Pages

RSS Feed

Tuesday, February 23, 2010

kamu

dear my luvly sis....

mesti tgh busy dengan persedian utk spm,rite?
busy ngan homework yg bertimbun-timbun...
busy ngan extra class..
busy ngan tusyen....
busy nk fokus 11 sbjek yang kadang-kadang bleh buat hidup miserable...

kuar awl pagi sampai rumah balik lwt petang..
malam plak,doing homeworks and study....
n ur weekend's scedule full with tuition n extra class........
belum masuk dengan exam-exam yang datang dan pergi...
i know,it is not easy..

tension memang tension....
ada ke orang yang tak tension bila nak exam?
mungkin ada...
tapi sikit sangat
mungkin dia tu golongan supergenius or
mgkin dia tu memang tak suka belajar dan takde aim dalam belajar

tapi jangan la tension sangat sampai jejaskan emosi...kena pandai kawal emosi n study..
dan jugak jangan lupa tawakal dan doa...

tawakkal tu paling penting...kalau ada usaha tapi takde tawakkal pun tak guna jugak...
tawakkal tu datang dulu baru la usaha..bukan usaha dulu baru tawakkal..
setiap kali nak study ke atau buat apa saje,tawakkal..,,,,,,,,
tawakkal dan berserah kat Allah supaya Allah mudahkan segalanya..
boleh je kita study 7-8 jam,tapi kalau Allah tak izinkan apa yang kita study tu lekat kat kepala,tak guna jugak....

dan doa.....doa tu wireless...anytime and anywhere....coverage dia sentiasa ada...

no matter how gud or bad ur spm result it is,as long as you've tried ur best..it's more than enough.......
bersangka baik la dengan Allah...
Allah tak pandang result kita,apa yang Allah pandang usaha kita...
kalau usaha kita tak excellent tapi kita punya result gempak,its nothing...
but if our result is not as we want even kita dah put the best effort to get the best result..
just accept it.....
whatever it is,it is the best result for us...Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita...
our aim is get bless from Allah..not just to get the best result.......

study,study,and study..
i'll always support u from here

terpanjang la pulak tulis...heee~

sebenarnya tiba-tiba teringat hari ni 24 february
tiba-tiba je teringat kat kamuu~

so,sis
sanah helwa ya gamilah~
may Allah bless~
harap,pertambahan usia seiring dengan pertambahan iman dan amal...ameen...

sorry la,xde hadiah ye....

take this words as ur birthday present je la k?~



nampak best je cake nih~cake ni pon bleh je nk anggap jd hadiah dr k.ngoh~hee~
out~

Saturday, February 20, 2010

turkiyee - syria part3

rasanya nak terus sambung la..sebab nak terus habiskan..
tak nak berhutang dengan blog nih..nanti sibuk tak sempat nak tunaikan hutang.ngee~
hutang nk tulis pasal winter break part3 k!!!

on da way to antakya~
16jam dalam bus tidur je memanjang..bangun pagi tak gosok gigi ape terus makan ape yang dihidang..heee~teruk betul...dah nak wat camne,nak basuh muka kat mane,mane de toilet dalam tuh...

finnally,sampai gak kami ke antakya...antakya atau hatay ni merupakan bandar yang paling selatan dalam negara turki...bersempadan dengan dengan syria..dan before nih,antakya ni adalah hak milik syria,tapi satu perjanjian menyebabkan antakya menjadi milik turki..tapi sampai sekarang ni pun,syria masih menganggap antakya milik mereka...so, no wonder la, ramai orang kat antakya boleh speaking arab~

so,lepas kami siap bersihkan diri kat stesen bus kat antakya tu,ust zaid bawak kami makan dan jalan-jalan kat bandar antakya...tapi kami dah takde duit nak shopping even sweater dan wintercoat kat sana sangat cantik dan murah..malas sangat nak tukar duit,akhirnye menyesal..huhuhu....






beli xdapat,ambik gambar pun jadi la~









lepas tu,kami ke masjid yang dibina oleh syeikh habib an-najjar jugak....dan makam beliau jugak ade kat sana...dan jugak makam nabi yahya...makam ni sebenarnya tak semestinye terpat dia disemadikan,tapi mungkin jugak tempat persinggahan..sebab,kat syria pun kami jumpa makam nabi yahya...

dalam al-quran ade diceritakan pasal habib annajjar ni...


Dan telah datanglah seorang lelaki secara bergegas-gegas dari sebuah pekan yang jauh. Dia berkata (kepada penduduk di situ): Wahai kaumku, ikut para utusan itu!”

Kisah Habib al-Najjar yang diceritakan di dalam surah Yasin ayat 20 itu, menceritakan bahawa ’sejauh-jauh pekan’ yang disebutkan di dalam kisah tersebut adalah bandar Antakya.

nk cerita panjang sangat,nak tau lg lanjut,lain kali la pulak....

kat depan masjid habib annajjar~





telaga yang kiut~



then,kami bertolak ke bandar halab or Alleppo...before masuk ke syria,kami terkandas di sempadan kira 4 jam....lame jugak la duk dalam bas....bosan kami buat quz..habis subjek kami main teka-teki..sampai subjek 1st year pun kami teka....kira tak la buang masa ye...

sampai kat tentera syria,aku tengok semua beg orang yang nk lepas sempadan tentera tu geledah...teliti habis....tapi naseb baik la tentera syria tu baik dengan orang malaysia...dia tak geledah pun macam dia geledah beg orang lain..beg aku langsung dia tak bukak....thanx to Allah...n proud to be malaysian~


sampai kat Allepo,lepas letak barang kat hotel,kami makan besar kat restoran al kommeh...restoran ni popular sebab pernah masuk world record..the largest kebab in the world...



makan besar~penuh satu meja~



pagi esok,kami check out dan jalan-jalan kat bandar halab(Allepo)...kami ke kota lama halab...
kami ke masjid yang ade tapak kaki rasullullah s.a.w.
tapak kaki rasullullah ni pada asalnya ade kat mekkah dan dibawak ke madinah..then,dicuri dan dibwa ke syria...dan ada ulama bermimpi pasal ada unta datang ke rumah..dan bila dia bangun dari tidur,memang ada tapak kaki tu kat depan rumahnya...

tolong translate~sape2 yang pakai tak tutup aurat,sila pakai jubah~


depan masjid yang ade tapak kaki rasullullah~


kami ke masjid ummayad..masjid umayyad ni pulak ialah asalnya gereja yang di ubahsuai menjadi masjid.kat dlm tu ade makam nabi zakaria a.s.unluckily,pakaian yang aku pakai nih dikatakan singkat..dan aku kena pakai abaya(jubah)...jubah dia sejibik jubah harry potter...cam orang grad pun ade..hehe...

depan masjid ummayyad


graduation day~ngee~

dpn makam nabi zakaria a.s


tahniah kepada kami!!!


then,kami ke citadel salahuddin al ayubi..cerita macam mane dia tawan kota halab ni sangat menarik dan sangat kagum dengan salahuddin al-ayubi...sampaikan orang barat telah mengiktiraf beliau seorang yang hebat..antara 3 orang yang orang barat kagum ialah nabi Muhammad s.a.w,Salahuddin al ayubi,dan Sultan muhammad al fatih...

citadel of salahuddin al ayubi


depan citadel with syaimaa and alia

lepas tu,kami meneruskan perjalanan ke ke bandar hama~di sana dapat lihat kincir air yang sangat besar...kincir air(noria) ni berusia ribuan tahun..lupa lak cerita pasal kincir nih..hehe~

kami~







then,kami ke bandar homs..bandar ni terkenal dengan perempuan yang cantik dan lelaki yang kacak..bagi kami,orang pompuan dia memang la cantik..tapi yang lelaki tu tak jumpa pun betul-betul kacak.....nick khun tetap di hati lol!!!!

di sana,kami ke masjid khalid al-walid yang menempatkan makam khalid al walid....


beliau di gelar pedang Allah dalam perjuangan nya dalam berperang memperjuangkan islam...
kenapa Khalid Al-Walid tidak dipilih oleh Allah untuk mati syahid ketika berperang? seperti yang semua sedia maklum, Khalid Al-Walid mati di atas katil...dan ramai yang tertanya-tanya kenapa Allah tak pilih Khalid Al-Walid untuk mati syahid di medan perang. Bagi seorang muslim, Jundullah, gugur syahid di medang perang adalah matlamat utama dan merupakan kemenagan hidup yang tidak ternilai. Semua Jundullah mengimpikan dan menginginkan syahid dan Khalid Al-Walid juga mempunyai matlamat yang sama, namun kenapa Allah tidak memilihnya untuk Syahid di medan pertempuran. Kadang-kadang terasa Allah tidak adil pada hamba-Nya yang gigih mengejar syahid sedang Khalid Al-Walid berperang bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan sangat mengimpikan syahid.

Namun Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Menurut Prof Wiki kita, Khalid Al-Walid tidak gugur syahid di medan perang adalah sangat berkaitan dengan gelaran Saifullah (Pedang Allah) yang diberikan oleh Rasulullah pada beliau. Mana mungkin untuk seorang yang digelar Pedang Allah untuk gugur dan kalah ditangan Musyrikin. Seorang yang diangkat martabatnya dengan gelaran Pedang Allah tidak mungkin akan tumpas dan tewas di tangan orang kafir dengan senangnya kan. Sungguh Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

lepas siap solat jamak takhir zohor dan maghrib,kami proceed kami punya trip ke damascus(damsyik,dimasyq)...damascus ni merupakan ibu negara syria...kami tiba di sana jam 7 malam....
lepas check in,kami keluar balik..saje nak jalan-jalan..dan malam tu kami discover something..discover cara orang syria cakap arab sangat lembut dan pelik..macam nak pujuk orang jer..agak jauh ngan mesir yang kasar habis.....memang kelakar sebab bunyi nya cam orang nak pujuk orang jer...lepas puas jalan-jalan dan beli makan malam,kami balik hotel dan tido...

14.2.10..tempat first kami pergi ialah makam sayyiddah zainab binti muhammad s.a.w...masjid sayyiddah zainab ni sangat cantik..seni bina orang iran...kami sangat la terkejut bila kami tiba di sana..terkejut dengan perbuatan orang kat sana..lebih tepat,kami tak pernah jumpa orang yang fanatik ngan syiah before this...sangat fanatik sehingga sembahyang kat atas batu kaballah dan menangis-nangis kat makam sayyiddah zainab...syiah ni ialah penyokong kuat saidina ali...
kalau baagi syiah yang sangat kuat,sampai menyalahkan diri sebab saidina Ali terbunuh dan jugak sampai memukul diri sendiri..ada jugak yang mengatakan saidina Ali ni lebih layak menjadi nabi berbanding nabi Muhammad s.a.w..nauzubillahiminzalik...


depan masjid sayeda zainab

batu kaballah yang orang-orang syiah ni buat solat~



then,kami naik bas awam untuk ke kubu dan makam salahuddin al ayubi dan masjid ummayad kat damascus...actually ade souq(pasar) hamidiyah kat damsyik nih..souq ni di reka yang kat hujungnya ada masjid..(masjid umayyad)..tapi kami tak masuk masjid dulu,tapi kami jalan ikut belakang...kami tiba kat masjid kecil yang ade makam abi darda(perawi hadis)..
kat sana kami solat jamak takdim dan dengar tentang sejarah makam-makam yang ade kat sana...pencerita tu orang arab yang cakap arab fushah..boleh la paham walaupun ade jugak sikit tak faham...heheh~




naik bas awam~

lepas tu,kami nak ke makam salahuddin al ayubi...before sampai,kami singgah makan kat satu kedai sandwich yang best..memang best sampai esoknya kami pergi beli pulak sendiri..heee

kebetulan,kami jumpa senior kami kat mesir kat makam salahuddin..keciknya dunia..kat syria pun boleh jumpa~




dalam tu ade makam salahuddin al ayubi




lepas melawat makam salahuddin,kami ke masjid ruqayyah..situasi sama ngan kat masjid sayyiddah zainab..ngeri betul tengok..tapi betul-betul kagum la ngan masjid tu..sangat cantik~




cantik kan?


last masjid yang kami pergi ialah masjid umayyad...masjid ni same je kisahnye ngan yang kat bandar halab tuh..gereja yang di tukar jadi masjid..cuma kesan gereja kat sini lagi jelas kelihatan...boleh lihat ade bekas holy water lagi kat sana...


tu la bekas holy water~




dalam masjid ummayyad-dimasyq





last sekali,kami di bebaskan oleh tour guide kami untuk shopping kat souq hamidiah..ust zaid kate,jangan balik lewat,tapi akhirnya kami balik lewat jugak...sorry ye~heee~~~



askrim tumbuk yang popular~best ke?




kat souq jumpa ngan budak msia yang belajar kat syria...diorang la yang tolong kiteorang tunjuk kan tempat jual barang-barang....thanx kak syarifah n kak auni~

after shopping~da lapar~






esoknya,before bertolak pulang ke mesir,pergi la teman atiif beli barang kat souq kejap..tapi tak sengaja terbeli alas meja untuk rumah..heee~~~cantik sangat..tu yang beli tuh..padahal duit dah nak habis..nak dijadikan cerita ingatkan dalam beg ade 1500lira,so setuju je la ngan harga yang dia beri..tp rupa-rupa nya ade 1400lira jer...so,cakap kat dia ni je yang ade...dia cakap,awak balik then bagi balik kat saya 100 karang...then cakap la kat dia kiteorang nak blik dah petang nih..nsekali wat muka kesian..finally dia bagi jugak..alhamdullillah....

pukul 12tghari kami pun bertolak ke epot syria...dan tepat pukul 5.10ptg,kami pun terbang meninggalkan bumi syria dan berakhir lah winter break kami~

depan airport damascus~




kebosanan dah melanda~



tiba di airport ujian melanda aku~so sad...
semoga Allah mendengar dan memakbulkan doaku...ameen...

i think stakat ni je la pengalaman yang dapat dikongsi....dah penat menaip..huuhu..esok dah sekolah..malas,tapi kena merajinkan diri jugak..
after this,rasenya mesti dah tak update blog nih sebab mungkin dah jadi sibuk...

last but not least,thanx to hz tours~

tamat~out...

Friday, February 19, 2010

turkiye part 2

perjalanan ke bursa tak la boring sangat.nseb baik my henset ade lagu yang best-best..so, layan la lagu korea time tuh..ape yang menarik kat dalam bus,ade orang siap serve makanan..2kali pulak tu...macam naik flight jer...



mknan hidangan(roti or cake,jus peach and mineral water)



before sampai bursa,kami naik feri yang besar..macam feri kat pulau pinang tuh...tp yang best nye kat feri nih ade banyak sangat burung..most of my frens ade yang siap bagi makan lagi kat burung tuh..suka tengok burung tu tangkap makanan tu...sebab tak tahan sejuk sangat,so,tengok je la orang bagi makan..dah menggigil dah pun..akhirnya msuk ke dlm kabin yang sangat panas..best2...

sampai kat bursa kira-kira jam 6petang..stesen bas dia memang mantop la..macam airport....memang ade class....



bursa~


stesen bus kat bursa


pegang buku kemas-kemas even dah tak rase sensory kat tangan tuh~



naik feri merentasi selat marmara



then,after makan malam,dengan beg2 yang berat,tour guide kami cakap bersedia untuk cari hotel dan kena jalan kaki bawak beg berat dlm masa 20minit.kami redha je la kan walaupun letih...tp hampeh betul,hotel sebelah restoran tu je sebenarnya..betul-betul terkena~

esoknya,kami excited betul..nak main ski..nak main salji...nak buat snowman...
kami ke uludag ski resort..pada asalnya kami sepatutnya naik kabel car ke atas gunung,tapi di sebabkan kabel car ade masalah,kami naik bas je..tak pe la,asal sampai ok la kan?

bursa ni actually adalah bandar ke3 terbesar di turki...kat bursa ni terkenal dengan nama yesil bursa(green bursa) sebab tanah yang subur...dan jugak terkenal dengan kestane(buah berangan)..banyak product dari kestane nih,tapi tak terbeli pulak.huhuhu..

sampai di uludag ski resort...sangat cantik dan sangat la sejuk...ape yang dapat tengok ialah putih sepanjang tempat....then kami pun sewa peralatan ski..kira-kira 10lira sahaja...

kasut ski sangat berat dan sangat susah untuk berjalan..macam pakai kasut roda...licin pun ye..
then kami naik la atas gunung..main sampai sakit-sakit badan....petang tuh lepas puas main ski,kami berempat(ngan che syidah and zuriyati) buat snowman..comel!!!walaupun tengah salji kuat...dah kabus pun kat atas tuh....tapi kami buat jgk...kalu salji turun kami lagi suka...tapi salji tak turun pun lagi time tuh...lepas puas ambik gambar ngan mr snowman,turun la ke tempat sewa ski...
dan hujan salji yang lebat akhirnya turun jugak....alhamdullillah dapat jugak rasa salji turun..
dan after that kami pun balik ke hotel...



orang bersalah~hehe




akhirnya!!!



credit to term bebeh~


mr snowman~

sampai di hotel,mula dah rasa badan tak best..sape suruh main salji banyak sangat...dan akhirnya,demam jugak malam tuh..haha..padan muka..orang lain boleh pergi shopping malam tu....jeles tau..tapi nak wat camne kesihatan lagi utama..telan paracethamol terus tidur...

esoknya,kami ke masjid ulu camii...ulu(great) camii(mosque)..masjid ni di bina oleh habib najjar..
seorang pada asalnya tukang kayu....binaannya dan binaan mimar sinan ade keistimewaan masing-masing...kalau ali najjar binaannya banyak tiang,tapi binaan mimar sinan kurang tiang...


kat dalam ulu camii

then,kami shopping sutera kat bursa...so sorry kepada tour guide dan yang lain sebab kami lewat...pasar tu besar sangat,tak jumpa jalan keluar..hehehe..


shopping sutera~


last sekali kami ke stesen bas dan besedia untuk ke antakya,turki...sempadan syria dan turki..perjalanan mengambil masa 16 jam..lame tuh!!!tapi best,sebab bila lagi nak ras pengalaman macam ni...asyik nak hidup senang jer...

rasanye stakat ni dulu..nanti ade masa sambung balik ye~

to be continued~

Tuesday, February 16, 2010

turkiye part 1


onda way to hagia sofia


salamualayk.....

tiba-tiba rasa rindu kat turki...
nak balik sana balik..
suka nya duk kat sana..

kenapa?
sebab tak panas..
tak de habuk..
tak zahmah(sesak)
orang turki yang baik hati
dah kepada yang suka shopping,
ofcourse its better place for shopping than egypt yang tak de pape nak di beli..


first day kami di sana....
sampai di turki kira-kira jam 12tgh hari...ingatkan tour guide kami yang ambik..
sekali datang orang turki..
dah la sepatah haram tak paham bahase turki...
takut jugak kalau diaorang culik kiteorang..
tapi alhamdullillah...kami tiba kat tmpat penginapan kat cemberlitas dan ust zaid dah tunggu kami kat sana...

petang tuh,after having our lunch at baran restaurant tour guide kami bawak kami ke hagia sofia....kelakar la bebudak ni semua..semua teruja tengok suasana kat turki ni..
ye la,masuk europe mesti la lain kan?
jalan sikit ambik gambar,jalan sikit ambik gambar........


candid~credit tu atiif


hagia sofia ni actually ialah church pada zaman dulu..and then bila zaman kerajaan islam turki uthmaniah ambil alih istanbul ni,hagia sofia ni di jadikan masjid...
dan bila zaman kamal attartuk pulak,orang islam dan orang kristian berebut nak jadikan hagia sophia rumah ibadat diorang...at last hagia sophia ni di jadikan sebagai muzium..ni semua kamal atartuk laknatullah punya kerja..







kita bleh tgk kesan church yang diubah suai jd masjid kat sini...




lepas puas bergambar,kami ke blue mosque yang di bina oleh mimar sinan...mimar sinan ni adalah seorang arkitek yang sangat hebat pada waktu tu..beliau telah membina kira-kira 600 buah masjid di sekitar turki dan syria...
kenapa di panggil blue mosque?macam-macam khilaf kenapa masjid ni di namakan sebagai blue mosque..antaranya adalah sebab pantulan dari laut menyebabkan masjid ni kelihatan biru pada waktu malam...sempat la jugak tengok blue mosque pada waktu malam..memang cantik...

blue mosque









then kami ke taksim naik tram..bila orang mesir naik tram dan metro kat turki kelakar je..
ye la,kat mesir,metro dia tak canggih langsung..lain bebenor ngan turki ni yang bila duk dlm tram dia rase tak nak balik mesir....


tram turki...xnk blik mesir~

taksim ni kira centre of the istanbul..kata ust zaid,tempat ni tempat remaja..kami ni kira remaja la lagi ek???
tempat ni tempat shopping..harga dia?kalau dah berkenan tu,x yah la sibuk-sibuk convert ke genih sebab konfem jadi mahal dan tak jadi beli dan akhirnya menyesal..macam saya yang dah berkenan ngan sweater kat sana,tapi bila rasa mahal tak jadi beli..huhuhu


taksim square~

then blik ke hostel untuk tido..

esoknya,kami berjalan lagi..berjalan pagi sambil hirup udara turki yang best..bukan hirup asap kereta ok!!!

our first destination is makam sultan abdul hamid....sangat mempertahankan bumi islam daripada di jajah....

to have the scalpel cut my body is less painful than to witness Palestine being detached from the Khilafah state and this is not going to happen ...let the Jews keep their millions and once the Khilafah is torn apart one day, then they can take Palestine without a price.

then,kami ke topkapi palace....before masuk topkapi palce ni kiteorang kena lau satu jalan yang sangat cantik...dikelilingi pokok yang cantik dan bersih..so kira puas jugak la kami bergambar...heee~







pokok pun jadi mangsa kami~ngee



topkapi palace~macam harry potter tak??


dalam topkapi palace ni pulak sangat la besar..dia ade banyak section dan section yang sangat best ialah section para anbiya..

sayangnya kat dalam tu tak boleh ambik gambar..so,tak boleh nak tunjuk la kat sini..kat dalam tu ade macam-macam peninggalan para nabi dan sahabat..

antaranya seperti tongkat nabi musa(tapi wallahua'lam la..sebab ade pendapat yang kata tongkat nabi musa a.s di angkat ke langit sebab takut disalahguna pakai)
ada janggut Rasullullah s.a.w,pedang rasullullah,cop Rasullullah s.a.w,ade jugak arm and skull of nabi yahya a.s,pedang nabi daud,serban nabi yusof dan bowl of nabi daud dan banyak lagi la....sangat best dapat experience tengok mende2 ni semua..

teruja tgk burung-burung

lepas tu kami berjalan kaki lagi selama 20minit untuk ke eminonu...ape yang best kat sini?
sandwich ikan dia yang sangat best...4lira satu....lagi, bayangkan mereka masak sandwich ni atas bot yang berayun..kagum tengok...


diorang tengah masak kat atas bot


lepas makan,ust sewa satu private bot untuk kami menyusuri selat bhosphorus yang memisahkan turki itu kepada 2 benua.....benua eropah dan benua asia.....pemandangan sangat cantik dan cuaca sangat la sejuk.....sepanjang perjalanan dapat lihat domalbahce palace.pemerintahan turki uthmaniah bermula di istana tu pada pemerintahan sultan murad 2...
dan kamal attartuk laknatullah tu mati kat sana la..tapi menurut cerita,kamal attarttuk tu bila mati bumi tak terima dia..tanam kat tanah tak terima,buang kat laut,laut tak terima jugak...at last,dia di simpan kat dalam satu binaan marmar kat angkara(ibu negara turki..tapi kami tak pergi sana)..nak cerita pasal kamal atartuk sampai esok pun tak habis..


domalbahce palace




jambatan yang menghubungkan antara asia and europe


then,kiteorang solat di masjid eminonu yeni...then,kami shopping di grand bazar...tak sempat sangat shopping sebab orang turki ni tutup kedai awal..tak macam mesir...kol 3 baru tutup kedai..ni pukul 8 dah sunyi sepi...


grand bazar~nk shopping lagi...

then kami balik bilik..pastu kuar balik..hajat nak g blue mosque ambik gambar..tapi sampai pun blue mosque kami surrendder dah..sebab?
sejuk sangat...angin terlalu kuat..macam nak turun salji jer....so kami patah balik ke hostel..

3rd day di istanbul....
betul dan tepat....pagi tu dah nampak putih-putih kat atas kereta...means salji memang turun la malam tu......tp snow tak turun pun masa kiteorang keluar hostel..

then kami ke makam sultan muhammad al fatih..
sape dia ni?beliau adalah sultan yang berjaya menawan kota istanbul nih...beliau adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera..dan cara beliau menawan kota ni sangat lah unik iaitu tawan melalui darat sebab selat kota ni di kawal ketat oleh musuh..
akhirnya,atas kebijaksanaan beliau dan kesungguhan tenteranya akhirnya islam bertapak jugak di istanbul ni..actually istanbul pada awalnya ialah kerajaan islambul bukan nya istanbul ...tapi kamal atarturk telah menukar nama islambul kepada istanbul untuk melenyapkan islam dari bumi turki...



lepas melawat makam,tiba -tiba salji turun..tak lebat pun..rintik2 je..tapi semua dah teruja...ambik gambar, tapi tak nampak pun salji turun kat dalam gambar....kecoh aje lebih..tapi akhirnya salji makin lebat dan lebat..

sikit pun jadi la~



dpn makam



then kami bertolak ke eyub...di sana kami naik cable car ke atas bukit untuk melihat permandangan keseluruhan istanbul dan jugak untuk melihat selat golden horn yang susah untuk di tawan....permandangan dari atas amatlah cantik...dengan salji yang ade kat pokok2 lagi la cantik...

atas bukit~subhanallah~


depan masjid yang kat eyub..


lepas lunch dan solat,kami pun teruskan perjalanan kami ke bursa....perjalanan yang mengambil masa kira-kira 4jam...

to be continued