Pages

RSS Feed

Monday, August 2, 2010

jangan mengeluh!

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Ayat Seribu Dinar
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

sibuk!

akhirnya berjaya mengonlinekan diri...
duduk kat rumah 'sibuk' la sangat...
byk nak di tulis,tapi.....sibuk!

adib junior tlh selamat lahir ke dunia..
abang long adib jgn nakal2 la lepas ni!
jangan mengamuk je kerja ok~
sila jaga adik anda baik-baik~

pak sedare aku pun selamat bertunang dengan pilhan dia~
bertunang baru ok!xdapat lesen lagi..
cop jer dulu..
xleh buat suka suki ok~
kakak sy hepi la tu...bakal maksedare tak muda dari dia...
disebabkan beza paksedara dengan kakak saya setahun saje,
maka dia agak risau kalo tiba-tiba maksedara muda dari dia..
kalo mak sedare muda nanti tak best la~
hahaaah


hohoho..post tak bermanfaat!~

Thursday, July 22, 2010

sedarlah!


aku dan syahidah duduk di hadapan lelaki berkot putih....sungguh tak tahu apakah eksperesi muka yang patut kami buat..gementar berhadapan dengan orang hebat...

suasana senyap menyelubungi kami...

"saya tanya awak,ape blood supply bagi uterus?"

ah sudah..dia tanya pulak dah..

"uterine artery?"

"datang dari mana? "

"internal iliac artery..blablabla"saya mengarut....

then

-senyap-pandang muka syidah..masing-masing blurrrr...

sudah lama tinggalkan tahun 2..langsung tak ingat..lebih-lebih lagi anat tajuk female genital system ni..

sebab ape?

sebab tajuk tu tak di highlightkan oleh doktor head department...
tajuk tak penting...
tajuk tak masuk exam..
and tajuk tu diajar dalam masa yang sangat singkat dan diajar dengan sangat laju...

frankly speaking,tak ambik serius pun tajuk tu..

dan dah berbulan tinggalkan buku..cuti langsung tak sentuh buku,macam ni la jadi nya...


"macam mana nak jadi doktor ni..baru beberapa bulan tinggal dah tak ingat?saya ni dah 30tahun tinggal still ingat lagi...."sambil geleng-gelengkan kepala

-sengih-salah sendiri-sendiri mau ingat lah...


seminggu bertapa di ward O&G


******************************************
itu cerita attachment tahun lepas..
dan tahun ni?

hasrat hati mahu lagi buat attachment..
biar la kena marah
biar la kena sindir
biar la ape mahu jadi...

sebab aku tau aku patut di marah...belajar dari kesilapan lalu..
ilmu mesti diasah selalu...
aku sedar itu...
tapi aku...
start dari cuti ni boleh bilang dengan jari berapa kali sangat aku pegang buku..teruk betul!
sangat susah untuk sentuh buku bila dalam mood cuti...
sudah berkarat ke ilmu tahun tiga?
kenapa masih tak ambil pengajaran dari tahun lepas?

Monday, July 19, 2010

oh result...

tahun 1

aku di malaysia menanti dengan debar...
orang lain jugak yang tolong tengokkan untuk aku...
sebab ade problem ape ntah,fail result tak dapat hantar kat aku...
dan akhirnya dia cakap aku dapat berapa2..

tahun 2

masih di mesir..
syahidah kejutkan aku tengah tido..dalam keadaan mamai yang teramat dengar syidah jerit..

"weh,result kuar!kita sume lulus..boleh blik msia!"

bukan aku jugak yang tengok sendiri dulu...

tahun 3

Ruby call aku dari Mekah, bagi tau result dah keluar...tanya pasal result dia...sebab yana (gtg)dan nabilah (gtg) yg pegi sama dgn dia da tau...
"result kuar dah!"
tapi waktu tu dalam train yang teramat "comel" dari mansurah ke cairo.
dan..
jantung rasa cam nak lompat kuar je...
tangan dah tremor tahap ape dah..
"nak telefon ke tak?"
"jangan!takut!nak tengok sendiri"
dan phone di dail jugak akhirnya...
dan mesej dari alia di malaysia smpaikan result kami jugak sampai..
result aku di sampaikan oleh orang jugak akhirnya....
(lawak je orang bukan kat mesir tau dulu result..haha)
dan kami jadi orang terbising-tergelisah dalam train tu...
sampaikan semua orang arab tengok pelik..haha

*************

alhamdullillah...syukur atas nikmat-Mu ya Allah...
segala puji hanya untukMu ya Allah..
alfu syukran kepada yang mendoakan...

congratz kepada yang berjaya....
dan yang dur,jgn putus asa,insyaAllah...korang boleh!kami akan sentiasa doakan kalian.....
kita jumpa semua di tahun 4...

*********
Malaysia,tunggu kami!

Cairo-Doha-K.Lumpur-K.Terengganu...

Monday, July 12, 2010

miracle!


tak sangka!
rasa macam mimpi!
susah nak percaya!

keciknya dunia...walaupun saaaangat lama lost contact...
walaupun laut memisahkan(jiwang pelik ayat..hohoho)
tapi kalau Allah dah tentukan kami jumpa balik...
memang akan jumpa balik..
tak kira la macam mana..kat facebook pun kira jumpa balik la kan?
dan ini bukan kebetulan,ini dah suratan...

zaman dulu,

mana ade ym,skype,email..
mana ade fesbuk,friendster,myspace
handphone pun takde
tak pandai lagi nak tukar-tukar no telefon rumah...
jadi,bila pindah rumah ke,pindah sekolah ke memang akan terus lost contact la...
especially kalo pindah jauh..

tak macam budak sekarang...
darjah satu dah ada handphone,dah ada facebook...
jadi kebarangkalian untuk lost contact dengan kawan-kawan diorang sangat rendah berbanding zaman dulu

berbelas-belas tahun lost contact,tiba-tiba jumpa balik...sape tak hepi?
she's the only tadika's friend that i still remember...
and mybe she's the only tadika's friend i have~
tak sangka dia masih ingat aku jugak...
segala pujian dan syukur aku panjatkan pada-Mu ya Allah...

Wednesday, July 7, 2010

derak!

kelmarin pegi derak lagi~derak?bagi yang tak tau derak tu ape,derak tu ialah sejenis makanan tradisional terengganu yang sangat best hingga menjilat jari..(aku tipu)

sebenarnya tak pernah pun terfikir nak pergi ke dumyat....dumyat tu kat mane,ade ape pun tak tau..huhu..tapi bila ade orang ajak pergi ke dumyat,ape lagi,pegi je la..duduk rumah pun bukan buat ape...at least boleh la jalan-jalan sambil menikmati permandangan mesir~(lebih-lebih lagi bila nak singgah kebun buah..lagi la melonjak keriangan hantu-hantu buah)

so,6 july 2010,aku dan 3 org lagi ahli beit ikut la lawatan KPT(kelab pelajar terengganu-betul ke?saya lupa..huhu)


kami bertolak dari hayyu asyir kira2 7lbih..lebih sejam dari plan..plan pukul 6.30pagi,tapi terlewat..tp cuba cakap pulak pukul nk pegi pukul 7.30,konfem-konfem pukul 8lbih baru bertolak kan?





destinasi pertama kami ialah makam imam sya'rawi..imam sheikh as Sha'rawi ni seorang sheikh yang terkenal di mesir..lahir pada tahun 1911 dan meninggal pada tahun 1998..memperoleh ijazah dalam bahasa arab di al Azhar univ,dan seterusnye dalam univ yang sama..beliau pernah jugak mengajar di king Aziz univ,saudi arabia..apa yang paling dikagumi,beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia,dengan beraninya,beliau menasihat presiden hosni mubarak secara terbuka supaya berpegang pada jalan Allah...






wasiat terakhir~

then,kami singgah ke masjid yang adanya makam sayyid muhammad ibnu abu bakr..menurut cerita ust,masa orang kampung nak bina masjid tu,diorang gali la lubang..lepas tu jumpa batu yang tertulis muhammad ibnu abu bakr..tapi ust tu tak cerita mendalam sangat sebab dia just jadi bidan terjun jer..so, cerita pasal beliau boleh bace kat sini




destinasi kami ketiga~kebun buah apricot..waa,bestnye tengok buah-buah ni...mula-mula pakcik ni cakap,"ambik gambar je...xleh pegang..."

tapi kami pegang jer..hehehe...dan paling best,dapat apricot free...aku tak dapat..tak ambik pulak..atas coaster bru tau yang pakcik tu bagi free..ruginya..






pastu,jumpa pulak kebun anggur...turun sekejap..tapi takde tuan pulak dah..so,tak dapat masuk la kebun tu..just ambik kat tepi-tepi jer..baru je ambik sekeping dua,dah nak kena pergi...pakcik coaster janji,kalau jumpa lagi kebun anggur dia dia berenti...

dan akhir nye jumpa jugak kebun anggur lagi..tapi kebun anggur hijau je la..anggur ungu tak nampak pun..takpe la,anggur jugak kan?

so,bermula la lagi proses pemukulan gambar secara beramai-ramai di kebun anggur...



kono-konon nk wat candid,~



kemudian singgah pulak ke satu masjid untuk berehat-rehat sambil buka bekal untuk makan tghari..malangnya,makanan kami dah pun habis awal pagi..ingatkan ade la kedai-kedai ke kat tepi..ingatkan nak beli jer...so,kami makan je la bekal kami awal pagi sebab terlalu lapar pagi tu..nak wat cam ne,perut ni dah dimanjakan dengan makanan berat waktu pagi~hohoho..




kat luar masjid tu ade makam sahabat nabi..sayyid abdullah ibnu salam..beliau ni sahabat nabi..pernah meriwayatkan hadis dari rasullullah...betapa hebatnya beliau,dari madinah sehingga sampai ke ceruk kampung mesir pun boleh pergi berdakwah..rasa kagum dengan sahabat nabi ini..kalau kita sayang nabi,kena la jugak sayang sahabat nabi..


"Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan."


destinasi terakhir kami,ra'sulbar,dumyat@damietta..

tempat ni, ni sebenarnya tempat pertemuan antara laut dengan sungai nil..orang panggil muara ke?

biasanya kalau air sirap campur air oren mesti jadi air siren kan?tapi kat sini air sungai yang tawar langsung tak bercampur dengan air laut yang masin..subhanallah...itu la ciptaan Allahyang maha Agung...

kata kak aisyah,kalau dulu-dulu,boleh nampak sempadan antara air laut dan sungai,tapi sekarang cam x nampak sangat dah..cuma boleh la tengok kat sebelah sini air bergelora+ombak,tapi kat sebelah sana pulak air sangat tenang...tapi air sungai dan laut tu tak bercampur...kuasa Allah..

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

19.He has let loosed the two seas (the salt water and the sweet) meeting together.

20. Between them is a barrier which none of them can transgress.

Ar -Rahman:(19-20)



sedikit sebanyak gambar-gambar yang di captured oleh 'dslr' kami...hohohoho(apesal la kamera pinkyku buat hal..)


rumah api


tempat pertemuan laut dan sungai..sungguh tenang air sungai nil~







ni la hasil dslr kami yang hanya 2.0mgapixel~gelap je..x nampak ape dah...


last,kami bertolak balik dalam pukul 8lbih..pakcik bawak coaster laju amat...macam nak pecah cermin tingkap....dalam laju-laju,sampai jugak kat hayyu asyir dalam pukul 2.30pagi..kalo pakcik bawak slow cam siput pulak,maybe subuh baru sampai kot..hehe~

akhir kalam~

berjalan,bermusafirlah..
melihat kebesaran Tuhan yang dicptakan untuk
mereka yang berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurniaNya
nila harganya iman dan takwa
bagi hamba yang setia~

Friday, July 2, 2010

senyum!

(gmbar curi~ngee~)


semalam makan nasik kerabu special dari chef waegure...
makan kueh-mueh yang best...
'kueh bronot sagu'
orang tganu memang panggil camtu~pelikkan?
sape yang taktau bronot sagu tu kueh ape,bukan orang tganu ok..haha(gurau-gurau~^_^)
makan macam-macam lagi la...
terernya mereka masak~


sembang-sembang..
macam-macam
dari kisah politik,zaman budak-budak,kisah negeri,sampai la cerita bola~hee~
tak lupa jugak tazkirah-tazkirah penyejuk hati..
tentang tawakal,redha dan macam-macam la..
sekarang ni exam dah pun habis..
tapi usaha doa kita kena tingkatkan sebab kita hanya ada Allah..
so,harap2 semua orang doakan untuk semua orang
tak kira la kat mana pun..
sebab
"doa tu wireless,kat mana-mana pun ade coverage dia"



lepas tu,tengok vdeo special buat girls gen7~

waaa,tak sangka dah habis tahun 3,nak masuk tahun 4 dah....
cepat sungguh masa berlalu kan?

senyum,ketawa,suka,duka

semua dah sebati dengan kita

dah banyak yang kita lalui

semoga ukhwah kita berkekalan selamanya..ameen..

akhir kalam,

senyumlah selalu
senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...