Pages

RSS Feed

Thursday, November 17, 2011

ok dah tu=))

"itah dapat 4a 1b"

oh,,,kusangkakan dia dapat 5a,tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat adikku...
tapi dia tetap cool..
siap boleh minta handphone baru lagi..haha

tau dia mampu..
kalau ikutkan dulu,
rasanya kalau setiap kali ujian,dapat 1a pun belum tentu..
dan dalam sekolah,dia bukan duduk dikelas paling depan..
dan pernah merah dibuku reportnya..

bukan dia tak pandai..
dia pandai.
cuma dulu mungkin kurang perhatian sedikit je..

dan bila ummi dan abah betul-betul beri perhatian..
setiap malam pasti duduk bersama dia buat kerja sekolah atau latihan
setiap hujung minggu hantar ke pusat tusyen..
yang pasti, bila dia berusaha
memang nampak peningkatan.
dari d ke c
dari c ke b
dan b ke a..

dan akhirnya mampu tersenyum dengan 4a1b
alhamdullillah..


setiap usaha,pasti ada ganjarannya..
dan Allah tak tengok natijah,tapi usaha..
tahniah my sis,
ok dh tu.
jangan nangis-nangis lagi ye..
cuba lagi nanti=))))

Saturday, November 12, 2011

exam dimusim raya

bila exam waktu cuti raya aidiladha,rasanya studi pun dah jadi studi versi raya..ape taknya, sepanjang cuti raya, rasanya 2-3 sebelum exam je baru sentuh buku..ye la exam-exam jugak,raya tetap raya.kan meraikan hari raya tu sunat=)))

dan akibat studi yang tak bersungguh-sungguh sangat,akhirnya exam kelmarin, sekadar ok sahaja.
alhamdullillah..dah cukup lega..sangat lega..
kalau ikutkan usaha untuk exam tu,rasanya belum tentu dapat jawab soalan 1 pun..
atas nikmat Allah bagi,dapat juga jawab exam..
syukur alhamdulillah

dan waktu exam,bila ada soalan pasal apa yang perlu buat kalau berada dalam emergency situation,
terus teringat bila hari-hari merajinkan diri ke hospital,berkelana di emergency(hawadis)..

rasanya situasi di emergency room tu lagi melekat dari muka surat buku yang menerangkan pasal soalan tu...dah memang tak bersungguh sangat baca buku...sebab tu tak keuar kat kepala waktu exam..haha

dan teringat
ada pesakit yang datang dengan tangan pegang kepala macam tak nak lepas,
dan yang datang konon-konon unconscious tapi kalau perhati betul-betul bola mata dia macam bergerak-gerak..
kata doktor,tu semua psychic patient..
dah kalau semua ujian yang dibuat resultnya normal..
nampak seperti buat-buat..
nampak menipu dari segi history yang diambil
psychic patient la tu

pengajaran dari pesakit tu,kalau tak sakit,jangan cari penyakit ya!

best jugak menempel kat hawadis ni...tapi,kalau bahasa arab bagus lagi best..
ni nak cakap pun tergagap-gagap..alahai~T_T

semoga jumpa internal medicine di tahun 6 insha-Allah=))
*********
dan
hari ni officially masuk round peadiatrics walaupun lecture peads dah lama start sebenarnya..
semoga round peads ni best jugak





tak sabar nak tengok kanak-kanak comel!

Friday, October 28, 2011

doktor-doktor yang baik!

suatu waktu cuti musim panas 2011

seperti biasa,hari khamis pasti ade grand round dari doktor pakar dari satu katil ke satu katil.dan pasti ada seorang doktor yang akan membentangkan setiap kes yang ada pada doktor pakar. dan pada hari itu,giliran seorang doktor A.

seperti biasa, pagi tu,sebelum grand round,aku dan seorang kawan menghampiri doktor tu.dia sangat sibuk.sebenarnya,kami kalau boleh nak mintak dia terangkan kes pesakit-pesakit sebab nampak banyak kes baru.ye la.waktu tu belum masuk round internal medicine lagi..baru habis tahun empat..dan apa la sangat yang aku tau pasal internal medine biarpun hakikatnya,penyakit-penyakit yang ada kat situ dah pun belajar sedikit sebanyak dalam patho dan physio.tapi masalah tak ulang balik buat aku lupa.haih~

dan kalau boleh nak mintak dia ajarkan examination skills dan nak tengok segala signs yang ada pada pesakit.

tapi,doktor sangat sibuk..terasa macam diri ni mengganggu doktor itu..

dan tiba-tiba...

"i'm sorry,after finishing all these,i'll teach you both..=))"

terkejut kami dengan kata-kata maafnya..


sepatutnya kami yang mintak maaf sebab ganggu kerja doktor tu.ni terbalik la pulak.
alahai,terharunya dengan doktor ni..

dan bila ada specialist datang,dan mereka buat disscussion dengan sesama mereka
dan bila terasa segan untuk masuk.
dipangginya masuk bilik aircond tu..walaupun kami taktau banyak,diajarnya kami..
dan bila azan,kami solat bersama-sama dengan semua doktor dengan diimamkan oleh specialist sendiri..
doktor-doktor disitu dengan baik hati jugak bagi kami pinjam stethoscope sebab kami belum ada stethoscope lagi.


terima kasih doktor..
terima kasih.
banyak yang kami belajar.

mahu jadi macam doktor yang baik dengan semua orang..
dengan pesakit,nurse,doctor lain,dengan medical student yang suka "menyepe"ni,
dan cool aje bila kena marah dengan specialist walaupun bukan salah dia tau bukan salah siapa-siapa pun sebenarnya....

semoga diri ini juga dapat jadi seorang doktor yang sabar dan redha dan baik hati tak kira waktu HO,MO atau specialist sekali pun i.Allah..ameen


thanks a lot doctors!

jom jadi doktor yang baik!

********
endround clinical exam hari khamis(3/11) ni....
semoga dipermudahkan-Nya=)

Sunday, October 2, 2011

tahun ke-lima

"akak tahun brape?"

"akak tahun lima..^^"

"oh,,,bestnya akak..dah nak abis dah"

"..hmm..2 stgh tahun lagi la...nanti korang pun nak habis jugak..^^"

dan bila junior cakap macam tu alahai terasa macam diri ni bukanlah muda lagi...
*tapi tak tua lagi ye..>.<*

dan macam mimpi dah masuk tahun kelima di sini..sudah melepasi separuh jalan di sini..

dah banyak ilmu yang dikutip kat sini...sama ada sedar atau tak sedar.
ilmu dunia dan ilmu akhirat..

makin lama,,pasti makin sibuk yang pastinya..

hari pertama pun sudah terasa bahang tahun lima yang pasti berganda sibuk berbanding tahun empat...

apa taknya,lama jugak otak ni berehat..
tiba-tiba hari ni otak terkena kejutan untuk fokus berjam-jam dikelas...
mula la mengantuklah,berkhayal..hilang fokus..
sedangkan tidur dah sama banyak dengan baby tido..haih...teruk betul kan?

jadi mulai hari ni,

sila lah bangun dari tidur..
dan bersedia untuk hadapi tahun 5...

5th year..
internal medicine
paediatrics
surgery
obstetric and gynecology

May Allah ease..








Thursday, June 23, 2011

alahai~!



kalau balik dari kenduri kahwin kat malaysia,pasti balik dengan senang hati..paling kurang pun,balik rumah pasti dengan perut kenyang kan? dapat cenderahati pulak tu..=)

tapi kalau kat sini(mesir)~balik kenduri kahwin alamatnya kena cari makanan lain la..lapar!
apa taknya kalau sepanjang majlis hanya dihidangkan setin/sekotak air sahaja~!
tiada nasi mahupun makanan ringan sekalipun...
***haih,tak reti bersyukur betul,ok la tu boleh gak hilangkan dahaga,kan?***


tapi tak apa la,orang jemput,kita kena pergi la kan....
bukan ke memenuhi undangan walimah orang tu wajib...~!


Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimatul ’ursy (resepsi pernikahan, pen), penuhilah.” (HR. Muslim)


tu cerita taun-taun lepas..*taun ni tak ada orang jemput pulak pergi majlis kahwin**

cerita makan tu tak kisah la,ok lagi la...

satu lagi budaya mereka,kalau kahwin pasang lagu kuat-kuat,dan menari-nari..

tak kisah pun sebenarnya,tapi

tapi bila ada majlis kahwin,dan majlis kahwin tu kat bawah rumah...ok,terasa rumah seperti disko..bergegar rumah dengan lagu-lagu yang tak-tau-tajuk-apa...dari lepas maghrib entah sampai pukul berapa la agaknya akan habis..
*senyap sekejap time azan isyak 5 minit,lepas tu sambung balik*
sampaikan rasa macam solat isyak kat disko..

diorang tak jemput pun sebenarnya,,
tak ape,
langsung tak kisah..*suka adala...hehe*

tapi,
tambah sikit kisah lagi bila dalam musim exam macam ni...

alahai,orang arab..

terima kasih la buat saya baca buku forensic mukasurat yang sama untuk satu masa yang lama...dan akhirnya,menyebabkan saya menulis lagi walaupun tau entry ni langsung tak bermanfaat...

terima kasih!syukran!arigatou!kamsahamida!

flower girl arab yg comel!

****

exam oral+practical ENT ahad ni..
dan lepas tu FORENSIC dan OPHTHAL pula menyusul..
doakan kami=)

Saturday, May 28, 2011

bila musim exam~


di kaherah-

kelihatan seseorang yang sangat sibuk...buku-buku dan nota-nota menghiasi meja dan katilnya...ada juga laptop yang menghiasi mejanya,sekadar untuk melepaskan tension menghadap buku-bukunya..penat duduk di meja,beralih di katil..rasa mengantuk dibuka laptopnya..dan bila tiba-tiba dia rasa rindu,headphone dicapai,dan no telefon rumahnya didail....dia rindu tapi bukan homesick..(boleh ke?)

"ummi tengah buat apa?"tanyanya

"tengah pasang langsir..seminggu lagi kang nak majlis"

"ohhhh....sungguh..seminggu je lagi"kataku

kemudian dia menelefon neneknya pula..

"bila balik malaysia?"tanya neneknya

"balik lewat,bln 8 bru balik..,ni tengah exam la mak(panggillan untuk neneknya)...hukhukhuk"jawabnya..

"tak boleh la nk join orang lain isi gula-gula nanti.." kata neneknya pula..

"ye,tak boleh la.."


baru dia sedar,ramainya orang terdekatnya nak buat majlis..
alahai,jeles la pulak tak dapat join..

********

orang di malaysia pasti sibuk,kan?
haih, orang kat cairo pun sibuk jugak...
mana tak sibuknya kalau bila nak exam baru nak cover semua..haih~
fatrah imtihan(musim exam) kali ni betul-betul menguji..
asyik teringat kampung aje..
(padahal nak balik lambat lagi)
dan bila time exam je,macam-macam la timbul dalam fikiran,
fikir itu,fikir ini..
haih..

"mujahadah tu pahit kerana syurga itu manis!"
(kata seorang sahabat)

mujahadah tu pahit,
kerana kita nak dapatkan sesuatu bukan senang..
sesuatu yang kita nak perlukan pengorbanan..
dan untuk buat pengorbanan bukan lah sesuatu yang boleh dibuat sambil pejam mata..

tapi sepatutnya bukan waktu exam sahaja kena bermujahadah,tapi sepanjang masa,
kita mujahadah untuk tak buat benda melalaikan bukan waktu exam sahaja,
kerana tujuan mujahadah adalah untuk Allah,
bukan untuk exam..
kerana kita bukanlah hamba imtihan,
tapi kita hamba Allah..
dan kita adalah hamba Allah sepanjang masa..

apa-apapun,
semoga semuanya di permudahkan-Nya,
di malaysia dan juga di cairo=)

***

berjuanglah kerana Allah




Saturday, May 14, 2011

senyum saja=)

teringat satu kisah yang terjadi beberapa minggu lalu.

waktu tu panas..rasanya destinasi tempat yang nak kena pergi tu tak ada la jauh sangat pun,tapi sebab hari yang sangat panas plus sudah lewat dan juga sangat letih,so aku dengan seorang lagi kawan ambil keputusan nak naik teksi sahaja..setakat 2-3genih je pun naik teksi..tak luak pun biasiswa..

tunggu punya tunggu akhirnya dapat lah teksi...pak cik teksi tu terima dengan baik sahaja..tanpa banyak soal..sepatutnya kami ambil teksi kat tempat lain,tapi sebab tempat tu teksi tak banyak sangat dan susah,so,kami ambil je kat depan rumah...cuma kena pusing la pulak lepas tu..takpe,tambah 1 genih je pun kot kalau tambah meter..


"ni bukan jalan yang sepatutnya"

tapi pak cik tu cakap,

"takpe,takpe,nanti kita pusing kat depan.."

tapi paham je la jalan kat mesir ni,mana ade u-turn sangat..nak balik jalan tadi balik nak kena lalu jalan lain..last-last pusing satu Mounira dan siap lalu depan rumah balik..haha..lawak je..

dalam keaadaan panas dan letih dan memang sudah lewat,ape lagi,kutuk la pakcik teksi ni sebab buat kan kami lambat,plus meter teksi dah naik sampai 10genih!(biasa 3-4genih je kot)..
(nasib baik dia tak faham bahasa melayu..haha..teruk betul)


sampai je tempat yang dituju,tiba-tiba pakcik tu cakap,bayar separuh je..dan dia mintak maaf kat kiteorang..salah dia yang bawak kami lalu jalan lain..

rasa terpukul sekejap..
ye la,sudah la kutuk pakcik dah sebelum ni,kan dah salah judge orang!
tak pasal-pasal dapat dosa free aje.
apa nak jadi la..
("cepat-cepat minta maaf!)

mungkin sebab dah set minda pasal orang arab,pakcik-pakcik teksi ni ialah suka tipu budak-budak malaysia.suka charge mahal-mahal,bawak lalu jalan jauh pastu mintak duit lebih,tak nafikan la memang ada saje yang macam tu...tapi bukan semua.

(pernah jugak terjadi kes yang pak cik tu dah la lalu jalan lain,lepas tu tinggalkan je kami tepi-tepi jalan sebab cakap dah betul jalan dia tapi kami tak jugak jumpa petanda tempat yang kami nak pergi tu langsung..akhirnya dia just berenti tepi jalan dan suruh kami keluar..)

tapi peristiwa ni betul-betul beri kesan..
lepas ni kena belajar husnuzhon lebih lagi la...

**********
exam final dah hampir..tapi still tak sedar-sedar jugak..

doakan kami disini kuat untuk bermujahadah..=)



-silalah menbaca walau dimana jua anda berada-

“The more that you read, the more things you will know.

The more that you learn, the more places you'll go.