerangkan pasal soalan tu...dah memang tak bersungguh sangat baca buku...sebab tu tak keuar kat kepala waktu exam..haha

dan teringat
ada pesakit yang datang dengan tangan pegang kepala macam tak nak lepas,
dan yang datang konon-konon unconscious tapi kalau perhati betul-betul bola mata dia macam bergerak-gerak..
kata doktor,tu semua psychic patient..
dah kalau semua ujian yang dibuat resultnya normal..
nampak seperti buat-buat..
nampak menipu dari segi history yang diambil
psychic patient la tu

pengajaran dari pesakit tu,kalau tak sakit,jangan cari penyakit ya!

best jugak menempel kat hawadis ni...tapi,kalau bahasa arab bagus lagi best..
ni nak cakap pun tergagap-gagap..alahai~T_T

semoga jumpa internal medicine di tahun 6 insha-Allah=))
*********
dan
hari ni officially masuk round peadiatrics walaupun lecture peads dah lama start sebenarnya..
semoga round peads ni best jugak





tak sabar nak tengok kanak-kanak comel!